Menyesalkah Dilahirkan Sebagai Wanita...

>> Sunday, April 10, 2011


Kerana wanita begitu berharga.


Kerana wanita seperti mutiara yang harus dijaga keindahannya.

Kerana wanita begitu mempesona membuat para pecintanya bertekuk lutut padanya, ramai yang menganggap, dilahirkan sebagai wanita adalah sebuah penderitaan, malapetaka, dan musibah. Mengapa? Katanya susah menjadi wanita. Mesti begini dan begitu, kurang praktikal...


Namun tidak kurang juga yang menyatakan rasa syukur dilahirkan menjadi seorang wanita. Adakah kita salah seorang darinya? Mudah-mudahan begitu, kerana wanita diciptakan dengan berbagai macam kelebihan dan keistimewaan.

Mari kita teliti lebih jauh. Kaum wanita menyatakan susah menjadi wanita, lihat saja peraturan di bawah ini :


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.


2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.


3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.


4. Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki.


5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.


7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.


8. Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki. Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA".


Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)?


1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita memang makhluk yang dimuliakan oleh Allah. Bahkan, Sejuta intan permata yang indah dan mahal harganya di dunia ini takkan mampu menandingi pesona keindahan yang dimiliki oleh wanita. Tidak hairankan bila keindahan itu harus "dikemas" dengan rapi dan baik.


2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya? Sudah sunnatullah kalau wanita bila sudah menikah itu harus taat kepada suami (tentunya dalam hal kebaikan). Walaupun hati kesal, , benci, marah, atau mahu muntah tapi tetap wajib, harus, mesti, dan mutlak seorang isteri taat pada suami (sekali lagi dalam hal kebaikan). Namun tidak kurang, baik lelaki mahu pun wanita, saling mencari keuntungan dengan kudratnya masing-masing. Yang lelaki menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an yang sebenarnya maksudnya tidaklah seekstrim itu, namun dia pergunakan demi keuntungan peribadi. Sedangkan wanita, merasa keluh kesah, kesal, dan benci kerana diatur-atur.


Satu lagi, disebutkan bahawa mentaati ibu lebih utama tiga kali ganda dibandingkan taat pada bapa? Tahu sebab kenapa? Ya, kerana menjadi wanita (sebagai ibu) sangat berat sekali. Bukan hanya bertugas melahirkan saja, namun juga mendidik. Dan mendidik untuk menjadi orang yang baik sangat susah. Di samping itu, Mulai dari A hingga Z, seorang ibulah yang berperanan secara pratikal dalam pembentukan karektor anak. Maka, sangatlah jelas bahawa menjadi ibu tidak mudah, makanya mentaati ibu 3 kali ganda lebih utama dibandingkan dengan mentaati bapa.


3. Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu dan wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak. Dengan kata lain, "hartamu (suami) adalah hartaku (isteri) juga, sedangkan hartaku ya hartaku", atau hakikatnya dapat diertikan sebagai harta suami wajib hukumnya untuk dikongsi dengan isteri, sedangkan harta isteri hanya kepunyaan isteri sendiri dan isteri tidak berkewajiban untuk menafkahi suami.


4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia dido'akan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya. Lelaki tidak akan pernah boleh menirunya kerana itu sudah kudrat wanita. Melahirkan merupakan sebuah kebahagiaan tiada terkira meskipun sakit sangat katanya. Mungkin bagi yang tidak mahu melahirkan kerana takut badan tidak lansing dan tidak indah lagi perlu merubah fikirannya, karena hal tersebut sesungguhnya merupakan kenikmatan dan kesempurnaan yang diberikan Allah kepada wanita.


5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita,iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya, dan saudara lelakinya. Menjadi lelaki tidak mudah kan. Meskipun dia adalah seorang pemimpin bagi wanita dan hak prerogatif terhadap isterinya untuk mengatur (bahasa yang lebih halusnya membimbing menjadi lebih baik dari sebelumnya).


6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya, dan menjaga kehormatannya. Meskipun kelihatannya cuma empat syarat, tapi benar-benar sangat susah untuk tetap istiqamah dalam mengerjakannya. Dan setiap wanita memiliki kesusahan tersendiri dari empat perkara tersebut. Tapi, bukan wanita namanya jika tidak mampu melakukannya, tapi wanita memang tercipta dengan penuh kekuatan terpendam dan tak terduga dari dalam dirinya.


7. Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fi sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Lebih-lebih lagi dalam soal taat pada suami, bahkan taat pada suami nilainya setara dengan jihad fi sabilillah.


Bererti boleh dibayangkan, bahawa taat pada suami merupakan sesuatu yang penuh dengan ujian yang memeritkan, tapi selalu tersimpan "sesuatu" di dalamnya, maka semakin yakinlah bahawa wanita jauh lebih kuat daripada lelaki. Hanya saja kekuatan itu tidak ditunjukkan dengan fizikalnya, namun lebih kepada cerdasnya seorang wanita mampu menjaga hatinya dan mampu mengubah berbagai macam suasana hidup yang selalu mewarnai setiap langkahnya menjadi sesuatu yang lebih baik dan tentu saja menguntungkan dirinya, dan yang pasti melalui proses, kerana hanya Allahlah yang dapat mengabulkan doa kita. Kita harus berbahagia dilahirkan sebagai seorang wanita, kerana wujudnya wanita dunia menjadi penuh warna...


"Dunia adalah perhiasan, sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita shalehah." (HR. Muslim)


by Tazkiah an Nafs

Read more...

As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin: Yang lumpuh berjuang... kita yang sihat bagaimana?

>> Friday, April 8, 2011


Ya Allah, sedihnya rasa. Macam mana tahun ni aku boleh terlupa tarikh 22 Mac 2011. Tarikh yang sama, pada tahun 2004 telah gugurnya As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin. Apa-apa pun saya nak kongsi dengan kalian kisah insan yang hebat ini. Tanggal 22 Mac 2004. Sorotan secebis kisah disebaliknya :


Seorang saksi berkata :

"Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu). Apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara." "Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya berhambur keluar ke atas tanah...saya menangis....” 7 tahun selepas pemergian As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin. Pengasas Hamas di Palestin. Mendapat tarbiyyah terus dari Ikhwanul Muslimin Mesir di bwh As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna. Menyoroti kisah-kisah perjuangannya, bisa mengalirkan air mata. Bagaimana dihentam semahu mungkin oleh yahudi laknatullah hingga lumpuh seluruh badan. Lebih malang lagi, pihak berkuasa Palestin sanggup bersekongkol dengan Zionis Yahudi Laknatullah menganiayai beliau.



Tubuh syuhada ini berkecai selepas solat subuh tanggal 22 Mac 2004, sehari selepas PRU 11 di Malaysia. Helikopter Apache Zionis laknatullah melepaskan 2 3 bom ke arah beliau yang sedang berada di kerusi roda sambil ditolak oleh 2 orang pembantunya.


Maka, syahidlah beliau menghadap Allah SWT dengan tubuh yang berkecai. Namun Allah SWT selamatkan wajahnya. Dengan senyuman, beliau menemui Allah SWT. Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan para nabi, siddiqin, SYUHADA dan juga para solehin.


. Ameen.. Al-fatihah By akhi Fairuz

Read more...

32 Ciri-Ciri Gadis Muslimah Sopan Dan Berakhlak Yang Sempurna


1. Solat tepat waktu.

2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.

3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.

4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.

5. Bercakap dengan rendah suara.

6. Lembut dan halus tingkah lakunya.

7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.

8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.

9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.

10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Menghormati dan taat ibubapa.

13. Kesayangan keluarga dan tetangga

. 14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.

15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.

16. Rambut tak diwarnakan.

17. Banyak dan murah dengan senyuman.

18. Banyak mendengar dari bercakap.

19. Senyuman adalah ketawanya.

20. Tidak ketawa terbahak-bahak.

21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.

22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.

23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.

24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.

25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.

26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.

27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.

28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.

29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.

30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.

31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.

32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki. oleh: Kalam Musafir

Read more...

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

>> Sunday, April 3, 2011


Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya... lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama... si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.


Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan... Satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya... sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik... si anak terkesima... Sungguh... bukan itu yang kuhajatkan dengan hati yang berat... kotak itu bertukar tangan, matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya. Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu... penutup kotak dibuka... apa makna semua ini???.. sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit.. tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya... terasa dirinya dipermainkan. .. Amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya... ayah bukannya tidak tahu betapa saya menyukai kereta tu... bukannya ayah tidak mampu untuk membelikannya... "sudah ayah bukan al-Quran ni yang saya nak..."!! katanya keras. Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan, si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg, lantas dia meninggalkan banglo mewah ayahnya... Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. Sepuluh tahun berlalu, si anak kini merupakan seorang yang berharta. Mempunyai syarikat sendiri, dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat... cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh, Sudah 10 tahun sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya, sedang dia berfikir sendirian, telefonnya berdering, dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam, dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak... Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta. Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya, memerhatikan banglo yan gmenyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak... bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini.


Perlahan-lahan, langkahnya menuju ke situ, mengambil al-quran itu, membelek-beleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba jatuh sesuatu dari Al-quran itu. Segugus kunci, di muka belakang Al-quran itu, Sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu. Kunci itu segera dipungut. Hatinya tertanya-tanya... nyata sekali... di dalam sampul surat itu... terdapat resit pembelian kereta idamannya. Dibeli pada hari konvokesyennya. Dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah, tulisan tangan orang yg amat dikenalinya selama ini. Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku.... air mata si anak menitis deras... hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan mula bertandang, Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati.

Read more...

Tiada sesiapa termasuk Israfil tahu bila kiamat

>> Friday, April 1, 2011

Umat Islam dinasihat tak terpengaruh ramalan kehancuran bumi dilanggar planet Nibiru. PLANET Nibiru diramalkan akan melanggar bumi pada 2012. Insiden ini akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada bumi. Ada yang mengaitkan peristiwa ini dengan hari kiamat atau sekurang-kurangnya tanda-tanda hari kiamat. Idea perlanggaran planet Nibiru dikemukakan sejak 1535 oleh seorang ahli falsafah Perancis, Notramadus. Idea asalnya peristiwa ini akan berlaku pada 2003, namun tertunda hingga ke 2012. Kiraan ini dibuat berdasarkan kiraan kalendar kaum Mayan dari Amerika Tengah. Tarikh kalendar ini berakhir pada 21 Disember 2012, oleh yang itu perlanggaran ini akan berlaku sebelum tarikh akhir kalendar ini. Ini maklumat popular yang dinukil sebahagian besar media, baik akhbar bercetak mahupun internet. Bahkan lebih daripada itu, sejak 15 tahun yang lalu banyak tulisan dan buku diterbitkan membincangkan peristiwa 2012 ini. Termasuk dalam negara kita, buku bertema subjek ini mendapat sambutan hangat dan berjaya menduduki carta buku paling laris di rumah penerbitan dan rangkaian kedai buku utama. Peristiwa planet Nibiru ini tidak sedikit menimbulkan polemik dan keresahan dalam kalangan umat manusia, termasuk rakyat Malaysia. Sehinggakan hal ini terpaksa dijelaskan pada persidangan Dewan Negara. Dilaporkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili ketika berucap memberitahu dakwaan planet Nibiru akan melanggar bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012 adalah tidak benar. Bahkan kewujudan Nibiru pun masih diragui. Bahkan Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Tuan Mohd Fairos Asilan menjelaskan jika benar Nibiru akan melanggar bumi pada 2012, sudah tentu ia sangat hampir dengan bumi dan kita sudah lama mengesannya.” Ramalan mengenai Nibiru termasuk perkara akan datang yang termasuk dalam hal yang ghaib. Tentu saja Allah yang lebih mengetahui semuanya. Belum ada siapa yang boleh menentukan secara tepat esok hujan atau tidak, sekalipun keadaan awan sangat mendung. Banyak kali juga terjadi awan mendung, tidak hujan. Begitu juga sebaliknya. Inikah pula menentukan sesuatu yang besar seperti perlanggaran planet atau hari kiamat. Untuk urusan dunia seperti ini, seharusnya dikembalikan kepada pakar dalam bidangnya seperti ahli astronomi. Perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah mengaitkan sesuatu peristiwa sebagai hari kiamat atau tanda kiamat. Perkara ghaib dan hari kiamat (termasuk tanda-tandanya) ialah sebahagian daripada Rukun Iman. Salah faham mengenai perkara ini memberi natijah yang besar kepada diri seorang Muslim, kerana ia menentukan hujung-hujungnya di syurga atau kekal di neraka. Justeru, bilakah kiamat? Soalan ini ditanya oleh seorang lelaki Arab Badwi kepada Nabi seperti yang dilaporkan oleh sahabat, Abu Hurairah. Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi: “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata: “Manakah orang yang bertanya mengenai hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata: “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab: “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan: “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?” Nabi menjawab: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” – (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad) Hadis ini dan juga banyak hadis menjelaskan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku secara tepat. Bahkan malaikat yang bertugas meniup sangkakala (trumpet) ketika hari kiamat juga tidak mengetahui bilakah hari kiamat. Nabi menjelaskan dalam satu hadis malaikat Israfil tertunggu-tunggu arahan daripada Allah untuk meniup sangkakala. “Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trumpet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya…” – (Hadis Tirmizi) Jelas berdasarkan bukti daripada al-Quran dan Sunnah, tiada siapa mengetahui bila terjadinya kiamat melainkan Tuhan yang mencipta alam ini, Allah. Namun Islam tidak meninggalkan umatnya terkontang-kanting tanpa panduan untuk menghadapi hari kiamat. Nabi banyak sekali menceritakan kepada sahabatnya mengenai tanda akan berlaku hari kiamat. Antara kepentingan dan hikmah mengetahui tanda kiamat ini ialah supaya umat Islam bersedia dengan ilmu dan amal yang cukup dan berusaha untuk tidak membabitkan diri dalam tanda-tanda itu. Salah satu daripadanya seperti yang dijelaskan dalam hadis sebelum ini, Nabi mengatakan: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat”. Antara urusan umat akhir zaman yang diserahkan kepada bukan ahlinya ialah urusan pemimpin (umara) dan ulama. Begitu ramai manusia yang bercita-cita dan mencalonkan dirinya menjadi pemimpin. Hari ini hampir semua profesyen mengidamkan jawatan pemimpin baik penjawat awam, peniaga, posmen, suri rumah, remaja sehinggalah orang yang belajar agama. Pendek kata, tidak ada orang yang mengidamkan jawatan pemimpin melainkan sedikit saja. Begitu juga halnya dengan gelar ulama atau ahli ilmu. Nabi pernah berkata: “Ada tiga hal yang termasuk tanda-tanda kiamat, salah satunya ilmu diambil daripada orang kecil (bodoh).” – (Kitab Zuhd, Abdullah Al-Mubarak) Sahabat Abdullah bin Mas’ud menjelaskan: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka mengambil ilmu daripada kalangan sahabat Muhammad dan tokoh (ulama) mereka. Jika mereka mengambil ilmu daripada orang kecil (ahli bidaah) dan hawa nafsu mereka bercerai-berai, maka mereka akan binasa.” Syaikh Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Qabil menulis sebuah buku yang komprehensif mengenai tanda kiamat berjudul, Asyratus Sa’ah (diterjemahkan oleh Pustaka Ibnu Katsir dengan judul Hari Kiamat Sudah Dekat. Beliau menghimpunkan daripada al-Quran dan Sunnah 57 tanda kecil dan sembilan tanda besar hari kiamat.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP