KUTBAH JUMAAT 25/2/2011

>> Friday, February 25, 2011

TAJUK: SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM.


Sidang jumaat yang di rahmati Allah swt,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jumaat yang dikasihi sekelian, marilah kita bertaqwa kepada Allah swt dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa. Kerana taqwa merupakan penentu martabat kita disisi Allah swt. Istiqamahlah dalam mengamalkan segala perintah Allah swt dan ajaran Rasulullah saw dengan mentaati Allah dan Rasulnya, insyaallah kita akan disayangi dan di jauhkan dari mala petaka serta beroleh kejayaan samada didunia mahu pun di akhirat nanti.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita menghayati hadis daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali dagang pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing.”
(riwayat muslim)

Hadis ini jelas menyatakan bahawa islam yang bermula dengan dagang (asing) akan menjadi dagang diakhir zaman nanti. Sejarah telah menukilkan bahawa perkembangan islam di peringkat awal juga asing. Islam sentiasa menghadapi kesukaran dan mendapat tentangan yang berpanjangan. Berkat ketabahan, kekentalan, kegigihan dan keyakinan para pendakwah atau da’I serta dengan izin Allah, islam telah berkembang sehingga menjadi kuasa dunia yang hebat pada era kegemilangannya. Islam telah Berjaya melahirkan insan yang berperibadi mulia, mempunyai jati diri unggul dan berwibawa. Ketika itu wujud keadilan, kejujuran, ketulusan, ketenteraman, keharmonian, kedamaian dan ketenangan. Namun selaku manusia mereka juga menghadapi pelbagai ujian, godaan nafsu dan kelemahan diri disamping serangan fitnah, khianat dan dengki sesama sendiri sehingga umat islam jatuh,tamadun islam runtuh sehinggalah sekarang.

Namun Allah swt tetap melahirkan sekelompok insan mulia yang sentiasa istiqamah untuk membangun ummat bedasarkan syariatnya. Golongan ini sentiasa gigih menyebarkan islam supaya menjadi ikutan dan amalan manusia untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah swt. Pada masa yang sama wujud pula segolongan manusia yang menghadapi krisis nilai terhadap agama. Golongan ini bertanya;
“ adakah agama merupakan satu keperluan? Atau agama hanya satu kecenderungan peribadi. Adakah ini bermaksud siapa suka boleh beragama dan siapa tidak suka boleh jadi atheis atau ikut mana-mana agama kerana semuanya sama, dan ada banyak jalan kesyurga!.

Dalam situasi krisis nilai inilah golongan yang ingin mengembalikan islam ke persada keagungannya menghadapi segelintir umat islam yang meragui, mempertikai, meremeh dan buruk sangka terhadap orang islam. Pada masa yang sama mereka juga menghadapi orang kafir yang benci kepada islam.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Justeru, setiap individu yang ingin mempertahan dan setia dengan islam pasti akan mengharungi ujian, rintangan, halangan,cemuhan, ejekan,cacian, makian dari mereka yang memang tidak redha dengan islam. Manakala orang yang beramal secara sambil lewa terhadap islam akan mendapat sanjungan atau kurang menghadapi tekanan. Persoalannya apakah mereka yang tidak yakin dan malahan benci terhadap islam ini tanpa disedari rupa-rupanya telah bersekongkol dengan yahudi, nasrani dan orang kafir lain sebagaimana firman Allah swt dalam al-quran surah al-baqarah ayat 120;

“orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu)”.
Oleh yang demikian, marilah kita tanpa mengira pegangan parti politik dan kedudukan, supaya benar-benar menghayati maksud ayat tadi yang jelas menyatakan bahawa orang kafir secara umumnya, yahudi dan nasrani khususnya tidak akan redha jika islam kembali mengungguli kepimpinan ummat. Mereka akan mengadakan pelbagai alasan dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap islam supaya ianya diragui serta seterusnya dijauhi. Mereka turut mengatakan;
“ apakah agama yang membenarkan perbezaan taraf antara lelaki dan wanita, mengenakan hukum rejam, kerat tangan dan sebat masih releven dengan zaman ini?”.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Begitulah islam akan sentiasa dibenci. Inilah sunnah islam. Tidak hairanlah jika golongan yang tidak meredhai islam ini sentiasa menganjur serta melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh melalai, melekakan dan merosakkan iman serta aqidah umat islam. Mereka akan melakukan apa sahaja gangguan, sekatan, tuduhan, ancaman dan kekacauan semata-mata untuk memastikan supaya ada di kalangan umat islam yang keliru, terpesong, menyeleweng, ragu-ragu dan tidak yakin dengan keupayaan islam dalam menyelesaikan kemelut kehidupan umat manusia.

Hasil usaha yang gigih musuh-musuh islam ini, mereka telah Berjaya menarik sebahagian penganut islam untuk meninggalkan islam. Mereka menganggap islam tiada kaitan langsung dalam mengendalikan urusan dunia. lebih menyedihkan lagi ialah penganut islam yang Berjaya di pesong dan dikelirukan ini kelihatan taat dalam melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, haji dan zakat. Ada ketikanya mereka memetik ayat al-quran dan hadis Rasulullah saw apabila berhujah, tetapi meninggalkan syariat islam ketika mengendalikan urusan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Bukankah sebahagian besar umat islam telah mempelajari islam sejak kecil, dari tadika,, sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi samada di masjid, surau dan di tempat-tempat kerja turut mengadakan kuliah-kuliah agama. Media masa turut menyiarkan rancangan atau maklumat berunsur islam. Para pendakwah sentiasa member ingatan. Ibu bapa juga telah member teguran. Anggota masyarakat turut memainkan peranan. Sedangkan kecelaruan masih berterusan. Inilah isu yang patut difikir dan perlu diselesaikan.
Sidang jumaat yang di redhai Allah,

Mereka yang keliru ini menganggap agama semata-mata sebagai urusan peribadatan. Sebab itulah agama mesti dipisahkan daripada amalan dunia. mereka inilah golongan yang mengatakan judi dan arak di bolehkan apabila dilesenkan atau rasuah memang haram, tetapi kalau orang memberi dengan tidak diminta, ambil sahajalah. Seterusnya segala pesta, keramaian dan kegiatan tetap diteruskan walaupun ia mengandungi unsur yang bertentangan dengan syarak. Segala adat terus dilaksanakan walaupun berunsur khurafat dan amalan memuja sehingga menyeleweng aqidah.

Mengapa keadaan ini masih wujud?. Apakah segala sistem pembelajaran, maklumat dan penyampaian selama ini tidak berkesan, tersilap atau tidak mencapai sasarannya?. Atau islam hanya disampaikan secara sambil lewa tanpa menekankan ia adalah satu cara hidup yang sempurna!. Mengapa masih terdapat dikalangan umat islam yang kuat berpegang serta yakin kepada panduan ciptaan manusia berbanding panduan yang diturunkan oleh Allah swt yang telah di sampaikan oleh Rasulullah saw?. Sedangkan pada masa yang sama mereka mengakui kesempurnaan ajaran Allah swt. Ini yang dikatakan salah faham terhadap islam, keliru, terpesong dan sekular atau sesat wal iyya zubillah.

Salah faham terhadap islam ini wujud kerana pada masa yang sama segala kebaikan berlaku, pelbagai keburukan juga terjadi. Kebaikan dan kejahatan tadi dilakukan oleh orang yang sama, penganjur yang sama dan penguasa yang sama. Pada satu waktu mereka adakan majlis tahlil, bacaan yasin dan doa selamat, tetapi selepas itu mereka juga yang menganjurkan majlis maksiat yang mendedahkan aurat atau seseorang pada suatu ketika melakukan kebaikan tetapi pada ketika lain berada ditempat yang ada unsur-unsur kemungkaran.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Lebih menyedihkan lagi bila seseorang pada satu-satu waktu amat bercakap tentang kebaikan dan kesempurnaan peraturan islam tetapi pada masa yang sama ia juga sedang mengingkari peraturan Allah. Mereka mampu menyatakan bahawa syarist islam itu baik dan sempurna, tetapi pada masa yang sama ia menyatakan riba’ itu harus kerana maslahat ummah. Mereka berhujah kalau tak terlibat dengan riba’ bagaimana nak dapat pinjaman, nak dapat modal dan meneruskan kegiatan, ini sangat mengelirukan.
Disamping itu tidak kurang juga ada diantara umat islam yang sanggup menyatakan;
“ tak apalah kita melakukan sedikit dosa atau sekali-sekala melanggar syariat dengan sengaja kerana Allah memahami kita.
Ada juga yang mengungkit selama ini telah banyak kebaikan yang telah mereka lakukan, maka bolehlah sesekali di langgar perintah Allah, lepas itu mohonlah ampun dan bertaubat, kerana Allah maha pengampun.
Astagfirullah, dengan sengaja dan sedar masih ada segelintir umat islam yang berfikiran sedemikian. Sedangkan islam perlu dihayati, di amal dan di anuti secara menyeluruh meliputi zahir dan batin. Selagi masih ada segelintir umat islam yang keliru, memisahkan agama dengan urusan kehidupan dan menyanjung tinggi segala pemikiran yang salah, tidak kira datang dari barat, timur atau mana-mana sahaja maka selama itulah umat islam akan berterusan berhadapan dengan situasi sebegini.

Maka segala salah faham, kekeliruan dan kekaburan tentang penghayatan syariat islam yang syumul ini perlu diperbetul dan diperangi habis-habisan. Setiap insan muslim yang mencintai kebenaran dan mahu melihat syariat islam terlaksana mesti sanggup melakukan jihad yang berterusan kearah memberikan teguran, nsihat dan pandangan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Contohnya kehebatan peribadi Rasulullah saw serta para sahabat baginda dalam mengamal dan mempertahankan segala syariat Allah swt.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Oleh itu, marilah kita kembali menghayati, melaksana dan mengamalkan segala tuntutan islam sebenar berpandukan kepada al-quran dan sunnah. Insyaallah, kita akan selamat dan sentiasa di bimbing oleh Allah swt kejalan yang diredhainya.

Firman Allah SWT di dalam al-quran An-Nisa' 69-70 yang bermaksud:-


“ sesiapa yang mentaati Allah dan rasulnya, maka mereka akan (ditempatkan disyurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-Nabi, para siddiqin, para syuhada’ (orang yang mati Syahid) dan orang yang soleh; serta mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”. “yang demikian itu adalah kurniaan daripada Allah. Cukuplah Allah yang maha mengetahui (akan balasan pahalanya)”.

Read more...

Inspirasi Si Kecil Bernama Semut

>> Tuesday, February 22, 2011





Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?
Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.
Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.
Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.
Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.
SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)
Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.
Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.
Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."
Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."
Hebatkan si kecil bernama semut?
terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.
Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.
Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.
Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

Read more...

FITNAH DAJJAL

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’

Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?

Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP