Pengampunan Allah itu Maha Luas...

>> Friday, November 25, 2011


Kisah ini saya tujukan buat semua yang sudi membaca, dan khusus buat sahabat istimewa ku, moga dapat sama-sama kita melakukan "Hijrah" ke arah yang lebih baik dengan lebih istiqamah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT...

Di antara dosa besar yang sangat di murkai Allah adalah zina.

Kisah pemuda Soleh yang tertarik dengan pesona seorang pelacur...

Alkisahnya, pada zaman umat terdahulu ada seorang perempuan yang menjadikan zina sebagai pekerjaannya (pelacur). Dia mendapatkan wang dengan melacurkan dirinya. Dia sangat terkenal dengan kecantikannya yang menawan yang menyebabkan dia mashur di banyak daerah. Hal ini menyebabkan ramai lelaki yang tertarik kepadanya. Di waktu yang sama ada seorang pemuda yang rajin beribadat mendengar cerita tentang pesona wanita tersebut dan tertarik kepadanya.

Lantas pemuda itu juga berangan-angan untuk menikmati kecantikan wanita tersebut. Kerana bayarannya terlalu mahal, pemuda itu bekerja keras siang dan malam demi mendapatkan wang untuk membayar perempuan itu. Akhirnya pemuda tersebut berjaya mendapat wang yang cukup untuk membayar kecantikan perempuan itu lalu pemuda itu pergi menemui perempuan itu.

Tentu saja perempuan itu merasa gembira ketika didatangi pemuda yang terkenal rajin beribadat dan tampan itu. Dia merasa bangga kerana kecantikannya mengatasi keteguhan iman seorang pemuda yang rajin beribadat. Dia menyambut pemuda itu dengan sebaik-baik sambutan.
Ketika mereka di dalam bilik yang tertutup dengan pintu dan jendela yang terkunci rapat, dan pemuda itu boleh melakukan apa sahaja yang telah dilakukan ramai lelaki terhadap wanita itu. Tiba-tiba pemuda itu teringat kepada Allah. Teringat bahawa Allah melihatnya. Teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yang sedang dan akan dilakukannya. Wajahnya tiba-tiba menjadi pucat kerana dia sangat takut kepada Allah. Perempuan itu terkejut melihat perubahan wajah pemuda itu yang tiba-tiba menjadi pucat lesi. Perempuan itu menyangka pemuda itu sangat gugup kerana tidak pernah mempunyai pengalaman berdua-duaan dengan perempuan. Maka perempuan itu berusaha untuk menenangkan pemuda tersebut.
Tetapi pemuda itu semakin pucat dan menggigil ketakutan. Dengan tergagap-gagap pemuda itu berkata, “ Di kantung ini ada ratusan dinar, yang aku kumpulkan dengan bermati-matian selama berbulan-bulan. Aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirimu. Kini aku sudah ada dihadapanmu dan kalau aku mahu aku boleh mendapatkan apa sahaja yang aku inginkan selama ini. Akan tetapi jika aku melakukannya maka Allah akan murka kepadaku dan pasti menyediakan neraka untukku. Aku takut kepada Allah dan aku tidak mahu kenikmatan sesaat yang tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga nanti. Nah, ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini sebelum Allah murka dan mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah.”
Pemuda itu meletakan kantung wang itu di hadapan perempuan jelita itu lalu melangkah ke pintu. Perempuan itu duduk terpaku di pinggir katilnya. Dia terkejut bercampur takjub dengan sikap pemuda itu dan apa yang telah didengarnya. Selama ini tidak ada pemuda yang dapat mengawal dirinya apabila berdua-duaan dengan dirinya. Tetapi pemuda itu dapat berkata-kata dengan seyakin itu. Perasaan takut pemuda itu telah mengalahkan sihir pesona kecantikan yang dimilikinya seolah-olah dirinya tidak ada harga sama sekali di mata pemuda itu.

Pemuda itu telah meninggalkan tempat itu dengan linangan air mata kerana takut kepada Allah. Pemuda itu malu dengan dirinya sendiri lalu membawa diri pulang ke kampung halamannya. Di kampungnya dia beribadat siang dan malam kerana dia merasakan dirinya telah melakukan dosa besar meskipun dia belum berzina. Namun dia telah menghampiri zina. Bahkan dia sempat berazam untuk berzina dengan pelacur cantik itu sehingga sanggup bekerja keras berbulan-bulan untuk mendapatkan wang agar dapat berzina dengan pelacur tersebut. Dia menangis penuh penyesalan dan beribadat sebanyak–banyaknya sebagai penebus dosanya.
Akhirnya pemuda itu meninggal dalam keadaan sedang menangis dan beribadat kepada Allah SWT.
Sejak kejadian itu perempuan tersebut sedar bahawa selama ini dia telah melakukan dosa besar yang dimurkai Allah. Pemuda itu telah menyedarkan dirinya tentang kemurkaan Allah terhadap dirinya. Semenjak itu perempuan itu tertaubat dan menangis siang dan malam kepada Allah. Lantas dia berazam untuk mencari pemuda tersebut dan berhasrat untuk menikah dengan pemuda tersebut. Dia ingin menjadikan pemuda itu sebagai suaminya yang akan membimbingnya beribadat kepada Allah.

Setelah sekian lama mencari pemuda tersebut. Dia mendapat tahu bahawa pemuda tersebut telah pulang ke kampung halaman dan perempuan itu menyusulnya. Alangkah sedihnya perempuan itu apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu telah meninggal dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan kepada Allah.

Namun pemuda itu mempunyai saudara yang juga rajin beribadat yang akhirnya menjadi jodoh perempuan tersebut. Perempuan itu telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Taubat yang mampu membuatkan pintu langit terbuka untuk doa dan zikirnya.

Dari pernikahan dengan ahli ibadat itu, perempuan bekas pelacur itu melahirkan ramai anak-anak yang semuannya diangkat Allah SWT menjadi nabi. Dari rahim perempuan itu, kini berisi kalimah-kalimah thoyyibah telah melahirkan manusia-manusia mulia yang dipilih Allah sebagai nabinya.
Ini adalah kisah kisah benar yang terjadi kepada umat terdahulu. Menjelaskan kepada kita bahawa sebesar mana sekalipun dosa seseorang itu jika dia benar-benar bertaubat dengan sepenuh hati seperti perempuan itu maka Allah akan menerima orang itu dengan penuh pengampunan dan kasih sayang. Bahkan Allah tetap memuliakan hamba-hambanya yang sedia bertaubat kepada-Nya.

Read more...

::Murtad???::

>> Sunday, November 20, 2011




Begitu mudah Bob Lokman menghukum orang murtad! Apakah Bob Lokman punya bukti kukuh sebelum nak menghukum orang murtad? Hanya dengan analogi yang begitu rapuh! Tanpa bukti, tanpa keterangan! Semuanya berdasarkan andaian tanpa fakta!

Mana pergi segala keperluan untuk saksi? Alangkan video klip yang dah jelas 99.99% tulin pun masih dikatakan tak cukup sebagai bukti, malah diperlekeh setaraf besi sejuk! Inikan pulak tuduhan yang hanya berasaskan airliur sahaja!

Tetapi inilah brand politik yang dibawa oleh kaum hamPAS! Politik maki hamun, sumpah seranah, tuduh menuduh, siap dengan mudah memurtadkan orang!

Bob Lokman perlu sedar, menuduh orang murtad tanpa bukti, jika tidak sabit murtadnya, tuduhan itu kembali kepada diri sendiri! Janganlah terlalu ghairah sangat nak berpolitik. Adakah hanya dengan meletak serban dibahu, kopiah di kepala, rasa dah layak nak menghukum orang! Cerminlah diri sendiri dulu, sebelum nak menghukum orang lain dengan hukuman murtad!

Nasihat teman pada Bob Lokman, eloklah bermuhasabah banyak-banyak. Tidak rugi mencerminkan diri sendiri! Sebenarnya kalau Bob Lokman benar-benar tengok muka dia di cermin dengan pandangan tauhid dan keimanan, dia sendiri akan jadi takut melihat wajah dia sendiri!

Kerana seorang mukmin sejati, dan saya Bob Lokman mahu menjadi seorang muqmin sejati, akan dapati terlalu banyak kelemahan diri sendiri yang perlu diperbetulkan, dan Bob Lokman tidak akan punya masa nak menghukum orang lain dengan bermodalkan airliur sahaja!

Tidak terfikirkah Bob Lokman betapa susahnya kehidupan sahabat dan saudara kita yang terpaksa bersengkang mata meninggalkan anak isteri di rumah untuk mencari rezeki halal diperantauan.

Sepatutnya Bob Lokman mengambil sikap membantu dan mendoakan sahabat saudara seagama kita, moga dipermudahkan rezeki untuk mereka, dan diberi kelapangan untuk beribadat dan menjalani kehidupan sebagai mukmin sejati insyaallah.

Bukankah itu lebih sinonim dan bersesuaian dengan akhlak Rasulullah wahai Bob Lokman? Tepuk kepala tanyalah otak wahai Bob Lokman!

Kepada para ulama', ilmuan dan ustaz-ustaz yang masih ada sedikit keimanan dalam PAS, perbetulkanlah sikap ahli saperti Bob Lokman ini, sebelum ianya menjadi virus dan menjadi parasit yang akan merosakkan Islam dan umat Islam!

Diambil dari blog Zulkifli Nordin.

Read more...

Generasi Songsang

>> Saturday, November 19, 2011


(Bishop Ouyang Weng Feng, seorang paderi
Malaysia yang mengaku mengamal seks songsang dan luar tabi'e menjalani
perkahwinan secara gay di New York pada 31.08.2011)

Bagi tempoh 2008-2010, Jabatan Pendaftaran Negara merekod dan mendaftarkan sebanyak 152,182 ANAK HARAM atau luar nikah atau anak tak-sahtaraf! Ini yang didaftar dan direkod! Cuba bayang yang tidak berdaftar dan tidak direkod! Kalau kita ambil andaian tiap seorang anak haram yang berdaftar terdapat 3 yang tidak berdaftar, jumlahnya 456,546 orang ANAK HARAM. Hampir setengah juta anak haram dilahirkan dan didaftarkan dalam tempoh 2 tahun sahaja!!!

152,182 orang anak luar nikah 2008-2010!!! Maknanya tiap bulan 6340 orang, 211 orang tiap hari, 8 orang tiap jam. Maknanya tiap 7 minit, seorang anak luar nikah dilahirkan!

Dan kalau diganda dengan yang tidak berdaftar, maknanya 19,020 sebulan, 633 tiap hari, 24 orang tiap jam, maknanya seorang tiap minit!!!

Untuk membolehkan seorang bayi luar nikah dilahirkan tiap 7 minit bagi tempoh 2008-2010 itu, bermakna sepasang lelaki & perempuan sudah melakukan seks luar nikah, atau berzina. Bermakna tiap 7 minit bagi tempoh 2006-2008, dua pasang lelaki/wanita melakukan zina. Bermakna tiap jam 16 orang melakukan zina. Bermakna 422 orang melakukan zina tiap hari! Bermakna 12,680 orang melakukan zina tiap bulan. Bermakna 152,182 orang melakukan zina tiap tahun!

Apakah masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat zina, masyarakat yang sudah rosak dengan kegiatan seks luar nikah, seks songsang dan seks luar tabi'e!

Benarlah sabda Rasulullah saw, akan datang satu zaman perbuatan zina akan berleluasa! Sehingga akan sampai ke satu peringkat zina akan dilakukan secara terbuka, tanpa sebarang segan silu!

Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan kemelut salah laku seks macam ini, masih ada golongan yang beriya-iya nak memperjuangkan amalam seks songsang dan luar tabi'e. Konon atas nama hak asasi manusia, mereka mahu mempromosikan 'amalan seks LBGT - Lesbian,Bisexual, Gay & Transgender melalui Festival Seks Bebas baru-baru ini dengan konsep "My Body, My Right".

Dan cuba bayang kita sudah ada paderi kristian di Malaysia ini bernama Pastor Ouyang Weng Feng yang secara terbuka mengaku mengamalkan amalan seks songsang dan luar tabie dan melaksanakan perkahwinan secara sama-seks @ gay di New York pada 31.08.2011, hari kita menyambut kemerdekaan ke 54!!!

Cuba bayang apa akan jadi kepada masyarakat Malaysia jika perjuangan kaum songsang ini dibenarkan! Dengan anak haram yang dah bersepah, dengan perlakuan zina yang berleluasa, ditambah dengan amalan seks songsang dan luar tabi'e, dalam masa terdekat nanti kita akan ada GENERASI SONGSANG, GENERASI LUAR TABI'E!!!

Dan dalam berhadapan dengan musibah ini, kita dapati pulak ada kaum PARASIT POLITIKUS KALKATUS yang beriya-iya mahu menobatkan pimpinan dari kalangan orang yang paling buruk akhlaknya. Walaupun sudah diberikan bukti yang jelas, yang disahkan oleh pakar luar sebagai 99.99% tulin, kita dapati kaum ini mengambil sikap membutakan hati dan mata mereka kepada kemungkaran besar ini.

Bukan itu sahaja, mereka mengangkat pulak golongan yang paling buruk akhlaknya dikalangan mereka untuk memimpin mereka!

Dan yang paling malang, ada kalangan mereka yang mengheret agama Islam dalam memelihara dan mempertahankan kemungkaran yang berlaku. Sedangkan bila dikemukakan bukti jelas, mereka berselindung disebalik syara', kononnya qazaf dan lain-lain.

Kita lihat contoh didalam kes Saiful Bukhhari Azlan apabila beliau mengadu diliwat oleh pemimpin agong pembangkang Anwar Ibrahim.

Tanpa menyiasat sedikit pun, tanpa mendengar keterangan dan bukti aduan tersebut, terus mereka menuduh Saiful dengan pelbagai tuduhan, termasuk mahu menghukum beliau dengan qazaf. Sedangkan Saiful adalah pengadu, bukannya penuduh! Sedangkan aduan Saiful boleh dibawa pendakwaan atas kesalahan ta'zir, tanpa perlu kepada 4 orang saksi.

Tetapi tidak, mereka memilih untuk berselindung disebalik syara' semata-mata untuk kepentingan politik. Bahan bukti dan keterangan ditongsampahkan atas alasan tidak "syari'e-compliance!".

Maka akhirnya yang mungkar jadi ma'ruf, yang ma'ruf jadi mungkar! Pelaku seks songsang dan luar tabi'e terlepas dan masih melalak sana-sini, mangsa pulak dimaki hamun dan disumpah seranah!

Sikap politik dualam, cakap tak serupa bikin lagi hipokrit ini memberi mesej yang salah kepada umat dan masyarakat, terutamanya generasi muda. Ada yang beranggapan melakukan seks bebas, songsang dan luar tabi'e ni okay. Kalau pemimpin hebat boleh buat dan dilindungi, takkan mereka tak boleh! Dah dibuktikan melalui videoklip, gambar dan dokumen pun okay, masih diarak kesana-kemari sebagai pemimpin hebat, siap boleh jadi calon Perdana Menteri lagi!

Apa nak jadi dengan nasib masa depan umat, rakyat dan negara ini sekiranya ini berterusan. Kalau begini sikap dan akhlak yang muncul, jangan terkejut dalam tempoh yang terdekat ini, dan teman rasa tak sampai pun 10 tahun, kita akan punya satu generasi yang rosak, GENERASI LUAR TABI'E, GENERASI SONGSANG, na'uzubillah min zalik.

Ya ALLAH, peliharalah diri kami, anak isteri kami, ahli keluarga kami dan umat Islam yang masih punya sedikit keimanan daripada musibah ini keruntuhan akhlak yang sudah parah ini!!! Ameen ya rabbal 'alaamiin!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamais
21 Zulhijjah 1432
17 Nov 2011

petikan dari blog Zulkifli Nordin
............................................................................................................

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah seramai 152,182 orang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistik turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Ujarnya, antara punca timbulnya gejala tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan rela melakukan hubungan seks.

"Faktor-faktor lain ialah tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan repoduktif dan seksual, kurangnya perhatian ibu bapa serta diperkosa saudara sendiri dan kesemua faktor ini adalah hasil daripada kerja kes yang dijalankan oleh pihak Pegawai Kebajikan Masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat , hari ini.

Seai Kie berkata, ekoran berlakunya masalah tersebut, pihak kementerian telah memberi perhatian serius bagi menanganinya dengan mengambil langkah-langkah tertentu.

Pertama, beliau berkata, kementerian telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada tahun 2009 yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa kesan negatif terhadap perlakuan seksual luar nikah.

"Pihak kementerian juga telah melancarkan kempen Kami Prihatin dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Persatuan Karyawan dan Astro Holdings Sdn. Bhd. pada April 2010. Kempen ini dijalankan secara berterusan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi bersama-sama menangani anak luar nikah," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga telah menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang menyasarkan golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun.

"Pusat remaja ini akan memberi maklumat berkaitan dengan isu-isu psikososial, termasuk menyediakan khidmat kaunseling, khidmat klinikal dan kemahiran hidup, perhubungan antara jantina dan tingkah laku berisiko termasuk perlakuan seksual sebelum nikah.

"Melalui program outreach kafe@TEEN di sekolah dan pusat komuniti kita telah berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program bermula November 2005 sehingga September 2011," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga menyediakan perkhidmatan Talian Nur 15999 bagi membantu mereka yang mengandung luar nikah mendapatkan khidmat kaunseling termasuk mendapatkan perlindungan.

Menjawab soalan tambahan apabila ditanya mengenai tindakan terhadap mereka yang mengandung anak luar nikah, Seai Kie berkata, tiada tindakan terhadap ibu yang bukan beragama Islam, tetapi bagi ibu beragama Islam mereka tertakluk kepada peruntukan kesalahan jenayah syariah.

"Sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000, dipenjara tiga tahun. Untuk ibu di bawah 16 tahun mereka tertakluk di bawah peruntukan 376 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol. Ini disebabkan mereka masih di bawah umur.

"Bagi mereka yang lebih 18 tahun dan sabit kesalahan merogol gadis di bawah umur boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan," ujarnya.

Read more...

::DARI NERACA AGAMA::

>> Sunday, November 6, 2011

Oleh : Dr. Yusri Mohamed – www.penayusri.com - mantan Presiden ABIM (sekarang bertindak sebagai Pengerusi Yayasan Sofa)

Hidup ini adalah satu ujian besar daripada Tuhan ke atas hamba-hambaNya. Ujiannya datang dari berbagai sudut. Salah satu sudutnya adalah tuntutan untuk kita menyesuaikan hidup kita mengikut kehendak agama. Lebih daripada itu, kita juga dituntut untuk memperjuangkan agama dalam hidup kita. Tetapi turut perlu diinsafi, terutama bagi kita yang hidup diakhir zaman ini, antara ujian terbesar kita dalam kehidupan beragama adalah untuk mencari dan memilih fahaman dan ikutan yang benar dan murni dalam beragama.

Antara Yang Zahir dan Yang BenarAda beberapa faktor yang tambah menyukarkan kita dalam membezakan yang benar dan yang tidak dalam beragama. Masyarakat awam misalnya mudah terpengaruh pada sesuatu yang menonjol, aggresif, lantang dan dilihat yakin. Oleh itu, sering berlaku pihak yang zahirnya lebih berani, lantang, fasih dan mendapat liputan meluas itulah yang lebih didengari dan dianggap betul. Selain daripada faktor itu, aliran yang batil atau keliru dalam agama pula sering turut bercampur dengan kebenaran. Jadi perlulah diingat bahawa kebatilan yang bercampur kebenaran itu lebih berbahaya berbanding dengan kebatilan tulen yang tidak bercampur kebenaran. Samalah seperti bahayanya hidangan menarik yang mengandungi racun berbisa. Disamping itu, dalam konteks masyarakat Malaysia khususnya, saya dapati, ramai juga yang mudah terkeliru dan tidak dapat membebaskan diri daripada kerangka persaingan politik kepartian dalam menilai isu-isu agama. Sedangkan sering juga isu agama yang timbul adalah pertembungan fahaman dan prinsip yang lebih mendasar dan melangkaui batas politik kepartian.Petua-petua Utama.
Mencari yang benar dan salah dalam hal agama bukannya mudah dan merupakan ibu segala pencarian dalam hidup manusia. Tiada yang akan berjaya tanpa usaha yang disertai rahmat dan hidayah Allah SWT. Dalam mencari yang kebenaran dalam agama, sangat bertepatan kita merujuk petua masyhur yang diungkapkan dengan fasih oleh Imam Ibnu Sirin dari kalangan Tabiin dalam pesannya, “Ilmu ini (ilmu-ilmu agama) adalah agama kamu, maka hendaklah seseorang itu benar-benar kenal (memilih) daripada siapa dia mengambil agamanya”. Inilah petua dan prinsip inspirasi Al-Quran dan al-Sunnah yang sangat asasi dan menyelamatkan. Menariknya, petua ini kurang ditekankan di kalangan mereka yang cenderung membawa fahaman yang Syaaz dikalangan umat ini. Mungkin kerana petua ini tidak menguntungkan mereka. Sebenarnya, jika petua yang satu ini benar-benar dihayati oleh anggota masyarakat, insyaAllah, mereka akan lebih mudah mengenal yang mana intan dan yang mana kaca.

Cabaran mengenal-pasti sumber ikutan dan ambilan ilmu agama yang benar disukarkan lagi dengan munculnya, dari awal sejarah Islam, individu dan aliran sesat yang berwajah agama, siap dengan kelayakan zahiriyah dan retorik yang memukau. Contoh yang sangat jelas adalah episod Saidina Ali RA yang ditakdirkan terpaksa menghadapi fitnah kemunculan kelompok Khawarij. Mereka ini yang gagal betul-betul ‘mengenali’ Saidina Ali RA telah keluar dari mentaatinya atas niat dan asas keagamaan. Mungkin mereka pun merasa perlu membawa perubahan dan tajdid terhadap arus perdana Umat ketika itu. Seperti yang masyhur dalam sejarah Islam, kelompok Khawarij ini zahirnya sangat kuat berpegang dengan agama. Sangat kuat ibadahnya dan tinggi semangat agamanya tetapi terpesong daripada fahaman agama yang benar.
Pembunuh Saidina Ali RA, Ibnu Maljam yang muncul daripada kalangan mereka diriwayatkan sedia menghadapi apa sahaja hukuman kecuali dipotong lidahnya kerana mahu lidahnya sentiasa basah dengan zikr. Saidina Ali yang berpengalaman dengan sepak-terajang kelompok sebegini ada berpesan, “Akan ada zamannya, dimana yang batil itulah yang paling zahir dan yang Haq itulah yang paling tersembunyi.”Menginsafi pengajaran sejarah dan pesan Saidina Ali ini, janganlah kita mudah terpukau dengan semboyan-semboyan perubahan dan tajdid (pembaharuan). Tidak semua yang melaungkan tajdid itu mujaddid sebenar. Tidak semua orang berimej agama yang ditangkap, dipenjarakan atau diperangi itu pejuang agama yang hakiki! Janganlah kita mudah terkeliru dengan gelar, sijil dan pangkat. Sangat bahaya jika kita terlalu taksub kepada seseorang kerana satu-dua pandangannya yang kita minati atau kebetulan menghentam pihak yang kita tidak sukai. Kenalilah dan kajilah betul-betul seseorang tokoh agama sebelum mengikutnya atau mendokongnya habis-habisan. Janganlah terlalu mudah mempertaruhkan agama kita yang menjadi penentu untung-nasib kita di dunia ini dan di akhirat yang kekal abadi. Tolak Yang Syaaz, Ikutilah Arus Perdana Selain daripada mengenali latar belakang dan kecenderungan seseorang yang ingin diikuti, satu lagi panduan yang sangat utama dalam memilih kebenaran dalam agama adalah dengan kesetiaan dengan aliran arus perdana dan mengelakkan aliran-aliran yang

Syaaz (ganjil, asing dan kontroversi).

Dalam menilai aliran atau tokoh agama sering kali berlaku kekeliruan antara perjuangan yang Syaaz dan memperjuangkan pembaharuan (Tajdid) dalam agama. Islam bukannya anti-perubahan dan Tajdid adalah unsur dinamika yang penting didalam tradisi Islam. Tapi sebagai risalah terakhir yang terpelihara dan dijamin Tuhan Rabbul Jalil, ruang untuk perubahan dan Tajdid dalam Islam adalah jelas dan lebih terbatas berbanding dengan agama dan ideologi lain. Dalam agama Islam, kita boleh isytiharkan dengan yakin bahawa kita tidak perlukan seorang Martin Luther dengan gerakan reformasi Protestantnya seperti yang berlaku dalam sejarah Kristian. Dalam neraca Islam tuntutan perubahan diluar batas-batasnya bukanlah Tajdid yang hakiki tetapi adalah pandangan dan gerakan yang Syaaz. Yang meruntuh dan bukannya membina. Yang melemahkan bukannya menguatkan. Yang memecah-belahkan dan bukannya menyatukan.Mengenali dan menolak yang

Syaaz adalah prinsip pokok dalam Islam seperti yang dinyatakan nas-nas termasuk ayat 115, Surah al-Nisa` dan hadith yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menghimpunkan Umat ini diatas suatu kesesatan, dan sesungguhnya Tangan Allah itu bersama al-Jamaah, maka ikutlah as-Sawaad al-A`zam (majoriti ulama) dan sesiapa yang mengasingkan diri maka dia mengasingkan dirinya ke Neraka” (Riwayat Abu Nu’aim, Hakim dan al-Tirmizi seperti disebut oleh al-`Ajluni dalam Kasyful al-Khafa’). Persoalan ini boleh didapati huraiannya dalam perbahasan berkaitan prinsip-prinsip Ijma`, Jumhur, Mu`tamad dan as-Sawaad al-A’zam dalam bab-bab ilmu yang berkaitan.

Untuk mengenali dan menilai seseorang adalah tidaklah memadai sekadar membaca kolumnya dan mendengar ucapan-ucapannya tanpa kemampuan menilainya secara kritikal daripada kerangka fahaman agama yang mendalam. Seperti yang kita sebutkan, dalam sejarah Islam, memang sering muncul orang-orang agama bijak berdalih dengan hujah dan dalil agama untuk mendokong fahamannya sehingga menyukarkan orang awam yang tidak kuat latar belakang agamanya serta tidak cukup maklumat untuk menilainya dengan saksama.

Tetapi berpandukan petua-petua utama yang baru kita himbau, kita sepatutnya sudah boleh membuat penilaian yang lebih tepat dalam isu beberapa aliran dan tokoh agama semasa yang timbul dalam masyarakat kita. Antara sikap dan pendirian yang Syaaz yang timbul dalam masyarakat kita ialah tidak boleh menerima perbezaan pandangan dalam isu-isu khilafiyyah. Ini merujuk kepada isu-isu yang mana terdapat perbezaan pandangan dikalangan mazhab dan ulama muktabar dalam dunia Islam. Sikap arus perdana dalam soal-soal sebegini adalah tidak menolak, memperlekehkan atau membid’ahkan amalan-amalan tersebut.

Malangnya, kita dapati ada tokoh-tokoh tertentu yang banyak mempertikaikan (baca menyesatkan) amalan-amalan yang sudah diterima umum dalam masyarakat kita yang ada asasnya didalam Islam seperti tahlil arwah, bacaan Yaasin diwaktu tertentu dan berubat dengan air yang dijampi. Malah ada yang dengan sinis meminta mereka yang percaya dengan air jampi ini untuk terus menjampi sahaja air di empangan agar semua orang boleh jadi baik!

Ada juga percubaan memakaikan imej yang buruk terhadap pendekatan tarekat dalam dunia tasawuf dan keruhanian Islam sedangkan pendekatan tarekat diterima oleh majoriti umat ulama termasuk Ibnu Taymiyyah. Menolak dan mempermasalahkan tasawuf dan tarekat adalah sikap yang bertentangan dengan arus perdana ulama dan umat Islam. Ia juga bererti menolak dan mempertikaikan tokoh-tokoh ulama tanahair yang disepakati jasa dan sumbangan mereka dalam menegakkan agama Islam seperti Tok Kenali, Tuan Tabal, Tokku Paloh, Tok Selehor, Sheikh Abdullah Fahim dan Sheikh Ahmad bin Hj. Mohd Said dan lain-lain yang kesemuanya mesra dengan dunia tasawuf dan tarekat. Sebenarnya kelompok sesat dan batil dalam tarekat adalah kelompok minoriti tetapi ada yang cuba memberi gambaran yang sebaliknya kepada masyarakat.

Akhir-akhir ini ada juga yang cenderung mempermasalahkan kedudukan mazhab Syafie sebagai mazhab utama dan rasmi di Negara kita. Sebenarnya pilihan ini adalah pilihan semulajadi berdasarkan sejarah sampainya dan tersebarnya Islam di Nusantara. Kita umumnya memahami sistem bermazhab yang menyebabkan kita tidak terlalu taasub mazhab Syafie. Cuma kita mungkin akan curiga jika ada amalan-amalan kita yang berdasarkan mazhab Syafie hendak dipertikaikan dan ditukar tanpa ada asas dan alasan yang kukuh serta dibuat diluar kerangka fatwa rasmi. Anehnya ada yang membayangkan kita terlalu taasub dengan Mazhab Syafie sehingga ke tahap menganggap Imam-imam lain seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad terkeluar daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jama`ah. Adakah ada dikalangan kita yang ada menganggap begitu?

Apapun nama dan gelarannya, tidaklah terlalu sukar mengenali yang tokoh atau aliran yang Syaaz dalam Islam. Jika pandangan dan kecenderungan seumpama ini diberi kebebasan untuk disebarkan dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif akan timbul. Selain kekeliruan fahaman agama sehingga ke tahap melanggar hak dan adab terhadap para ulama muktabar silam dan semasa, ia juga boleh menimbulkan ketegangan dan perpecahan dalam masyarakat awam.

Peliharalah Keutuhan Umat Dari masa ke semasa, Umat Islam di Malaysia di uji dengan munculnya tokoh dan aliran yang menggugat kesepakatan dan keutuhan dalam fahaman beragama. Berkat gandingan Umara-Ulama, setakat ini kesepaduan dan keutuhan suara Umat telah berjaya dipertahankan. Ini membolehkan umat Islam di Malaysia bertahan menghadapi pelbagai gugatan luar dan dalam. Kestabilan dalaman ini membolehkan kita memberi tumpuan kepada agenda lain yang lebih produktif dan membawa kesejahteraan kepada Umat. Tidak dinafikan kita masih dan terus menghadapi perselisihan politik antara parti-parti utama umat Islam di Negara kita dan hal yang satu ini pun sudah merupakan cabaran besar kepada kekuatan Umat. Jika kita tidak berhati-hati, suatu medan atau ‘front’ pertembungan dalaman yang lebih besar, memeritkan dan merugikan boleh muncul.

Saya baru pulang daripada jemputan lawatan sepuluh hari ke Jepun untuk belajar daripada pengalaman kejayaan negara tersebut. Saya perhatikan bahawa salah satu faktor utama disebalik kejayaan mereka adalah kestabilan dalaman masyarakat Jepun yang bersifat homogenous (tidak pelbagai) dari berbagai sudut.
Malaysia ditakdirkan sebagai sebuah Negara pelbagai bangsa dan agama. Mengurus kepelbagaian ini tetap menjadi cabaran semulajadi yang besar dan berterusan serta menentukan jatuh-bangunnya Negara kita. Oleh itu amatlah tidak wajar kita hendak menambah lagi pertentangan dalaman dalam tubuh Umat yang akan lebih mengalihkan fokus kita daripada agenda yang lebih membina. WaLlahu a’lam, Semoga Allah Subahanahu Wataala menyelamatkan umat Islam di Malaysia dalam cabaran yang sedia kita hadapi dan menjauhkan kita daripada bebanan yang boleh dielakkan.

Yusri Bin Mohamad
Pensyarah UIAM,
(Bekas Presiden ABIM)
Sumber: blog Zulkifli Nordin.

Read more...

:: Seksualiti Merdeka 2011 :: Perlukah 'Perosak' ini Diiktiraf?

>> Saturday, November 5, 2011

JANGAN MENYEMAI KEBENCIAN! KAMI WARGA MALAYSIA.
Kenyataan akhbar dari penganjur Seksualiti Merdeka 2011

Tarikh: 5 November 2011

Kami sedih dan terkilan bahawa ramai orang Malaysia, termasuk wakil rakyat, telah memilih untuk terus menganiaya, mencaci, bersangka buruk dan mendiskriminasi semua orang yang telah mewujudkan ruang yang aman untuk berkongsi maklumat dan berdialog tentang hak asasi manusia sempena acara-acara anjuran Seksualiti Merdeka.

Kami merupakan warga Malaysia yang tidak mendapat hak kami untuk identiti dan nasib kami sendiri.
Tuduhan yang palsu dan berniat jahat yang bertujuan menyemai kebencian terhadap kami adalah sama sekali tidak berasas. Tindakan sebegini akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia yang telah sedia menderita akibat peminggiran oleh masyarakat. Sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan Malaysia seharusnya malu kerana membenarkan dan menggalakkan taktik-taktik intimidasi sebegini yang bertujuan untuk menakutkan.

Fasal 8 (1), 8 (2) dan 10 Perlembagaan Persekutuan secara terang menjamin kesamarataan untuk semua warga Malaysia dari segi undang-undang, dan juga perlindungan bagi semua warga Malaysia dari diskriminasi atas dasar gender, serta kebebasan bersuara dan berpersatuan. Seterusnya, apabila berhadapan dengan aduan mengenai pencabulan hak asasi manusia golongan LGBTIQ[1] di Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menegaskan bahawa "semua orang, tanpa mengira orientasi seksual atau identiti gender, berhak untuk menikmati hak-hak asasi mereka sebagai manusia.[2]" SUHAKAM juga berpendapat:" ... hak asasi manusia adalah untuk semua dan golongan LGBT tidak dikecualikan. LGBT harus dihormati sebagai manusia dan perbezaan mereka tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk melanggar hak-hak mereka. Tidak ada sebab untuk tindakan seperti mengejek, membuli atau mencederakan mereka secara fizikal.[3]"

Seksualiti Merdeka mewakili setiap orang yang percaya mereka memiliki hak untuk membuat keputusan sendiri atas tubuh mereka sendiri. Kami dengan tegas menentang segala bentuk stigma, diskriminasi, dan penganiayaan yang dbertujuan mengganggu dan menidakkan hak seksualiti[4]. Seksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Perkembangannya secara penuh bergantung kepada pemenuhan keperluan dasar manusia seperti keinginan untuk berhubung, keintiman, ekspresi emosi, kenikmatan, kelembutan, dan cinta.

Hak-hak seksual adalah hak asasi manusia sejagat berdasarkan kebebasan, maruah, dan kesamarataan semua manusia. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang sangat terang ini terkandung dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 dan Piagam PBB yang telah ditandatangani oleh Malaysia untuk menjadi anggota PBB. Dengan menandatanganinya, Malaysia mengukuhkan pelestarian kemanusiaan kita untuk melakukan apa yang perlu untuk menegakkan martabat setiap orang. Apabila Malaysia hilang rasa kemanusiaan ini, harapan untuk Malaysia yang lebih baik akan turut mati.

Kerajaan Malaysia seharusnya menyelar apa jua bentuk diskriminasi, stigma dan ancaman keganasan atau bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan; dan menghormati hak asasi golongan LGBTIQ sebagai hak asasi manusia sejagat. Hak masyarakat amnya hanya akan dilindungi apabila hak manusia individu dihormati. Inilah erti sebenar demokrasi.

Kerajaan Malaysia harus menghormati hak kami untuk menganjurkan forum, bengkel dan pertunjukan secara aman. Kebencian dan kejahilan yang bertujuan untuk menakutkan kami, dan seruan supaya acara-acara kami diberhentikan, sebaliknya membuktikan betapa perlunya ruang selamat dan aktiviti seperti Seksualiti Merdeka.

Larangan terhadap program-program Seksualiti Merdeka tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana aktiviti-aktiviti kami telah dijalankan selama beberapa tahun. Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara YB Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka.

Kami juga amat kesal bahawa Dato’ Ambiga Sreenevasan, yang berperanan hanya dalam kapasiti beliau sebagai individu untuk mengisytiharkan pembukaan program kami pada tahun ini, telah difitnah dengan begitu hebat oleh mereka yang secara melampau menentang perlindungan, penghormatan, kesedaran dan pemenuhan hak asasi manusia golongan LGBTIQ di Malaysia.

Akhirnya, kami mengucapkan terima kasih yang tak berbelah bagi kepada pelbagai segmen masyarakat Malaysia yang terus menyokong kerja kami dan hak untuk membahas isu hak asasi manusia. Kami tetap bertekad untuk mewujudkan lingkungan yang kondusif yang akan membantu mengurangi kebencian tak berasas seperti hasutan ketakutan dan paranoia, yang disebabkan oleh kurangnya pemahaman bahawa isu-isu seksualiti sebenarnya adalah isu hak asasi manusia

.........................................................................................................................................................

Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, merea mahu menghalalkan musahaqah;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan pengkid & maknyah!







Read more...

::Apakah Pendirian PAS dalam Isu "Seksualiti Merdeka"?::

>> Thursday, November 3, 2011

Secara tiba-tiba Pemuda PAS Pusat membatalkan pula Demonstrasi menentang penganjuran Program "Seksualiti Merdeka". Sebelum ini cuba tunjuk hero. Kalau di pihak UMNO dan BN, pantang leka. Kesilapan sekecil "zarah" pun terus buat demo. Tak payah minta 'restu' dari pihak PAS Pusat, terus jalan.

Ini pelik. Sebab apa tiba-tiba batal? Jika alasan pihak polis mengharamkan program tersebut sekalipun, pihak penganjur tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan akan membatalkan program ini. Apa akan berlaku jika program ini tetap diteruskan? Jikalau program BERSIH 2.0 yang dari awal lagi tidak mendapat permit pihak polis pun diteruskan, apatah lagi program ini? Bukankah kedua-dua program ini ditunjangi individu yang sama iaitu Ambiga? Dikatakan pembatalan di saat-saat akhir ini disebabkan Ketua sayap parti itu, Nasruddin Tantawi menerima amaran keras dari pihak Pemimpin Atasan Parti yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar dan kuncu-kuncunya. Pemimpin atasan ini dikatakan mendakwa Pemuda PAS telah cuba menimbulkan ketidakfahaman hubungan Parti dan Komponen Pakatan serta NGO-NGO yang terlibat dalam program BERSIH 2.0 termasuklah SUARAM.
Beliau meminta pihak Pemuda PAS hanya bertindak mendiamkan diri atau dalam erti kata lain bersikap 'playsafe' dalam hal ini dan membiarkan pihak Anwar dan kuncu-kuncunya mengatur strategi bagi mempengaruhi semula kepercayaan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah 1 tindakan yang amat keji kerana program yang bakal dianjurkan secara terang-terang bukan hanya bertentangan dengan Islam, malah ianya tidak diikhtiraf sama sekali dari mana-mana Agama di muka bumi ini sekalipun. Jikalau sehinggakan tahap sebegini PAS masih hendak playsafe, apa makna perjuangan politik kamu. Jangan hanya sibuk fikir nak salahkan UMNO pula. Pihak polis yang bakal bertindak ini sudahpun menggambarkan pendirian UMNO/BN yang juga merupakan Kerajaan Pusat. Menyalak sebut nama Islam. Tapi jiwa itu kotor lagi jijik. Bekerjasama dengan seorang Pemimpin yang mengikhtiraf gejala-gejala songsang sebegini (Ambiga). Oh lupaa... Anwar kan pemimpin Songsang. Sebab tu PAS sokong.... BAHLUL!!



Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata mana-mana Islam yang mnyokong program Seksualiti Merdeka wajib ditentang habis-habisan kerana ini membela amalan gay dan transeksual di Malaysia.

Penganjuran program itu mendapat reaksi berbelah bahagi daripada pertubuhan Islam bukan kerajaan dan parti-parti politik.

“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya hendak dibuat dalam program Seksualiti Merdeka, namun jika ia satu kempen terbuka ke arah menjustifikasikan gay dan transeksual, maka itu patut ditentang,

Dua pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa menghalang program itu iaitu Wira Perkasa dan Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN).

Majlis Peguam pula meminta kerajaan mengambil tindakan membela golongan minoriti seksualiti yang diketuai oleh Ambiga.

Read more...

::FESTIVAL SEKS BEBAS:: Bangunlah Umat Islam Menentang Kemungkaran!!!


Pengerusi BERSIH, himpunan haram 09 Julai yang juga penganjur penubuhan IFC iaitu Ambeega Sreenavasan akan melancarkan satu program himpunan untuk tujuan KEBEBASAN SEKSUALITI pada 09 November ini di Annexe Gallery bersebelahan Bangunan Bar Council, Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Himpunan ini diberi tajuk "Queer Without Fear".

Projek himpunan Kebebasan Seksualiti ini disokong antaranya oleh Bar Council, Suaram, Women Aids Organisation dan beberapa lagi NGO dan individu (saperti yang tercatat dibawah). Dan kalau diperhatikan, ada antara kumpulan atau NGO-NGO yang tersenarai dibawah ini turut sama terlibat samada didalam perancangan menubuhkan IFC, himpunan haram 09 Julai dan lain-lain. Dan merekalah menjadi penyokong dan pendokong kuat kepada usaha sekularime di malaysia.


Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan musahaqah;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan pengkid & maknyah!

Adalah jelas 'amalan yang hendak dipromosikan oleh program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI yang akan dilancarkan oleh kalipah kaum Anwarinas Ambeega Sreenavasan ini bercanggah sama sekali dengan amalan dan norma kehidupan manusia bertamadun, apatah lagi dengan Islam!

Pada saya, ini adalah satu lagi sikap biaDAP dan kurang ajar puak-puak ini yang tidak putus-putus mencari helah untuk menimbulkan suasana provokatif terhadap rakyat Malaysia termasuk umat Islam!

Apakah tujuan mereka mahu membuat himpunan Kebebasan Seksualiti ini dalam suasana umat Islam sedang menjalani 'ibadah haji di Makkah dan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut 'Eidul Adha pada 06 November 2011.

Adakah kaum ini mahu memperjuangkan amalan seks bebas tanpa batas dalam negara ini? Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu gejala sosial, perzinaan terbuka dan melampau, kegiatan homoseksual dan lesbian yang keterlaluan, gejala pembuangan bayi dan banyak lagi. Malahan sudah mula kedengaran amalan pesta bertukar pasangan diantara pasangan berkahwin bertukar laki dan bini masing-masing dengan orang lain.

Dan yang lebih memeranjatkan kita, ada kaum yang sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi'e dimansuhkan. Alasan mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan seks LBGT yang menjadi tonggak himpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dicadangkan pada 09 November ini. Mereka mendakwa bahawa banyak negara sudah memansuhkan Seksyen 377A-D, antaranya Britain, India dan Singapura!

Seksyen 377A-D adalah peruntukkan dimana 'amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti seks melalui dubur, samada antara lelaki dan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isteri sendiri), samada secara sukarela mahupun secara paksa, termasuk dengan haiwan adalah menjadi satu kesalahan yang dipandang serius dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan!

DAN INILAH SEKSYEN DIMANA ANWAR IBRAHIM DIKENAKAN PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR (1998) DAN PEMBANTU PEJABATNYA SAIFUL BUKHORI AZLAN (2008).

Kami mengutuk keras program KEBEBASAN SEKSUALITI yang mahu dianjurkan ini. Pada saya, program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI ini wajib ditentang dan dibantah habis-habisan. Malahan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan mengharamkan himpunan ini.

Selain cuba untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e, kaum ini juga bercadang untuk memansuhkan peruntukkan undang-undang yang menjadikan amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 377 A-D Kanun Keseksaan dimansuhkan.

Kita sekarang sudah ada paderi gay. Seorang paderi Gereja Protestant di Malaysia, Pastor Ou Yang Weng Feng baru-baru ini telah menggemparkan negara apabila melangsungkan perkahwinan gay dengan pasangan homoseksnya di pejabat City Clerk of New York. Dan yang lebih kurang ajar, pastor gay ini memilih tarikh kemerdekaan negara, 31.08.2011 sebagai tarikh perkahwinan homo beliau. Dan yang paling biaDAP, beliau mahu mengadakan majlis perkahwinan gay nya itu di Malaysia!

Kita berharap kita tidak sampai ke peringkat saperti yang berlaku kepada Presiden Obama yang menerima tekanan politik yang hebat daripada kaum ini yang akhirnya tunduk kepada kehendak mereka, sehingga kaum lesbian dan gay kini boleh menjalankan 'amalan seks songsang dan bebas didalam Angkatan Tentera Amerika, na'uzubillah min zalik!

Sebab itu kita bersetuju dengan kenyataan YBhg Tan Sri Abdul Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara yang semasa merasmikan Perhimpunan Agong PERKASA pada hari Rabu 28 ZulQaedah 1432/ 26 Oktober 2011 menyatakan bahawa sebagaimana fahaman komunis menjadi "virus agama baru" yang menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan pada awal abad 20, maka sekarang sudah muncul fahaman hak asasi kemanusiaan sebagai "virus agama baru" yang bukan sahaja menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan, malah akan menghancurkan sejarah kewujudan dan kesinambungan kemanusiaan ini.

Yang paling malang kata Tan Sri Rahim Nor, "virus agama komunisma" telah berjaya mempengaruhi orang Melayu beragama Islam, sehingga muncullah orang saperti Abdullah CD, Shamsiaf Fakeh, termasuk Mat Indera yang menjadi idola kaum Anwarinas sekarang. Dan melihat kepada senario keadaan semasa, "virus agama hak asasi manusia" juga sudah mula mempengaruhi segelintir orang Melayu beragama Islam, malah lebih malang virus ini juga berjaya merasuk segelintir kaum yang mendabik dada mengaku pejuang Islam.

Sehingga atas nama hak asasi manusia, mereka bukan sahaja membuang perjuangan mereka, malah mereka sanggup memartabat dan mengangkat kaum kafir harbi sebagai pemimpin mengetuai dan mengemudi mereka. Malah yang tersangat malang, atas nama hak asasi kemanusiaan, mereka mengangkat kaum yang sudah rosak akhlaknya dengan amalan homoseks, liwat dan zina sebagai pemimpin dan sembahan mereka! Dan mereka muncul sebagai lembu-lembu barua suruhan yang dicocok hidung kepada kaum kafir dan makhluk perosak ini!!!

Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada malapetaka dan ujian dan fitnah akhir zaman yang maha dahsyat ini. Ya ALLAH, peliharalah aqidah dan iman kami, peliharalah akhlak dan agama kami.

Antara pertubuhan yang menyokong himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI 2011

SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011:

Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals.

Kami mengutuk keras penglibatan Bar Council, Presidennya Lim Chee Wee dan bekas Presiden Ambiga Sreenavasan dalam penganjuran dan pelancaran Festival Seks Bebas yang diputar-belitkan dengan nama "Seksualiti Merdeka"!

Festival Seks Bebas ini adalah berpaksikan kepada Pertemuan Yogyakarta 2006 yang mempromosikan dan menggalakkan perlakuan seks bebas LBGT - iaitu Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!

Ini adalah usaha membawa ketamadunan kemanusiaan kepada ketamadunan haiwan - mempromosikan amalan seks lesbian (wanita dengan wanita), bisexual (semua jantina boleh balun), gay (seks melalui dubur) dan transgender (pertukaran jantina)!

Ini adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e yang ditolak bukan sahaja oleh tamadun kemanusiaan dan akhlak insani, malah ditolak oleh semua agama termasuk agama samawi Islam, Kristian & Yahudi!

Teman menegaskan bahawa Bar Council, serta Presidennya Lim Chee Wee serta bekas Presiden merangkap pengerusi himpunan haram 09 Julai TIDAK BERHAK mengheret Bar Council menyokong festival seks bebas songsang dan luar tabi'e ini. Ini kerana daripada lebih 13,000 peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam, lebih 40% adalah peguam beragama Islam.

Apabila mereka mengheret Bar Council menyokong Festival Seks Bebas ini, ianya memberi gambaran, malahan boleh membawa fitnah kepada para peguam yang beragama Islam. Malahan fitnah ini sudah muncul kerana banyak pertanyaan oleh orang awam khususnya dikalangan umat Islam apa pendirian para peguam beragama Islam dengan gelagat Bar Council menyokong Festival Seks Bebas ini!

Teman dan beberapa peguam beragama Islam mengambil sikap mengutuk keras sikap Lim Chee Wee, Ambiga Sreenavasan dan Bar Council yang mengambil sikap menyokong penganjuran Festival Seks Bebas ini! Dan teman mendesak mereka menarik balik sokongan itu. Kalau mereka nak menyokong, mereka boleh berbuat sedemikian atas sifat peribadi dan bukannya dengan mengheret Bar Council!

Apa yang menjadi kerisauan teman, usaha mempromosikan seks bebas LBGT ini akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e ini, terutamanya untuk menghapuskan peruntukkan Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan. Seksyen tersebut menjadikan hubungan seks songsang dan luar tabi'e melalui lubang dubur samada antara lelaki dengan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isterinya), samada secara rela mahupun secara paksa.

DAN INILAH PERUNTUKKAN DIMANA ANWAR IBRAHIM DIDAKWA DI MAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR DAN PEMBANTUNYA SAIFUL BUKHARI AZLAN.

Sekali lagi kami ingatkan kenyataan Tan Sri Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara yang menegaskan bahawa dunia kini, termasuk negara kita Malaysia, sedang dilanda "virus hak asasi manusia", yang bukan sahaja bertentangan dengan ketamadunan dan peradaban manusia, malah akan menhancurkan keujudan kesinambungan kemanusiaan!

Apabila melihat gelagat mereka ini,saya teringat teori Darwin yang menyatakan bahawa manusia ini berasal dari spesis beruk! saya memang tidak percaya, malah menolak teori Darwin tersebut. Tetapi bila melihat kaum yang mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT ini, agaknya teori Darwin ni merujuk kepada kaum ini mungkin?!

Pernah saya bertemu dengan kaum ini, dan berlaku perdebatan dengan mereka. Mereka beriya-iya menyatakan bahawa ini soal hak asasi mereka. Mereka kata "our body, it's our right"! Teman jawab dengan mudah, kalau mak-bapak anda mengamal seks songsang dan luar tabi'e macam anda, sudah pasti anda tak akan wujud dimuka bumi ini!!!

kami menyeru semua rakyat Malaysia yang masih mempunyai tamadun dan akhlak kemanusiaan supaya menolak dan membantah dengan keras Festival Seks Bebas ini!
Wallahua'lam & Wassalam.
(Diambil dari blog Zulkifli Nordin.)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP