10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

>> Thursday, July 28, 2011


BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA? ?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat & puasa) yang tertinggal

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Read more...

:::Tiga Golongan Manusia Yang Sangat di Murkai Allah:::





Sahabat yang dirahmati Allah,Hidup kita di dunia ini adalah jambatan untuk hari akhirat. Walaupun hidup di dunia ini sementara dan kehidupan di hari akhirat kekal abadi tetapi hidup yang sementara ini adalah sebagai wasilah atau jalan untuk kita mencapai kebahagiaan di sana.

Ramai manusia kecundang menfaatkan masa di dunia dan harta benda yang dimiliki untuk menjadikannya saham akhirat. Manusia hanya tergila-gila mengejar saham dunia yang menjanjikan keuntungan segera tetapi melupakan saham akhirat . Bentuk pelaburan untuk saham akhirat adalah ketika di dunia ini iaitu apabila kita menggunakan harta untuk sedekah jariah, mengeluarkan zakat, membantu anak-anak yatim dan fakir miskin, membantu jihad fisabilillah, membantu kerja-kerja dakwah dan menyalurkan untuk mengembangkan ilmu yang bermanfaat semuanya adalah saham-saham jangka panjang yang akan membawa pulangan keuntungan yang berlipat kali ganda bergantung keikhlasan kita memberi sumbangan.

Selain kebaikan yang kita di suruh untuk melaksanakannya ketika di dunia ini terdapat tiga larangan dan tegahan Allah s.w.t. kepada kita untuk meninggalkannya iaitu seperti hadis dari Nabi s.a.w. maksudnya : “Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)..

Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah s.w.t adalah seperti berikut :

Pertama : Golongan yang cenderung kepada perkara yang haram.

1. Makanan Haram gelapkan hati.Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, memakan makanan yang tidak melalaui proses yang terjamin suci dan halal akan memberikan kesan kepada hati kita, tubuh badan , ibadat kita, dan kehidupan dunia akhirat secara keseluruhannya.Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka Neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)” Itu adalah sabda Rasulullah s.a.w. mengenai sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.

Hari ini, tidak ramai Muslimin dan Muslimat yang menitik beratkan perkara ini. Manusia hidup dan makan mimun tanpa memandang akan besarnya kesan pemakanan terhadap diri, masyarakat dan generasi mereka. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber haram seperti rasuah, tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram.

2. Menggunakan wang pinjaman melalui sistem riba’.Melihat kepada situasi hari ini, semakin mudah untuk seseorang itu terlibat dengan amalan riba’. Bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional mengamalkan riba’ dalam transaksi harian mereka.

Apabila individu mendapatkan pinjaman daripada bank-bank konvensional atau membeli produk-produk insurans daripada syarikat insurans konvensional, secara automatik individu tersebut akan terlibat dengan amalan riba’.Riba’ jika dilihat dari segi istilah bermaksud mengambil atau mengenakan tambahan ke atas harta atau nilai pokok atau modal secara batil. Ada beberapa pendapat dalam penjelasan makna riba’.

Secara umumnya riba boleh disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam.

3. Cenderung kepada kerja-kerja yang membawa kepada zina.Allah s.w.t melarang orang beriman untuk menghampiri zina, kerana zina adalah perbuatan yang terkutuk dan amat keji disisi Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan janganlah kamu menghampiri zina, (kerana) sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan membawa kerosakkan.” (Surah Al-Israk ayat 32)

Berdasarkan ayat ini apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada gejala zina seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, membaca buku-buku dan majalah lucah, melawati laman-laman web lucah serta menonton VCD / DVD yang membangkitkan selera syahwat hukumnya adalah haram.

4. Salah satu perkara yang cenderung kepada perkara yang haram adalah perkara syubhat.Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat makasesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam al-Ghazali, barang halal itu datang kepada kamu hanya sekadar untuk menjadi bekalan sahaja. Seperti mana disebut oleh Nabi s.a.w., maksudnya; “Sesungguhnya yang halal itu tiada datang kepada kamu, melainkan sekadar untuk menjadi bekal dan sekejab sahaja. Tetapi yang haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.

Banyak makan makanan syubhat menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal ilmu dan mudah lupa. Oleh sebab itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. mensifatkan, di antara halal dengan haram ada di tengahnya perkara syubhat. Walau pun perkara syubhat belum haram, tetapi ia lebih mendekati ke arah haram dan termasuk perkara larangan, bagai taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa yang suka meniti di atas syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram. Bagi orang wara’ perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.

Di dalam Islam banyak lagi perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. Sesiapa saja dikalangan umat Islam yang hati dan jiwanya cenderung kepada melakukan perkara yang haram atau maksiat maka ianya adalah termasuk salah satu golongan yang sangat dimurkai Allah s.w.t.

Kedua : Golongan yang mengikut perbuatan jahilliah.

Islam datang kemuka bumi ini ketika masyarakat arab jahilliah dikuasai oleh peraturan, undang-undang dan amalan-amalan jahilliah. Mereka menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana ajaran Tauhid mengajak mereka menyembah kepada Allah s.w.t yang Maha Esa dan meninggalkan semua ajaran jahilliah yang mereka warisi daripada datok nenek moyang mereka.

Musuh-musuh Islam telah cuba memasukkan unsur-unsur jahiliah didalam kehidupan kita sehingga kita tidak dapat merasai nikmat kemanisan hidup dalam Islam. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Maidah ayat 50 yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin (iman)”.

Bagi orang-orang yang beriman, tidak ada hukum yang lebih baik melainkan yang diturunkan oleh Allah s.w.t., ini adalah tegasan dari Al-Qur’an. Tetapi mengapa ramai orang-orang Islam hari ini menolak hukum Allah dari segi praktiknya. Bagaimana untuk menilai keadaan ini?

Sesiapa yang meyakini hukum ciptaan mausia lebih baik daripada hukum-hukum Allah s.w.t dan mempertahankan pula undang-undang tersebut maka mereka adalah tergolongan dikalangan orang jahilliah. Semua undang-undang barat yang diambil oleh manusia untuk dijadikan peraturan sebenarnya undang-undang itu adalah undang-undang jahilliah iaitu undang-undang yang dilarang oleh Allah s.w.t untuk dipraktikkan dalam kehidupan.

Selain daripada undang-undang ciptaan manusia yang bertentangan dengan syariat Islam terdapat juga adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam yang membawa kepada amalan kurafat dan syirik , contoh-contoh tersebut adalah seperti berikut :

1. Adat persandingan dalam perkahwinan dan tepong tawar .2. Adat yang mengutamakan perempuan mendapat hak pembahagian harta pusaka lebih daripada lelaki (sah bertentangan dengan hukum faraid dalam Islam)3. Buang ancak dilaut kononnya untuk keselamatan para nelayan dilaut.4. Bernazar dengan meletakkan pulut kuning dan ayam panggang dikubur-kubur tertentu.5. Menyemah darah kambing hitam digelanggang silat atau ditapak rumah baru.6. Menggunakan tangkal-tangkal untuk menjaga diri.7. Mempercayai bomoh-bomoh yang boleh mengetahui perkara-perkara ghaib, mengubati penyakit dan menggunakan khidmat jin-jin kafir dan syaitan.

Jahiliah dahulu senang diketahui dan dikesan, tetapi jahiliah hari ini adalah jahiliah yang ‘sophisticate’ dan sukar dikenali kerana mereka bersembunyi di dalam kemajuan dan berlindung atas nama dan selogan Islam. Jahiliah sekarang ini, malah jahiliah disetiap zaman tetap akan menolak hukum Allah s.w.t. dan mereka boleh dikenali sebagai jahiliah dimana-mana sahaja di dunia ini di segenap lapisan masyarakat dan di setiap keadaan. Sesungguhnya jahiliah berada di segenap kemajuan sama ada pada fikiran, politik atau kemasyarakatan. Sesungguhnya kita dewasa ini telah dikongkongi oleh jahiliah yang amat teruk sekali sehingga apa yang kita anggap Islam telah pun di asaskan oleh jahiliah.

Jahiliah dan hawa nafsu mempunyai nilai atau hakikat yang sama. Apabila kita mengikut hawa nafsu, maka ia bermakna bahawa kita telah mengikut jahiliah. Mereka yang mengikut hawa nafsu enggan mengikut perinth Allah s.w.t. maka kedapatanlah jahiliah. Hawa nafsu tidak pernah bahkan tidak membawa manusia kepada iman dan Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud ;” Mereka lebih suka kepada yang buta daripada petunjuk Allah”.

Sesiapa saja yang mengamalkan ciri-ciri di atas sebenarnya ia telah termasuk di golongan kedua yang sangat dimurkai oleh Allah s.w.t. iaitu golongan yang mengikut perbuatan jahilliah.

Ketiga : Golongan yang orang membunuh orang lain tanpa hak.

Dosa membunuh manusia lain tanpa hak adalah dosa yang sangat besar, kedudukannya adalah selepas syirik kepada Allah s.w.t.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh searang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa membunuh dengan senghaja itu akan dikenakan empat macam hukuman: (i) Berkekalan di dalam neraka Jahannam. (ii) Kemurkaan Allah. (iii) Dilaknat atau dikutuk hidupnya (iv) Azab yang sangat pedih dan keras yang akan disediakan oleh Allah baginya di akhirat.

Di antara hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengancam tentang dosa dan hukum ke atas pembunuh ialah:

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “Aku (Ubaidullah bin Abu Bakar) mendengar Anas bin Malik berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyebut dosa-dosa besar (atau Baginda ditanya mengenai dosa-dosa besar) “, jawab Baginda: “Menyekutukan Allah, membunuh manusia dan derhaka kepada kedua ibu bapa. “(Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberi peringatan tentang tujuh perkara yang membinasakan yang perlu dijauhi, di antaranya disebutkan:

Maksudnya: “… Membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar.”(Hadis riwayat Muslim)

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, ‘Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh Mu ‘ahad (orang yang telah mengikat persetujuan dengan pemerintah Islam), maka tidaklah si pembunuh itu akan mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu (boleh dicium) sejauh perjalanan 40 tahun. “(Hadis riwayat Bukhari)

Jika seorang Muslim yang membunuh orang yang berlainan agama, yang telah mendapat perlindungan daripada pemerintah Islam, tidak akan mencium bau syurga, yang baunya boleh dicium dari jarak 40 tahun perjalanan, maka betapa halnya jika seseorang itu membunuh seorang Muslim.

Oleh sebab itulah ada di antara sahabat-sahabat Rasulullah yang berpendapat bahawasanya orang yang membunuh manusia dengan sengaja, bukan kerana menjalankan hukum dan bukan pula kerana keizinan membunuh di dalam peperangan, terutama membunuh seseorang Muslim, tidaklah akan diberi taubat oleh Allah.

Di antara yang berpendapat seperti ini ialah Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu. Walaupun pendapat ini dipertikai oleh jumhur ulama, namun perkara membunuh tanpa alasan yang dibenarkan oleh syara’ adalah amat besar risikonya, termasuk tidak diterima taubatnya mengikut pendapat di atas. (Tafsir Al-Qurthubi: 332-334)

Ibnu Qayyim berkata di dalam kitabnya Al-Jawab Al-Kafi: “Setelah nyata bahawa kezaliman dan sifat permusuhan sangat bertentangan dengan keadilan, yang mana dengan keadilan itulah semua langit dan bumi ini ditegakkan oleh Allah, dan kerana sudah terang pula bahawa Allah Ta’ala mengutus rasul-rasulNya dengan diberi kitab-kitab suci untuk menegakkan keadilan di antara sesama manusia, maka kezaliman itu nyatalah termasuk yang sebesar-besar dosa besar, dan tingkat besarnya dosa itu ialah menurut besar bahayanya pada dirinya. Lantaran itu manusia yang membunuh anak yang kecil yang tiada berdosa adalah termasuk sekeji-keji kezaliman.”(Al-Jawab Al-Kafi h. 150)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud disebutkan bahawasanya kes perbicaraan yang mula-mula sekali dihakimkan di Hari Kiamat ialah perkara darah (pembunuhan).

Pendeknya banyak lagi hadis lain yang mengecam perbuatan membunuh sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam maksudnya: “Melenyapkan dunia ini lebih ringan bagi Allah daripada membunuh seorang Muslim.”(Hadis Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat yang dibawa oleh Ibnu Majah disebut:Sabda Nabi s.a.w maksudnya: “Melenyapkan dunia ini lebih ringan ke atas Allah daripada membunuh seorang mukmin tanpa kebenaran hukum. ”

Perbuatan membunuh tidak syak lagi adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral. Dalam waktu yang sama, martabat kanak-kanak luar nikah yang mati itu telah dijadikan lebih hina daripada binatang, kerana binatang yang mempunyai tuan, apabila ianya mati biasanya akan ditanam. Di zaman jahiliah, sebelum kedatangan Islam, kanak-kanak perempuan dibunuh dalam keadaan mereka ditanam hidup-hidup ertinya dikubur dan tidak dibiarkan, seperti terbiarnya kanak-kanak luar nikah dibunuh dan dibiarkan begitu sahaja.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata : Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku. Maka Allah berkata kepada sipembunuh : Celakalah engkau, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”

Sahabat yang dimuliakan,Marilah sama-sama kita jauhi diri kita daripada tiga golongan yang sangat dimurkai Allah s.w.t di dunia dan hari akhirat iaitu golongan yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak.

Apakah kita sanggup hidup dengan kemurkaan Allah di dunia ini? dan mendapat azab yang sangat pedih di hari akhirat nant? Jila kita takut dan tak sanggup menanggung azab sengsara yang berat dan hebat maka tinggalkanlah perkara dosa dan maksiat dan perbuatan yang ditegak oleh Allah s.w.t. Kembalilah kepada Islam dan ajarannya dan hiasilah hidup kita dengan amal-amal soleh dan akhlak yang mulia. Mohonlah keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Read more...

KENALI RASULULLAH S.A.W

>> Tuesday, July 26, 2011


BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung,bercahaya penuh misteri,kelihatan luas sekali pertama kali melihatya
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Tambah keterangan
BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung,bercahaya penuh misteri,kelihatan luas sekali pertama kali melihatya
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Read more...

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

>> Saturday, July 23, 2011



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah,
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Read more...

Kisah kucing..




Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut
"kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini??"

Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"

Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.

Renunglah diri kita.. berapa banyak kah kita sudah membuang "najis" di bumiNya ?..
mari lah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberianNya...

Read more...

PURDAH : DUNIA SEDANG BERMAIN

>> Thursday, July 21, 2011



Salam...
Setelah beberapa minggu di rumah..macam2 yg jadi..terasa diri makin jauh dan hanyut..aku perlukan sokongan dan kekuatan..tiadalah aku mampu melakukan ketaatan dan tiada jua aku mampu mengelak penderhakaan kecuali hanya dengan pertolongan Allah Taala... apa yg mahu ditekankan dlm entri ni hanya anggapan yg salah tentang purdah dari mereka2 yg xpernah tahu untuk apa pakai purdah kerna mereka bukan pemakai purdah...mereka Cuma berhujah tentang sesuatu yg mereka tidak tahu..tentang sesuatu yg mereka xpernah buat dan xpernah alami...

Purdah selebriti...
Isu ni la yg sering hangat di perkatakan...arghh...jika di dengar lama2 memang akan cair semua taik telinga or akan terbakar cuping telinga n gegendang telinga pon mungkin akan pecah..aku pikir dunia sekarang sedang diserang ideologi2 dan cerita2 tentang purdah sedang pemakai purdah juga semakin ramai sejak kebelakangan ni...apa yg buat aku sgt2 tidak selesa ialah...
“mimi..tgk x cerita bla3...(drama ttg wanita bpurdah) ?? ”
“kenapa xpakai purdah yg macam dot3 (sorg selebriti) ? ”
“pakai purdah yg macam dia (selebriti) la cantik..pakai la mi..”
“pakai jela (mcm selebriti)..buat pe pikir pasal org lain..”
“sy terus tringat awak bila tgk cerita tu”

Kalau kamu di tempat aku..apa yg kamu akan lakukan bila kamu di aju soalan2 dan idea2 yg xmasuk akal dan berlawanan dgn prinsip kamu..malah tekad kamu untuk berpurdah memang bukan seperti apa yg difikirkan mereka...motif??? apa motif mereka tanya kami (niqabis) soalan2 macam tu? Apakah kamu fikir dunia ini sgt perlu untuk buat cerita ttg org pakai purdah?? Utk apa?? Bela org pakai purdah?? Menampakkan org pakai purdah ni baik?? Bagi aku...drama2 or cerita2 itu tidak lain hanya memburukkan lagi imej niqabis..hnya mengaibkan niqabis...kerna apa?? Kerna mereka mencantikkan niqabis dlm cerita2 mereka....wahai teman niqabis
sekalian...tidakkah kamu sedar keburukan dan aib di sebalik drama2 itu?? TABARRUJ !!! KAMU XKAN FAHAM NIQABIS SEBENAR TAKKAN TERMAKAN KATA2 ORANG DAN AKAN LARI DARI PUJIAN ORANG..PAKAI PURDAH BUKAN UNTUK DI LIHAT BAIK!! PAKAI PURDAH BUKAN UNTUK DILIHAT CANTIK!!! BUKAN ITU YG KAMI MAHU!! BUKAN TU YG KAMI NAK!! PAKAI PURDAH BUKAN UNTUK DI TONJOLKAN DALAM DRAMA DAN DIJADIKAN CERITA !!! MALAH KAMI SEBENARNYA SEDANG LARI DARI SEMUA TU!!


DUNIA SEDANG MEMANIPULASIKAN PEMAKAI PURDAH...
Apakah kamu fikir...isteri2 para anbia’ dulu2 yang berjilbab berniqab or berpurdah ini ditonjolkan kpd org ramai?? Bukankah mereka berhijab hanya kerna Allah Taala semata2?? Bukankah mereka berhijab kerna mahu menjaga maruah diri dan keluarga? Bukankah mereka berhijab kerna mnyahut seruan Ilahi agar menjaga kehormatan diri dan agr lebih dikenali? Maksud dikenali dlm kalamNya dan beberapa hadis adalah perbezaan antara wanita yg beriman dgn yg fasik or munafik..kerana di saat itu wanita2 arab jahiliah berpakaian dgn pakaian yg sama tidak menutup aurat dgn sempurna..jadi seruan untuk berhijab/bjilbab/bniqab disambut baik hnya oleh golongan2 yg cintakan agama Allah...HNYA OLEH ORANG YG CINTA ALLAH DAN RASULNYA,..dgn itu mereka lebih dikenali kerna jumlah mereka yg bjilbab/bniqab sgt sedikit dan hnya di kalangan keluarga para anbia’ n shbat2 shja..bukannya dikenali dgn ditonjolkan!! nampaknya sekarang..tarikan pada niqabis sgt tinggi..semakin ramai yg tertarik dgn purdah, semakin mudah dunia memanipulasi purdah dgn TABARRUJ..sungguh licik permainan dajal laknatullah..hanya pada Allah tempat aku memohon perlindungan dari tipudaya dajal almasih..


wahai teman niqabis! Aku mahu tanya kalian...Sedaya mana kamu mampu mjaga hati kamu dari ujub diri bila kamu dipuji di mana sja kamu brada? Yakinkah iman xkan goyah dgn pujian tsebut?? Lebih2 lagi bila dipuji oleh opposite gnder?? Itukah yg kamu mahu? Bukankah kita mahu lari dari semua itu?? Sesungguhnya nafsu itu sering menyuruh kepada perkara kejahatan.. jangan pernah tertipu dgn permainan ketaatan yg kamu cipta sendiri di saat kamu lupa sebab sebenar mngapa dan untuk apa kamu berniqab...fikirkan wahai teman...dunia sedang rancak menipu...kita mahu cantik pada pandangan Allah..bukan mahu cantik di mata manusia semata-mata...jgn terpedaya dgn permainan dunia..kerna kita bukan boneka..kita adalah HAMBA,,,HAMBA ALLAH!! Jadi...berlagaklah seperti seorg HAMBA!


Mereka takkan faham...
Mereka tidak akan pernah faham apa yg dialami dan dilalui oleh pemakai2 purdah jika mereka sendiri xpernah pakai purdah..adilkah apa yg di anggap oleh mereka diambil sebagai sesuatu yg benar kalau mereka sendiri xberbuat seperti apa yg diperkatakan? Aku pernah kalah dgn permainan nafsu ni..permainan di mana aku kalah dgn nafsu amarah sendiri kerna membetulkan anggapan mereka yg xmemahami sesuatu perkara ttg purdah..adakah aku perlu menerangkan dgn detail n beritahu segala-galanya tentang apa yg aku alami hnya kerna ingin menutup mulut mereka n mhentikan percakapan mereka? ya..satu pertikaian yg berakhir dgn perkelahian..dimana aku gagal mengawal amarahku..bukan kerna mahu menunjukkan aku benar..tapi untuk membetulkan anggapan mereka dan aku mmg perlu membela diri ketika itu..namun..aku tetap kalah dgn syaitan dlm diri, dimana apa yg sepatutnya aku lakukan ketika itu hnyalah diam dan bersabar dgn kata2 mereka...ampunkan aku Ya Allah...saat tu aku sendiri dan aku kalah..=,(


aku akui sgt perit dan pedih..sedih dan kecewa bila org2 terdekat sendiri tidak dpt memahami dan mengerti mengapa sebenarnya aku berpurdah...usah mempertikaikan ttg sesuatu perkara yg kamu xtahu..sudah hampir setahun aku berpurdah..perlukah aku mendengar kata2 mereka yg jelas lari jauh dari perinsip aku? memang kamu xkan pernah mngerti dan faham apa yg aku lalui kecuali bila kamu sendiri yg mngalaminya satu masa nanti...wajarkah aku mengharapkan pemahaman dan perhatian daripada mereka yg x faham dan xcuba untuk faham sedang aku sentiasa punya Tuhan yg Maha Mendengar..Melihat..Maha Memahami...dan Dia Maha Tahu segalanya..


aku mahu tahu...
bagaimana agaknya keadaan kalian bilamana kalian melakukan sesuatu yg lain dari org2 di sekeliling kalian dan mereka mempertikaikan apa yg kalian lakukan sedang mereka sendiri xtahu apa yg mereka hujahkan???
Apa perasaan kamu bila kamu berjuang seorang diri tanpa ada penyokong dan peneman malah perjuangan kamu dipertikaikan ???
Apa perasaan kamu bila prinsip kamu dikotori tohmahan dan kritikan org2 di sekeliling kamu sedang hanya kamu tahu itu yang terbaik untuk kamu?
Apa yang kamu akan lakukan bila keadaan sekeliling kamu memaksa kamu menjadi yg lain dari apa yg kamu mahukan??
Aku xsalahkan mereka...kerna aku sendiri yg salah bila aku terpengaruh dgn kata2 mereka dan mengambil kesah serta mendownkan aku sedang aku boleh memilih di saat itu utk diam saja dan tawakal hanya kepada Allah...Allah...ampuni aku...aku sgt lemah saat itu...


Allah...Bantu aku...
Sungguh aku perlukan kekuatan di saat ini...Allah...bantu aku tuk harungi semua ini...tiada sesiapa lagi di sampingku kecuali Engkau...=,(
Sungguh aku perlukan bimbingan dan didikan dari Yang Maha Agung...Allah....tegur aku...bantu aku tuk harungi semua ini...aku hanya ada Engkau saja tuk mendengar luahanku...aku tahu semua boleh baca apa yg aku tulis di sini...tapi apa yg mereka boleh buat?? Mereka xtahu apa yg ade dlm hati aku n fikiranku...Hanya Kau saja Ya Allah...hanya Kau sajalah Yang mampu Menghilangkan segala kesedihan dan kekecewaan ini..hanya Allah saja yg memahami diri ini..Hnya Allah saja yg boleh menolongku..cukuplah Hnya Allah sebgai Penolongku... cukuplah hnya pada Allah saja tempat aku bergantung harap..cukuplah hnya Allah sebgai Penilai dan Hakim atas setiap apa yang aku lakukan dlm kehidupanku.. cukuplah hanya Allah saja yg menilai tiap perbuatanku dan pilihanku... aku xperlukan hujah2 dan pertikaian daripada sesiapa pun kerna hnya aku yg tahu apa yg aku lalui...dan kamu..kamu...kamu...xkan pernah tahu apa yg dialami oleh ku walau kata2 dan hujahmu sgt ribut dan kencang membicarakan sesuatu yg kamu sendiri tidak pernah tahu dan tidak pernah rasa or alami...


Terima kasih...
Terima kasih yg xterhingga pada kalian yg memanipulasi dan mempertikaikan...Kerna hujah kamu semua membuatkan aku lebih kuat tuk hadapi masa akan datang..n buatkan aku lebih tegar n kukuh dgn prinsip2 ku..moga Allah merahmati hidup kalian semua dunia dan akhirat... moga suatu masa nanti kamu akan berada di tempatku dan memahami apa yg aku lalui selama ini supaya anggapanmu itu akan dibetulkan oleh dirimu sendiri..maafkan diri ini kerna pernah tersalah cara dlm membela diri sdg diri lupa bhwa cukuplah hnya ALLAh saja sebagai PEMBELA...wallahu’alam...

Bagiku amalanku..bagimu amalanmu..aku mohon...jangan rosakkan hati aku..=,(
aku berniqab kerna itu pilihanku sendiri..bukan kerana mngikut orang!
dan cukuplah hanya Allah sebagai Tempat Bergantung HARAPAN...
dan cukuplah hnya Allah yang Mengenalku...


Wassalam...



Oleh: Enoi Nul

Read more...

Terapi solat dari sudut ROH..

>> Wednesday, July 20, 2011



Kita harus tahu apa maksud setiap pergerakaan dalam solat...

- BERDIRI TEGAK..

Berdiri melambangkan peringatan akan dasyatnya saat berdiri dihadapan Allah swt dihari kebangkitan ketika akan diminta pertanggung jawaban atas segala yang telah kita lakukan sewaktu hidup didunia...

- TAKBIR..

Mengangkat tangan merupakan isyarat dimana selamat tinggal dunia...menyerah dan pasrah kepada Allah yang maha besar..
ketika melafazkan ''ALLAHUAKBAR''..disitulah terputusnya hubungan kita dengan dunia..dan disaat itu kita hanya berhubungan degan Allah..membesarkan Allah..dan mengagungkan nama Allah...

- MEMBACA AL-FATIHAH..

Al-fatihah adalah kata kata munajat dengan Allah swt...dengan Allah kita berbicara..
''Telah berfirman Allah swt..Aku membagi solat itu antara Aku dan hamba-Ku..dan bagi hamba-Ku..apa yang dimintanya''..
begitu mulianya diri kita karena menjadi sebutan Allah swt..dan mendapat penghormatan dari Allah bila kita membaca Al-fatihah..

- RUKUK..

Rukuk melambangkan kehinaan diri..dan mengakui kerendahan diri kepada Allah swt..jiwa orang beriman senantiasa mengakui kebesaran Allah dalam solatnya..

- IKTIDAL..

Ketika bangun dari rukuk untuk iktidal..adalah mengharapan supaya Allah swt mengasihi kita..harapan tersebut kita nyatakan melalui ucapan kita waktu iktidal dan thu'maninah..

- SUJUD...

Sujud adalah suatu tingkatan kedudukan dan kepasrahan paling mendalam dengan membiarkan anggota tubuh paling mulia (wajah) itu..menyentuh tanah/tempat yang kita pijak..menginsyafkan diri bahwa kita asalnya dari tanah dan melalui tanah juga kita akan dikembalikan kepada Allah swt..

- DUDUK ANTARA DUA SUJUD..

Maksudnya kita bersimpuh kepada Allah swt yang maha pemurah dengan hanya satu tujuan..yaitu memohon ampunan..memohon rahmat..memohon hidayah dan rezeki kepada Allah..ketika itulah mengharapkan akan rahmat ampunan dari Allah swt..

- DUDUK TAHIYAT AKHIR..

Duduk dan membaca Tasyahud adalah mengakui segala kehormatan dan segala sesuatu yang baik adalah milik Allah..dan didalam tasyahud terdapat ucapan salam yaitu kepada nabi dan disertai pula rahmat Allah dan berkah-Nya...

- MEMBERI SALAM..

Memberi salam adalah sebagai tanda selesainya bermunajat kepada Allah swt..sebagai tanda selesainya shalat kita..
tujukanlah ucapan salam kepada malaikat..bersyukur kepada Allah swt atas taufiqnya karena kita dapat menyelesaikan shalat kita..

Read more...

:: Siapakah Ikhwanul Muslimin ? ::




Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan
Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata

Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengamalkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat mencintaiku
Sekalipun tidak pernah bertemu

ukhuwah mereka bagaikan susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpama satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai abid pula di malam harinya
Ruhbanu fillail wa fursan finnahar
Gelaran yang baginda berikan

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Luar biasanya Taqwa Ikhwan
Kerana Taqwanya di beri pertolongan
Kerana Taqwanya di beri rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai Pencinta-pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Ia tawaran yang tiada tandingan. Allahu Haq.

Ramai umat Islam pada hari ini mengejar Gelaran Dato', YB, Prof, Dr, Tun, Datin dan banyak lagi gelaran yang dikejar oleh manusia. Namun manusia lupa bahawa ada satu gelaran yang patut dikejar oleh manusia umat akhir zaman kerana jika sesiapa yang mendapat dan merebut gelaran ini nescaya dia bukan sahaja mendapat ganjaran Allah di muka bumi malah mendapat ganjaran di akhirat kelak. Oleh itu marilah sama-sama kita merebut gelaran Ikhwan ini yang amat dirindui oleh junjungan kita Rasulullah SAW..

:: Siapa itu Ikhwan akhir zaman……………

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."

Kata Sayidina Ali r.a,
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya ( tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Thalut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."

Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat r.a,
"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?"
Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:
"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghuraba' (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:
"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."

Sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a,
"Islam itu permulaannya adalah asing dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu."
(Riwayat Muslim)

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a menyebutkan kira-kira begini:
"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam a.s (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umara' bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan dari Allah untuk umat ini."
(Riwayat Muslim)

Dari Abdullah r.a, katanya:
"Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."(Riwayat Muslim)

Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya di akhir zaman sehinggakan para sahabat menangis kerana tidak mendapat gelaran tersebut dari Rasulullah kerana ia hanya diberikan khas untuk umat akhir zaman sahaja oleh itu semoga sebahagian hadis dan kata-kata sahabat di atas dapat memberi satu semangat kepada kita agar sama-sama kita merebut gelaran itu seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada kita...
Berani sahut cabaran?? Apa yang ditunggukan lagi...

Read more...

‎:: Kanak-kanak Genius di Zaman Kegemilangan Islam ::

>> Tuesday, July 19, 2011



Saiyidina Umar Al-Khattab sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair. Apabila melihat Saiyidina Umar, kanak-kanak itu bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Apabila Saiyidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya, "Mengapa engkau tidak lari seperti anak-anak lain?"

Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan, "Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa saya mesti lari daripadamu? Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit sehingga saya terpaksa melapangkan ruang untuk Amirul Mukminin berjalan."

Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abasiyah Khalifah Al Makmum, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah negara. Dia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan di celah cuping telinganya terselit sebatang pena.

Al Makmum bertanya, "Siapakah engkau ini?"

Budak itu menjawab, "Saya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang-lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja'."

Sewaktu awal pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijjaz tiba dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil ke hadapan untuk bercakap.

Umar Abdul Aziz berkata, "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap."

Budak itu menjawab sopan dengan berani, "Semoga ALLAH kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika ALLAH mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap.

Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan khalifah."

Umar Ibnu Aziz sangat terharu dengan jawapan anak kecil itu. Demikianlah tiga contoh bagaimana tangkas, bijak dan beraninya anak-anak genius di zaman kegemilangan Islam.

Manusia genius mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Fikirannya mampu mengubah dunia. Nabi Muhammad, seorang genius telah berjaya mengubah bangsa Arab menjadi satu bangsa yang gagah, berakhlak dan bertamaddun hanya dalam jangka masa 23 tahun sahaja. Tempoh itu sangat pendek sehingga seorang professor di Universiti Vienna, Dr. Chevrel berkata, "Belum tentu Eropah dapat mencapai apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad walaupun terpaksa mengambil masa selama 2,000 tahun."

Inilah kekuatan yang ada pada manusia genius. Dunia tidak dapat diubah oleh tenaga ribuan manusia tetapi dapat diubah oleh fikiran seorang daripadanya.. InsyaAllah, anda semua adalah genius sejati ~tK1~

Read more...

KENALI RABI'AH AL ADAWIYAH

>> Monday, July 11, 2011



RABI’AH BINTI ISMAIL AL-ADAWIYAH tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada الله. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, الله telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada الله sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih BERSYUKUR kepada الله. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah الله, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh الله untuk kembali BERTAUBAT. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada الله:

“Ya الله, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan الله سبحانه وتعالى:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat CINTA kepada-Mu.”



MENOLAK LAMARAN UNTUK KAHWIN

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada الله. Oleh itu dia terus-menerus mencintai الله semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan الله. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam KECINTAAN-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”



CINTA PADA الله

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai الله. Dia menjadikan KECINTAAN pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan الله seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

KECINTAAN Rabi’ah kepada الله berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga الله semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan الله untuk diuji dengan keimanan serta KECINTAAN kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga الله meredainya, amin!

HATI YANG BERHUBUNG DENGAN الله

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh الله di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi الله orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya الله! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita BERHUBUNG dengan الله. Semakin kita kenali keluhuran CINTA kepada الله, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada الله serta melahirkan keyakinan CINTA dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada الله untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya NIKMAT الله kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada الله. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan CINTA terhadap الله yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah الله. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu CINTA الله yang kekal abadi.

Read more...

:: Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam ::

>> Saturday, July 9, 2011


Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagiaan sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya... Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang.

Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah kepimpinan suami itu sendiri. Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah SWT.

Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Malah Rasulullah SAW sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah SWT apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.

Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

Ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud,
“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah Al-Fajr, ayat 27-30)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kelebihan bertahajud

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail. Rasulullah SAW bersabda, ada sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajjud.

Lima ketika di dunia:

1. Terselamat daripada beberapa bencana
2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3. Disukai oleh hamba Allah
4. Ucapannya penuh hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana

Empat ketika di akhirat:

1. Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2. Diringankan hisabnya
3. Meniti titian sirat seperti kilat
4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan

Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepadaNya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian. Mudah-mudahan menjadi amalan seharian kita... juga buatmu srikandi solehahku..
~ aku yang unik ~

Read more...

PEREMPUAN SATU ANUGERAH

>> Friday, July 8, 2011


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab Baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi Muhammad SAW) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

SubhanAllah, begitu tinggi kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kaum hawa... juga ingatan teristimewa buat insan tersayang..
~ ukhti aku yang unik ~ with ♥

Read more...

APALAH YANG HENDAK DIBANGGAKAN DENGAN SISTEM DEMOKRASI.

>> Tuesday, July 5, 2011


Apalah yang hendak dibanggakan dengan sistem demokrasi makin ke hujung

semakin membawa kecelakaan

Hasil demokrasi tidak dapat melahirkan pemimpin yang adil dan jujur

kepada bangsa dan negara apatah lagi kepada agama

Tidak kira berlaku di negara mana dan oleh apa bangsa

Hasil demokrasi masyarakat berpecah-belah, negara porak-peranda,

ekonomi binasa

Ramai pemimpin yang menang secara kotor, paling tidak menjadi

tanda tanya bagi yang berjaya

Undi dapat dibeli, korupsi dapat dibagi, untuk menang ada janji-janjinya

Musim pemilu seolah-olah mendapat ikan kena tuba atau durian runtuh

oleh setengah orang

Rakyat yang tidak bertanggungjawab, pemimpin yang kotor memberi

sogokan dan suap

Rakyat diperjudikan, rakyat dipermainkan, rakyat jadi buah catur oleh tangan-tangan yang khianat

Rakyat umum menunggu pembela dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya

namun tidak kunjung tiba

Harapan demi harapan namun tidak menjadi kenyataan

Di setengah negara karena tidak puas hati hasil demokrasi rakyat demonstrasi

Kerana adanya politik uang, ada penipuan di dalam undian

Rakyat tidak puas hati, bercakap-cakap seluruh negara namun pemimpin

tidak terasa malu juga

Apa perlu malu yang penting aku sudah menang, aku sudah berjaya dan ada kuasa

Yang tidak ada duit tapi mahu berjaya mencerca dan mengata,

menfitnah dan menghina

Tuduh-menuduh satu sama lain, hilang kasih sayang,

hilang perpaduan di dalam negara

Di dalam demokrasi terpaksalah ada kroni, ada klik-klik, ada tim dan ‘camp’

Ada orang aku, ada orang dia, ada orang mereka setengah musuh jadi lawan,

lawan jadi musuh

Kawan tidak setia mudah dapat kawan mudah hilang kawan

Penyakit demokrasi ini berlaku di dalam negara,

berlaku di dalam partai seolah-olah sudah jadi budaya

Di dalam demokrasi payah mencari kejujuran, payah mencari kawan setia,

payah kata dibuat

Di dalam demokrasi khianat-mengkhianati, jatuh-menjatuhkan perkara biasa

Bahkan di setengah negara bunuh-membunuh pun terjadi juga

Kemudian pemimpin-pemimpin demokrasi itulah juga yang berslogan: mari bersatu, mari maju, mari bekerjasama

Bila rakyat tidak bersatu, bertindak balas terang-terangan

atau senyap-senyap karena mereka menuduh-nuduh setengah rakyatnya, sebenarnya mereka lempar batu sembunyi tangan

Padahal rakyat rusak karena mereka

Bukan rakyat buta mata, bukan rakyat bodoh semuanya

Tapi rakyat tidak mampu bertindak karena mereka sudah dilemahkan

oleh pemimpin-pemimpin mereka yang buta hati yang celik mata

oleh Amal Indrawan Ariffin

Read more...

Penyebab Terbanyak Manusia ke Neraka dan Syurga



Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Nabi saw berkata kepada para sahabat : “Tahukah kalian hal apa yang paling banyak menyebabkan seseorang masuk ke neraka?”

Para sahabat berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui akan hal itu.’

(Kemudian) Rasulullah saw menjawab;
“Hal yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam neraka adalah dua lubang yang terdapat dalam diri manusia, iaitu kemaluan dan mulut.
Adapun sesuatu yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga adalah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”
[222] Hasan. Riwayat Bukhari – Adabul Mufrad
Sedikit Iktibar:

• Penyebab Terbanyak Manusia ke Neraka
Antara penyebab terbanyak manusia ke neraka adalah kerana kemaluan dan mulut. Kemaluan adalah punca kepada zina. Zina pula boleh membawa kepada kerosakan kepada sistem masyarakat, dari segi faktor keturunan, maruah diri dan keluarga, pembunuhan dan banyak lagi kesannya yang melibatkan seluruh masyarakat Islam.
Terjemahan : Surah Al-Israa' [17] : 32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (membawa banyak kerosakan).
Ia bermula dari hawa nafsu dan pemikiran yang memandang ringan akan isu ini di samping hasutan syaitan. Perlu diingat, ini adalah antara punca ramainya manusia ke neraka. Mohonlah perlindungan Allah dan jangan mendekatinya, apalagi melakukannya.

Mulut juga membawa kesan yang serupa (melibatkan seluruh masyarakat Islam) hasil daripada fitnah yang melaga-lagakan kesatuan masyarakat. Selain itu, bercakap atau menyebarkan sesuatu yang tidak kita ketahui juga adalah salah satu dari fitnah mulut yang menyebabkan ramainya manusia terhumban ke neraka.

Terjemahan : Surah An-Nuur [24] : 15

15. (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia (perkara itu) pada sisi Allah adalah besar.
Terjemahan : Surah Al Humazah [104] : 1

1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela...
Moga kita dilindungi dari perkara ini.

• Penyebab Terbanyak Manusia ke Syurga

Antara penyebab terbanyak ke syurga adalah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik. Taqwa mempunyai pelbagai rumusan dan maknanya oleh pelbagai ulama. Tetapi umumnya, taqwa itu adalah tidak syirik kepada Allah, taati perintah dan larangan-Nya serta menetapkan sepenuh hati bahawa Allah itu sebagai pelindung, pemelihara, tempat bergantung, tempat memohon segala sesuatu dan penuh sangka baik terhadap-Nya.

Terjemahan : Surah Al-Qalam [68] : 34

34. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Rabbnya
.
Akhlak yang baik pula adalah semua perbuatan baik yang terdapat dalam Al-Quran. Ia adalah hasil dari budi pekerti yang baik iaitu, melalui sikapnya, pemikirannya, emosinya lalu dihasilkan kepada tindakan atau perbuatannya samada secara bersendirian (tidak dilihat oleh orang lain) mahupun ketika bersama dengan masyarakat sekeliling (dilihat orang).

Terjemahan : Surah Al-Ahzab [33] : 21

21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (dalam segala urusan) bagimu; (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Hadis : Dari Yazid bin Babanus; Dari Aisyah r.a ia berkata (ketika menjawab pertanyaan Yazid bin Babanus mengenai akhlak Rasulullah saw):

“Akhlak beliau (Rasululullah saw) adalah (segala bentuk akhlak mulia) dalam Al-Quran.”
[234] Sahih Riwayat Bukhari - Adabul Mufrad juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan sahih mengikut kriteria Muslim.

Hadis : Dari Abu Darda’ r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak ada amalan yang lebih berat daripada akhlak yang baik dalam mizan (timbangan pahala) di hari kiamat kelak.” [204] Sahih Riwayat Bukhari - Adabul Mufrad

Janganlah kita memandang remeh walaupun sedikit terhadap sesuatu perkara yang baik untuk dilaksanakan, walaupun sekadar mengucapkan salam terutamanya kepada orang yang kita kenal.

Semoga kita menjadi sebahagian dari golongan ini.

Koleksi Hadis

Read more...

BAHAYA SYIAH!!! : Pendirian Yazid Di Sebalik Pembunuhan Husain

>> Saturday, July 2, 2011




Sepertimana ayahnya – Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu 'anh, Yazid bin Muawiyah rahimahullah juga terkenal dengan pelbagai keburukan, hasil daripada kisah-kisah sejarah versi Syi‘ah. Antara keburukan yang paling menonjol ialah kononnya Yazid telah memerintah orang-orang bawahannya untuk membunuh Husain bin Ali radhiallahu 'anh. Dalam artikel ini insya-Allah kita akan meneliti sejauh manakah kebenaran kisah tersebut.

Husain menerima surat daripada Kufah.
Setelah Yazid dibai‘ah menjadi khalifah umat Islam, Husain menerima beberapa surat daripada penduduk Iraq, khasnya dari bandar Kufah. Surat-surat tersebut menjemput Husain ke Kufah, kononnya orang-orang di sana ingin membai‘ah beliau sebagai khalifah. Sebahagian riwayat menambah bahawa setelah dibai‘ah, mereka akan bersama Husain untuk memerangi dan menjatuhkan pemerintahan Yazid.

Walaubagaimanapun tokoh-tokoh yang utama pada saat itu daripada kalangan sahabat dan selainnya seperti Muhammad bin Hanafiyah, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Ja’far, Abdullah bin Umar, Abu Sa‘id al-Khudri dan termasuklah Yazid, semuanya menasihati Husain agar tidak mengendahkan jemputan tersebut. Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah menerangkan hal ini:

“Adapun orang yang merasa kasihan terhadap pemergian Husain adalah semua pencintanya, kerabatnya, para penasihatnya dan orang-orang yang berpegang kepada sunnah-sunnah Islam. Mereka semua mencegah Husain untuk pergi dan mengingatkan beliau tentang akibatnya (yang buruk).” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 237]

Sebab utama mereka menghalang pemergian Husain adalah kerana yang menulis surat-surat tersebut ialah orang-orang Syi‘ah dan para pemberontak yang sebelum itu terlibat dalam pembunuhan Usman ibn Affan radhiallahu 'anh. Mereka adalah orang-orang yang suka menimbulkan fitnah dan jemputan mereka kepada Husain hanya bertujuan menimbulkan fitnah yang baru ke atas ahli keluarga Rasulullah secara khusus dan umat Islam secara umum.

Penerangan Syaikh Muhib al-Din al-Khatib sekali lagi menjadi rujukan:

“Orang yang pertama menulis surat kepada Husain ialah para guru Syi‘ah sebagaimana yang diriwayatkan oleh para ahli sejarah, (di antara penulis tersebut ialah) Lut bin Yahya, Salman bin Sordi, Musyab bin Najbah, Rafaah bin Syadad, Hubaib bin Mudhahir dan mereka mengirim surat mereka bersama Abdullah bin Saba’, al-Hamadani dan Abdullah bin Wa’il.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 236]

Namun Husain enggan mendengar nasihat tersebut. Beliau mengumpulkan ahli keluarganya dan memulakan perjalanannya ke Kufah. Sebahagian orang yang ada mengejar Husain sehingga ke pertengahan jalan ke Kufah untuk menasihati beliau, tetapi beliau tetap tidak mahu mengubah pendiriannya. Para ahli sejarah tidak dapat memastikan kenapa Husain tetap berpegang kepada pendiriannya untuk ke Kufah sekalipun semua isyarat-isyarat pada ketika itu mengarahkan beliau agar tetap di Madinah. Pemergiannya itulah yang akhirnya menyebabkan beliau dan sebahagian ahli keluarganya terbunuh.

Setelah mengkaji semua data-data sejarah dan penjelasan para penelitinya, seorang ahli sejarah: Syaikh Darwazah menerangkan hakikat ini dengan penuh rendah diri:

“Kami bersaksi kepada Allah bahawa kami tidak menulis apa yang kami tulis (tentang pemergian Husain) kerana mengikuti hawa nafsu dan benci kepada Husain dan keluarganya. Kami sungguh menaruh perhatian yang sangat tinggi dan rasa cinta kepada mereka termasuk silsilah dan keturunan (mereka kepada) keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia. Akan tetapi kami sebagaimana ahli sejarah yang lain tidak mampu mengungkap selain itu, ……di sini aku utamakan dua pendapat, iaitu pendapat imam yang agung – Ibn Taimiyyah dan ahli sejarah yang sekali gus seorang peneliti – Syaikh Muhammad al-Khudhari.

(Berkata Ibn Taimiyyah): “Sesungguhnya pemergian Husain tidak menambah kebaikan baik untuk agama mahupun dunia. Adalah pemergiannya dan terbunuhnya termasuk kerosakan dan ini tidak akan terjadi jika beliau tetap di negerinya (Madinah). Tujuan beliau yang ingin mendapatkan kebaikan dan mencegah kejahatan (tidak membuahkan hasil) kecuali menambahkan kejahatan. Ini kerana pemergiannya itulah yang menyebabkan beliau terbunuh, malah mengurangi kebaikan itu sendiri. Terbunuhnya Husain mengharuskan sebab bagi lahirnya beberapa fitnah yang baru.”

(Berkata Syaikh al-Khudhari): “Kesimpulannya bahawa Husain dalam pemergiannya adalah satu kesalahan besar yang menyebabkan umat berada dalam bencana perpecahan dan perbezaan serta runtuhnya tiang yang berlanjutan sehingga sekarang.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 243-244]

Adakah Yazid bertanggungjawab di sebalik pembunuhan Husain?
Apabila Yazid menerima khabar bahawa Husain dan ahli keluarganya tetap memulakan perjalanan ke Kufah, beliau menyuruh gabenornya di Basrah, Ubaidullah bin Ziyad, untuk ke Kufah dan memerhatikan gerakan Husain dan kebangkitan orang-orang Kufah. Yazid memberi arahan khusus kepada Ubaidullah bin Ziyad untuk hanya memerhatikan Husain dan tidak bertindak melainkan jika Husain yang bertindak terlebih dahulu. Akan tetapi dalam suasana yang tegang antara orang-orang Kufah yang ingin menimbulkan fitnah, pergerakan Husain ke Kufah dan sikap Ubaidullah bin Ziyad yang gelojoh, Husain dan sebahagian ahli keluarganya akhirnya terbunuh di sebuah tempat yang bernama Karbala.

Sejarah versi Syi‘ah pantas menuduh Yazid sebagai pembunuh Husain. Mereka mendakwa Yazid telah memberi arahan khusus kepada Ubaidullah bin Ziyad untuk terus memerangi dan membunuh Husain. Malah kononnya Yazid memberi arahan lanjut agar kepala Husain dipenggal dan dibawa ke istananya di Syam sebagai bukti pembunuhan. Setelah itu kononnya kepala Husain dihantar ke Mesir.

Semua ini adalah tidak benar. Syaikh Darwazah menerangkan:

“Sebagaimana disebutkan sebelum ini bahawa di sana tidak ada sesuatu (bukti) yang menunjukkan peristiwa pembunuhan Husain memiliki hubungkait dengan Yazid. Yazid tidak memerintah untuk memerangi Husain, apalagi membunuhnya. Segala perintah adalah sekadar untuk mewaspadainya (Husain) dan tidak menyerang kecuali jika Husain menyerang (terlebih dahulu).” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 242]

Adapun kisah kepala Husain dibawa kepada Yazid di Syam, Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menerangkan kisah yang sebenar:

“Adapun Husain radhiallahu 'anh, maka beliau terbunuh di Karbala berhampiran (sungai) Furat. Jasadnya dikebumikan di tempat terbunuhnya dan kepalanya dibawa ke hadapan Ubadullah bin Ziyad di Kufah. Demikianlah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya dan daripada para imam yang lain.

Adapun kisah dibawanya (kepala Husain) ke Syam kepada Yazid, maka sesungguhnya yang sedemikian diriwayatkan secara terputus (sanadnya) dan tidaklah ia sabit barang sedikit jua. Bahkan dalam riwayat-riwayat tersebut kelihatan sesuatu yang menunjukkan kedustaan yang direka-cipta, kerana di dalamnya disebut bahawa Yazid kononnya telah menusuk gigi taring (Husain) dengan besi dan bahawa sebahagian sahabat yang hadir (pada saat itu) seperti Anas bin Malik dan Abi Barzah telah mengingkari yang sedemikian.

Ini adalah satu kerancauan. Sesungguhnya yang menusuk dengan besi adalah Ubaidullah bin Ziyad. Demikian yang tercatit di dalam kitab-kitab sahih dan musnad. Mereka meletakkan nama Ubaidullah bin Ziyad di tempat Yazid. Tanpa diragui, sesungguhnya Ubaidullah telah memerintah agar Husain dibunuh dan dibawa kepala Husain kepada hadapannya. Kemudian sesudah itu (Ubaidullah) bin Ziyad dibunuh disebabkan apa yang dia lakukan.

Malah yang lebih jelas (tentang kedustaan kisah kepala Husain dibawa kepada Yazid) ialah para sahabat yang disebut-sebutkan hadir bersama seperti Anas bin Malik dan Abi Barzah, mereka sebenarnya tidak berada di Syam melainkan berada di Iraq pada ketika itu. Sesungguhnya kejahilan para pendusta tersebut dalam mencipta kisah ini dengan sendirinya membongkar kedustaan mereka.

Adapun kisah dibawa (kepala Husain) ke Mesir, maka ia adalah batil menurut kesepakatan orang ramai. Para ilmuan seluruhnya juga bersepakat bahawa apa yang disebut-sebut sebagai lokasi kepala Husain di Kaherah, Mesir (dikenali sebagai Masyhad al-Husain) adalah sebenarnya batil, di dalamnya tidak terdapat kepala Husain mahupun apa-apa jua daripada bahagian kepala Husain.

Pendapat yang kuat di kalangan ahli ilmu berkenaan lokasi kepala Husain bin Ali radhiallahu 'anhuma ialah seperti apa yang disebut oleh al-Zubair bin Bakr dalam kitabnya Ansab Quraisy dimana al-Zubair bin Bakr adalah daripada orang yang paling berpengetahuan lagi dipercayai dalam masalah ini. Beliau menyebut bahawasanya kepala (Husain) dibawa ke Madinah al-Nubuwwah dan dikebumikan di sana dan inilah pendapat yang munasabah. Sebabnya, di sana (Madinah) letaknya kubur saudaranya Hasan, pakcik ayahnya – al-Abbas, anak Ali dan lain-lain daripada ahli keluarganya.” [Majmu al-Fatawa, (Dar al-Wafa’, Kaherah, 2001), jld 4, ms. 507-509]

Berdasarkan penjelasan di atas, jelas bahawa Yazid tidak memerintahkan pembunuhan Husain dan tidak pula meminta agar kepala Husain dibawa kepalanya di Syam. Bahkan tercatit di dalam kitab-kitab sejarah bahawa beliau menjadi amat sedih apabila mendengar Husain telah dibunuh oleh Ubaidullah bin Yazid. Beliau juga diriwayatkan telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Husain yang terselamat sehinggalah mereka kembali ke Madinah.

Siapakah pembunuh sebenar Husain?
Jawapan kepada persoalan ini boleh dirujuk kepada hadis berikut yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rahimahullah (256H) di dalam Shahihnya – hadis no: 5994 dimana Abdul Rahman bin Abi Na’m menerangkan:

“Aku melihat (Abdullah) Ibn Umar ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum darah lalat. Ibn Umar bertanya: “Kamu berasal dari mana?” Lelaki itu menjawab:
“Aku daripada orang-orang Iraq.”

Lalu Ibn Umar berkata: “Lihatlah orang ini, dia bertanya kepada aku berkenaan darah lalat padahal mereka (orang-orang Iraq) membunuh cucu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Mereka berdua (Hasan dan Husain) adalah penyejuk hatiku di dunia”.

Terdapat beberapa sebab kenapa seorang sahabat yang alim yang hidup sezaman dengan Husain bin Ali berkata sedemikian:

1. Orang yang menjemput Husain dari Madinah ke Kufah adalah orang-orang Iraq.

2. Orang-orang Iraq kononnya ingin membai‘ah Husain dan memulakan gerakan bagi menjatuhkan pemerintahan Yazid. Ini menyebabkan Yazid terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memerhati tindakan Husain yang seterusnya. Seandainya Husain bergerak ke satu tempat tanpa tujuan politik, pasti Yazid tidak perlu memerhati beliau.

3. Orang-orang Iraq berura-ura untuk memulakan gerakan menjatuhkan gabenor pemerintahan Yazid di Kufah dan bandar-bandar di sekitarnya. Hal ini menyebabkan Ubaidullah bin Ziyad secara gelojoh mengambil tindakan ketenteraan.

4. Orang-orang Iraq yang pada asalnya ingin membai‘ah Husain dan menjadikan beliau khalifah terus melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidullah bin Ziyad. Maka secara tiba-tiba tinggallah Husain serta ahli keluarganya terperangkap di hadapan tentera Ubaidullah bin Ziyad yang besar jumlahnya.

Justeru sekalipun yang membunuh Husain ialah tentera dibawah arahan Ubaidullah bin Ziyad, faktor sebenar yang menyebabkan Husain terbunuh ialah orang-orang Iraq itu sendiri.

Timbul soalan seterusnya, kenapakah orang-orang Iraq yang pada asalnya ingin membai‘ah Husain dan menjadikan beliau khalifah terus melarikan diri tanpa membela Husain? Jawapannya adalah mudah, mereka pada asalnya tidak memiliki apa-apa keinginan untuk menjadikan Husain sebagai khalifah. Tujuan mereka hanyalah untuk menimbulkan fitnah yang baru, yakni dengan melagakan Husain dengan pemerintahan Yazid. Perkara lain yang menarik untuk diperhatikan adalah, penduduk Iraq pada ketika itu kebanyakan mereka adalah orang-orang Syi‘ah.

Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah



http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk8.htm

Read more...
Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP