PANDANGAN SYIAH TERHADAP AHLI SUNNAH

>> Tuesday, December 13, 2011



"Jika kita mengambil dengan pendapat yang bertentangan dengan Ahli Sunnah maka padanya terdapat petunjuk" - Al-Sadiq a.s.


Apabila kita meneliti kitab-kitab kita yang muktabar serta melihat pendapat-pendapat para Fuqaha' dan Mujtahid kita, pasti kita akan dapati musuh utama Syiah adalah Ahli Sunnah wal Jamaah. Oleh sebab itu mereka menyifatkan Ahli Sunnah di dalam kitab-kitab mereka dengan pelbagai sifat dan nama: Antaranya adalah Al-Ammah (العامة) serta An-Nawasib (النواصب). Sehingga kini fahaman yang dipegang oleh golongan Syiah adalah setiap individu daripada Ahli Sunnah mempunyai ekor pada dubur mereka.


* Maksud Al-Nawasib : Golongan yang memusuhi Ali a.s.. Pendapat Syiah berkenaan dengan al-Nawasib : mereka berpendapat sesiapa sahaja yang memusuhi ahli keluarga RasululLah s.a.w. dan Ali a.s. maka golongan tersebut digelar al-Nawasib.


Jika mereka bertengkar sesama mereka serta ingin mencela seseorang itu dengan celaan yang berat maka mereka akan mengatakan dengan perkataan : "Tulang orang Sunni ada terdapat di dalam kubur ayahmu". Ini kerana bagi mereka Ahli Sunnah merupakan najis yang terlalu berat sehingga jika dibasuh seribu kali sekalipun tidak akan bersih dan tetap tidak akan hilang.


Satu kisah yang tidak dapat aku lupakan adalah berkaitan apa yang dilakukan oleh ayahku sendiri. Satu hari ayahku telah menemui seorang lelaki yang bukan orang tempatan di satu pasar dalam bandar. Ayah merupakan seorang yang sangat suka melakukan kebaikan. Maka ayah telah menjemput lelaki tersebut ke rumah sebagai tetamu pada malam itu. Maka kami melayan lelaki tersebut dengan sebaik-baik layanan. Selepas Isyak kami meneruskan perbualan. Ketika itu aku masih lagi muda dan baru mula belajar di Al-Hauzah. Sepanjang perbualan kami jelas menunjukkan bahawa lelaki itu merupakan seorang yang bermazhab Ahli Sunnah. Dia datang dari hujung Samura' ke Najaf kerana ada sesuatu urusan yang hendak diselesaikan. Lelaki tersebut tidur di rumah kami pada malam tersebut. Setelah subuh, kami sama-sama bersarapan. Selesai bersarapan, lelaki tersebut meminta izin untuk beredar demi menyelesaikan tugasnya. Maka ayahku turut memberikan sedikit wang kepada lelaki tersebut untuk digunakan sepanjang perjalanan. Lelaki tersebut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kami di atas layanan yang terlalu baik. Sebaik sahaja lelaki itu pergi, ayah mengarahkan supaya membakar hamparan tempat lelaki semalam tidur serta membersihkan sebaik-baiknya segala bekas yang telah digunakan olehnya semalam. Ini kerana dia berpendapat bahawa golongan sunni adalah najis.


Inilah itikad kesemua golongan Syiah. Para Fuqaha' kita pula sering menyamakan golongan Sunni dengan kafir, musyrik dan khinzir. Mereka juga mengkategorikan golongan Ahli Sunnah sebagai benda-benda najis. Oleh sebab itu mereka bersepakat terhadap beberapa perkara. Antaranya ialah:


1. Wajib bertentang pendapat dengan Ahli Sunnah

Diriwayat daripada Al-Saduq a.s., beliau meriwayatkan daripada Ali bin Asbath katanya: Aku berkata kepada Al-Redha a.s. : Telah berlaku satu masalah yang mana tiada seorang pun yang dapat menyelesaikannya. Tidak ada seorang pun dari pengikut engkau yang boleh aku mohon fatwa di bandar yang aku duduki sekarang. Kata Ali bin Asbath: Kemudian al-Redha berkata: Pergilah kamu kepada seorang alim yang ada di negeri itu (Faqih di kalangan Ahli Sunnah) dan mintalah fatwa daripadanya berkenaan masalah yang kamu hadapi. Jika dia memberikan fatwa, maka ambillah yang sebaliknya kerana kebenaran itu terletak pada sebalik daripada fatwanya. عيون الأخبار الرضا ... ......... 1/275 cetakan Tehran.

Diriwayat daripada Hussain bin Khalid, beliau meriwayatkan daripada al-Redha a.s. susungguhnya beliau pernah berkata:

"Pengikut-pengikut kita (Syiah) adalah golongan yang menyerahkan jiwa raga kepada aturan kami, menerima pandangan kami dan menyalahi pendapat musuh kami. Sesiapa tidak melakukan sedemikian maka mereka bukanlah termasuk daripada golongan kami. الفصول المهمة : cetakan Qom 225.

Diriwayatkan daripada Al-Mifdhal bin Umar, beliau meriwayatkan daripada Jaafar a.s. sesungguhnya beliau pernah berkata:

"Dia pendusta jika seseorang itu mengaku bahawa dia adalah pengikut kami (Syiah) sedangkan dia masih berpegang dengan pendapat selain daripada kami." 225 الفصول المهمة

2. Tidak boleh beramal dengan apa yang disepakati oleh Ahli Sunnah dan golongan yang mengikut jalan mereka.

Bab ini telah diletakkan oleh Al-Hur al-A'mili daripada Kitab "Wasail Syiah" dengan katanya:


"Hadis-hadis yang disebutkan berkenaan itu adalah hadis yang mutawatir. Di antaranya kata-kata Al-Sadiq a.s. berkenaan pertembungan di antara dua hadis: Bandingkannya dengan pendapat Al-Ammah. Jika salah satunya bertepatan dengan Ahli Sunnah maka tinggalkan hadis tersebut dan ambil yang bertentangan mereka."


* Al-Hur al-A'mili : Nama sebenarnya ialah Muhammad bin al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin al-Hussain dan lebih dikenali sebagai al-Hur al-A'mili. Beliau dilahirkan di kawasan pergunungan A'mil pada malam Jumaat 8 Rejab 1033 H. Keluarganya merupakan keluarga yang mulia. Ayahnya merupakan ulama yang dihormati oleh masyarakat setempat. Antara gurunya ialah:

* Al-Syeikh Hassan bin Ali (merupakan ayahnya sendiri)
* Bapa saudaranya, al-Syeikh Muhammad al-Hur dan lain-lain.

Antara muridnya ialah:

* Al-Syeikh Mustafa bin Abdul Wahid bin Siyar al-Haubaz
* Al-Syeikh Muhammad Redha bin Syeikh Mustafa
* Al-Syeikh Hassan bin Syeikh Mustapa dan lain-lain.

Antara karangannya ialah:


* الجواهير السنية فى الأحاديث القدسية
* الصحيفة الثانية من أدعية على بن الحسين عليه السلام
* dan lain-lain حواش على الكتب الأربعة

Menurut saudara kandungnya, al-Syeikh Ahmad al-Hur di dalam kitabnya الدرس السلوك : "al-Syeikh al-Hur al-A'mili meninggal dunia pada 21 Ramadhan 1104 ketika berumur 72 tahun".

Kata Al-Sadiq a.s. Jika berlaku pertembungan di antara dua hadis maka ambillah yang bertentangan dengan pendapat Ahli Sunnah.

Katanya lagi : Jika kita mengambil dengan pendapat yang bertentangan dengan Ahli Sunnah maka padanya terdapat petunjuk.

Kata beliau lagi : Demi Allah, tiada terdapat suatu perkara pun yang kamu lakukan bersamaan dengan Ahli Sunnah. Begitu juga dengan mereka, tiada terdapat sesuatu apa apa pun bersepakat dengan kita. Maka bertentanganlah dengan mereka kerana apa yang mereka lakukan bukan daripada agama.

Kata beliau lagi : Demi Allah, Allah tidak memberikan kita pilihan untuk mengikut pendapat selain kita. sesiapa yang bersepakat dengan kita maka perlu bertentangan dengan musuh kita. Sesiapa yang bersepakat dengan musuh kita (Ahli Sunnah) sama ada pada perkataan atau amalan maka mereka bukanlah termasuk daripada kita dan kita berlepas diri daripada mereka.

Berkata seorang hamba yang soleh (Gelaran Imam Musa bin Jaafar a.s.. Imam yang ketujuh daripada Imam mengikut kepercayaan Syiah), berkenaan dengan dua hadis yang berlaku pertentangan: Amillah yang bertentangan dengan pendapat Ahli Sunnah. Apa yang disepakti oleh mereka maka jauhknlah diri daripadanya.


Berkata Ar-Redha a.s.: Jika datang kepada kamu dua hadis yang bertembung, maka lihatlah pada keduanya. Hadis yang menyalahi Al-Amma dengan hadish ambilah. Lihat kepada hadis yang bersamaan dengan hadis mereka maka tinggalkanlah.

Berkata al-Sadiq s.a. : Demi Allah tidak terdapat sesuatu pun yang benar di tangan mereka melainkan menghadap ke arah kiblat (Seolah-olah Syiah mengatakan bahawa semua yang dilakukan oleh Ahlu Sunnah adalah salah dan hanya satu yang benar iaitu arah kiblat). Lihat 325-326 الفصول المهمة

Al-Hur memberikan komentar berkenaan dengan riwayat tadi dengan mengatakan: Segala riwayat tadi mencapai peringkat mutawatir (Mutawatir hadis yang diriwayatkan oleh segolongan perawi yang mustahil bagi mereka bergabung untuk melakukan pembohongan kepada RasululLah s.a.w.. Hukum beramal dengan hadis mutawatir adalah wajib dan sesiapa yang menolak hadis ini maka boleh dihukum kafir). Apa yang mengherankan sesetengah golongan mutakhir sekarang menganggap riwayat tersebut hadis ahad (Hadis Ahad ialah hadis yang diriwayatkan oleh segolongan perawi yang tidak mencapai tahap hadis mutawatir. Terdapat tiga bahagian di dalam hadis ahad iaitu hadis gharib (hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi), hadis aziz (hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi) dan hadis masyhur (hadis yang diriwayatkan oleh bilangan perawi sebanyak tiga orang ke atas yang tidak mencapai tahap mutawatir).

Katanya lagi: Ketahuilah bahawasanya jelas daripada apa yang disebutkan di dalam hadis-hadis mutawatir ini salahnya semua kaedah usul (dimaksudkan di sini ialah usul fiqh bagi Ahlusunnah wal Jamaah) yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Ammah. lihat 326 : الفصول المهمة

3. Kita Tidak Akan Bersepakat Dengan Ahli Sunnah Dalam Semua Perkara.

Sayid Nikmatullah al-Jaza'iri berkata:

Sesungguhnya kita akan bersepakat dengan mereka golongan sunni sama ada pada Tuhan, Nabi dan Imam. Ini kerana mereka mengatakan bahawa Tuhan mereka yang menjadikan Muhammad sebagai Nabi dan Khalifah selepasnya adalah Abu Bakar.

Kita tidak pernah menyebut Tuhan sebengitu juga tiada Nabi sebegitu. Bahkan kita mengatakan: Tuhan yang mana meletakkan Abu Bakar sebagai khalifah selepas Nabi maka itu bukanlah Tuhan kita juga Nabi itu bukan Nabi kita (hakikat yang sebenar menegaskan bahawa Allah taalah adalah Tuhan sekalian alam, Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan utusanNya serta Abu Bakar adalah merupakan Khalifah yang pertama kepada umat baginda s.a.w. sama ada pelantikan tersebut mengikut Syariat atau tidak. Pendapat Sayyid al-Jaza'iri ini cukup merbahaya kerana dia tidak mengiktiraf Tuhan ini sebagai Tuhannya dan Nabinya adalah Muhammad s.a.w.. Realiti menegaskan bahawa Abu Bakar adalah khalifah Muhammad s.a.w. sama ada secara syarie atau tidak. Aku pernah mengemukakan permasalahan ini kepada imamKhu'ie dengan memberikan gambaran yang seumpama dengan kata-kata al-Jaza'iri. Maka Imam Khu'i memberikan jawapan dengan mengatakan bahawa: Sesiapa yang mengatakan dekikian maka dia telah kafir kepada Allah, RasulNya dan Ahli Baitnya s.a..).

(Lihat 2/278 الأنوار الجزائرية di dalam bab cahaya hakikat agama imamiyah dan sebab yang menjadikan mereka wajib bertentangan dengan apa yang dikatakan Al-Ammah).

As-Saduq meletakkan bab ini pada sebab-sebab sesuatu hukum disyariatkan dengan katanya:

Diriwayatkan daripada Abu Ishak al-Arja'i katanya: Kata Abu Abdullah a.s.: Tahu kah kamu mengapa aku mengarahkan kamu semua untuk mengambil selain daripada pendapat Ahli Sunnah?

Kemudian aku menjawab: Kami tidak mengetahuinya. Maka kata Abu Abdullah a.s. : Sesungguhnya Ali a.s. tidak pernah melaksanakan perintah Allah kecuali beliau akan menyalahi Ummah kepada benda yang lain. Beliau bertujuan membatalkan agama mereka. Mereka bertanya Amirul Mukminin a.s. berkenaan sesuatu perkara yang mereka tidak ketahui. Jika beliau berfatwa kepada mereka, mereka menjadikan pendapatnya berlawanan dengan kelompok di sekeliling mereka dengan tujuan mengelirukan masyarakat (531 cetakan Iran).

Berlegar-legar di dalam pemikiran beberapa persoalan:

Kita andaikan kebenaran berada dengan Al-Ammah, adakah wajib kepada kita (Syiah) untuk bertentangan pendapat dengan mereka?

Sayid Muhammad Baqir Al-Sadar pernah memberikan jawapan kepadaku. Katanya: Memang benar, wajib bagi kita mengambil yang selain daripada apa yang dikatakan oleh mereka. Walaupun kita salah tetapi lebih ringat berbanding bersepakat bersama mereka jika kita andaikan kebenaran bersama mereka.

* Sayid Muhammad Baqir al-Sadr : Dilahirkan pada 25 Zulkaedah 1353 H di Bandar Kazamiah al-Muqaddasah. Keluarganya merupakan keluarga ilmuwan dan mulia. Beliau mula mengajar ilmu ketika berusia kurang daripada 25 tahun. Pelajaran pertama yang diajarinya ialah berkenaan ilmu Usul Fiqh.

Antara muridnya:

* Ayatullah Sayyid Kadzim al-Ha'iri
* Ayatullah Sayyid Mahmud al-Hasyimi
* Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Hakim

Antara karangannya ialah:

* فدك فى التاريخ
* دروس فى علم الأصول 3 أجزاء
* بحث حول المهدى
dan lain-lain.


Beliau mati digantung bersama adik perempuannya pada 9 April 1980. Mayatnya dikebumikan di kawasan perkuburan Wadi al-Salam bersebelahan kawasan pengebumian Ali a.s. di Madinah Najaf al-Asyraf.

Kebencian Syiah kepada Ahli Sunnah bukanlah perkara yang baru. Bukan juga disebabkan disebabkan kebencian kepada Ahli Sunnah yang ada pada hari ini, akan tetapi ia kebencian yang mendalam sehingga kepada generasi awal Ahli Sunnah iaitu para sahabat kecuali tiga orang iaitu Abu Zar. al-Miqdad dan Salman al-Farisi r.a.


Oleh kerana ini Al-Kulani meriwayatkan daripada Abu Jaafar katanya: Semua manusia selepas kewafatan RasululLah s.a.w. murtad kecuali al-Miqdad bin Aswad, Salaman al-Farisi dan Abu Zar al-Ghifari: lihat 8/246 روضة الكافى


* Syiah Imamiah berpendapat mengatakan bahawa kebanyakan para sahabat Nabi s.a.w. gugur Thiqah (ثقة) serta murtad kerana mengingkari perlantikan Sayidina Ali r.w. sebagai Khalifah. Kebanyakan sahabat termasuk di dalam hukum tersebut (murtad). Hanya beberpa orang sahabat sahaja yang dikecualikan daripada termasuk di dalam hukum tersebut. Antaranya ialah Salman al-Farisi, Abu Zar al-Ghafiri, al-Miqdad bin al-Aswad, Ammar bin Yasir, Huzaifah al-Yamani, Abu Haitham bin al-Taihan, Sahl ibn Hunaif dan lain-lain.

Penerangan kitab الشيعة فى التاريخ menyenaraikan bilangan sahabat yang tidak dikafirkan oleh golongan Syiah. Bilangan tersebut mencapai sebanyak 130 orang, Tetapi riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab mukhtabat mereka jelas menunjukkan bahawa tiga orang sahabat sahaja yang tidak dikafirkan iaitu Abu Zar al-Ghifari dan, Miqdad dan Salman al-Farisi.

Penterjemah berpandangann bahawa terdapat semangat rassialisme di dalam pemikiran golongan Syiah. Ini kerana ketiga-tiga sahabat tersebut berbangsa Parsi.

Jika kita bertanya kepada golongan Yahudi: Siapakah golongan yang terbaik di dalam agama kamu?

Maka tentu mereka akan menjawab: Mereka adalah sahabat Musa a.s.

Jika kita bertanya kepada golongan Nasrani: Siapa pula golongan yang terbaik di dalam agama kamu?

Maka tentu mereka akan menjawab: Mereka adalah Hawari Nabi Isa a.s.

Tetapi jika kita bertanya kepada golongan Syiah: Golongan manakah yang paling jahat pada pandangan dan aqidah kamu?

Maka pasti mereka akan menjawab: Mereka tentulah para sahabat RasululLah s.a.w.

Para sahabat RasululLah s.a.w. merupakan golongan yang paling banyak dicaci, dicerca serta dilaknat oleh golongan Syiah khususnya Abu Bakar, Umar, Usman dan dua isteri Nabi iaitu Aisyah dan Hafsah radhiyalLahu 'anha.

Oleh sebab itu terdapat di dalam "Doa dua berhala Quraisy": Ya Allah Engkau laknatlah kepada dua berhala Quairy - Abu Bakar dan Umar, serta patung dan berhala mereka. Engkau laknatlah juga kepada dua anak perempuan mereka - Aisyah dan Hafsah - sehingga akhir doa.

Inilah doa yang terdapat di dalam kitab-kitab yang muktabar... Doa ini juga dibaca oleh Imam Khomini setiap kali selepas solat subuh.

Diriwayat daripada Hamzah bin Muhammad Tayyar bahawa beliau berkata: Muhammad bin Abu Bakar telah menyebutkan sesuatu kepada Abu Abdullah a.s. : Semoga Allah merahmati kamu serta selawat dan salam kepada kamu.

Pada suatu hari Muhammad bin Abu Bakar berkata kepada Ali a.s. : Hulurkanlah tangan mu untuk aku membai'ah kamu.

Kata Ali a.s. : Apa yang kamu ingin lakukan?

Kata Muhammad bin Abu Bakar: Bahkan itulah yang aku ingin lakukan.

Maka Ali menghulurkan tangannya kepada Muhammad bin Abu Bakar. Maka Muhammad bin Abu Bakar pun berkata: Aku bersaksi bahawa kamu adalah Imam yang wajib ditaati serta aku bersaksi bahawa sysh ku iaitu Abu Bakar di dalam neraka. 61: رجال الكشي

Diriwayatkan daripada Syuaib, beliau meriwayatkan daripada Abu Bakar Abdullah a.s.: Tiada suatu pun di kalangan Ahli Bait a.s. melainkan terdapat keturunan yang baik daripada diri mereka. Sebaik-baik keturunan di kalangan Ahli Bait a.s. yang jahat, adalah Muhammad bin Abu Bakar. 61: رجال الكشي


Berkenaan dengan Umar Sayid Nikmatullah al-Jaza'iri memberikan komentar: Sesungguhnya Umar al-Khattab mengidap satu penyakit pada duburnya yang tidak dapat disembuhkan melainkan dengan menggunakan air mani lelaki.
(1/63: الأنوار النعمانية)


Terdapat satu kawasan yang bernama "Baghi fin" di Bandar Khashan Iraniyah yang menmpatkan perkuburan seumpama panglima yang tidak dikenali dan diragukan siapa di dalamnya. Kubur tersebut dikatakan kubur Abu Lu'lu'ah Fairuz al-Farisi al-Majusi. Inilah orang yang telah membunuh Khalifah kedua. Golongan Syiah meletakkan gelaran: Tempat berehat Jaguh Agama. Mereka meletakkan gelaran sedemikian kepada Abu Lu'luiah kerana dia telah membunuh Umar al-Khattab. Terdapat juga tulisan di dinding perkuburan itu tulisan yang ditulis di dalam bahasa Parsi.



مرك بر أبو بكر مرك بر عمر مرك بر عثمان


Bermaksud : Matilah Abu Bakar, matilah Umar, matilah Usman.


Perkuburan ini sering diziarahi oleh orang-orang Iran. Perkuburan ini mendapat banyak wang dan sumbangan. Aku pernah melihat kubur itu dengan mata kepala aku sendiri. Kementerian Irsyad Iran juga turut mengambil inisiatif dengan melakukan pembaharuan dan perluasan untuk perkuburan ini. Selain itu mereka juga turut mencetak gambar-gambar kubur tersebut dalam bentuk kiriman surat dan urusan pejabat.


Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abu Jaafar a.s. : Sesungguhnya dua orang tua - iaitu Abu Bakar dan Umar - mati sebelum sempat bertaubat di atas dosa kesalahan mereka kepada Amirul mukminin Ali a.s.. Maka mereka akan mendapat laknat daripada Allah s.w.t., para malaikat serta manusia keseluruhannya. 8/246 : روضة الكافى


Berkaitan dengan Usman pula mereka mengatakan seperti yang diriwayatkan daripada Ali bin Yunus al-Bayadhi katanya: Sesungguhnya Usman sering diperbodohkan dan Usman merupakan pondan : 2/30 الصراط المستقيم

Berkaitan Aisyah, Ibnu Rajab al-Barsi berkata: Sesungguhnya Aisyah mengumpulkan 40 dinar wang hasil daripada pengkhianatan (zina).
(86: مشارف أنوار اليقين)

Aku tertanya-tanya:

Jika benar ketiga-tiga khalifah ini bersifat sepertimana apa yang mereka katakan, mengapakah Amirul Mukminin a.s. membai'ah mereka? Mengapakah beliau menerima jawatan sebagai menteri ketika zaman pemerintahan ketiga-tiga orang khalifah ini? atau kerana takut kepada ketiga-tiga khalifah tersebut? Aku memohon kepada Allah dari perkara itu.

Kemudian, jika benar khalifah Umar al-Khattab ditimpa penyakit di duburnya yang tidak dapat diubati melainkan dengan menggunakan air mani lelaki sepertimana didakwa oleh Sayid Nikmatullah al-Jaza'iri, bagaimana pula Amirul Mukminin a.s. boleh mengahwinkan anak perempuannya Ummu Kalthum kepada beliau? Adakah penyakit yang menimpa Umar tidak diketahui Amirul Mukminin a.s. dan hanya diketahui oleh Sayid al-Jaza'iri?.. Tajuk seumpama ini tidak memerlukan akal yang bijak untuk difahami.

Ak-Kulaini meriwayatkan : Manusia keseluruhannya adalah anak zina atau pelacur melainkan golongan Syiah sahaja. (8/135 : الروضة)

Oleh sebab itu mereka menghalalkan darah kaum Muslimin Ahli Sunnah serta harta-harta mereka.

Diriwayatkan daripada Daud bin Farqad katanya: Aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s. : Apakah pendapat kamu berkenaan membunuh golongan An-Nasib (kata tunggal yntuk Nawasib di dalam Bahasa Arab)? Jawab Abu Abdullah a.s. : Darah mereka halal, tetapi aku khuatir kan kamu. Jika kamu mampu menjatuhkan dinding ke atas mereka atau menenggelamkan mereka di dalam air dengan tidak dilihat kamu yang melakukannya maka lakukanlah.
(18/463 : وسائل الشيعة)
(27/231 : بحار الأنور)

Imam Khomeni memberikan komentar dengan mengatakan: Jika kamu mampu intik merampas harta mereka maka rampaskanlah, kemudian berikan kepada kami khumus daripada harta tersebut.

Kata Sayid Nikmatullah al-Jaza'iri: Sesungguhnya Ali bin Yaqtin, salah seorang menteri telah memenjarakan sekumpulan daripada Ahli Sunah. Dia mengarahkan kepada orang suruhannya untuk meruntuhkan bumbung penjara tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan kematian 500 orang tahanan Ahli Sunnah. (3/308 : الأنوار النعمانية)

Kitab-kitab sejarah telah merakamkan kepada kita sejarah kemasukan Holaku (pemimpin tentera daripada bangsa Monggol) ke tanah Baghdad. Dia telah melakukan penyembelihan yang paling besar yang pernah terakam di dalam sejarah sehingga mengakibatkan sungai Dijlah menjadi merah kerana terlalu banyak mayat golongan Ahli Sunnah yang terkorban dihumbankan ke dalamnya. Kemudian air sungai Dijlah bertukar menjadi warna kebiru-biruan setelah kitab-kitab dilemparkan ke dalamnya.

Semuanya ini terjadi berpunca dari dua orang menteri al-Nasir al-Thusi (Nasir At-Thusi: Dia adalah Abu Jaafar Muhammad bin Fakhruddin Muhammad bin Hasan. Terkenal dengan panggilan Nasiruddin At-Thusi. Dilahirkan pada tahun 597 H/1201 M di perkampungan At-Thus di Iran. Merupakan seorang Ahli Falsafah, Ahli Falak yang berketurunan Parsi. Selain itu beliau juga seorang tokoh ulama yang terkemuka pada kurun ke 7, terkenal di kalangan penduduk Iran dan Syiah 12. Mendapat pendidikan di kota Al-Mut (قلعة الموت) yang terletak di utara Iran. Bekerjasama dengan Monggol selepas kejatuhan kota tersebut ke tangan mereka dan dilantik sebagai penasihat kepada Holaku pada tahun 656 H/1258 M. Dia dan Ibn Alqhomi memberi saham itama dalam kejatuhan kota Baghdad dan terbunuhnya puluhan ribu penduduknya di tangan Monggol. Meninggal pada tahun 672 H/1274 M) dan Muhammad bin Al-Qhami (Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Ahmad bin Ali bin Muhammad al-Alqhami. Masyhur dengan panggilan Ibnu al-Alqhami. Dilahirkan di Baghdad pada tahun 583 Hijriah. Dilantik menjadi menteri pada tahun 640 Hijriah semasa pemerintahan Abdullah anak kepada Khalifah al-Mustansir billah. Meninggal dunia pada 1 Jamadilakhir 656 Hijriah, lima bulan selepas kejatuhan khalifah Abbasiyyah). Mereka berdua ini merupakan menteri khalifah Abbasiyyah dan berfahaman Syiah.

Kedua-dua pengkhianat inilah yang membuat hubungan secara sulit dengan Holaku sehingga mampu meyakinkannya untuk memasuki Baghdad dan menjatuhkan khilafah Abbasiyyah yang pada ketika itu mereka adalah menteri bagi pemerintahan itu. Walaupun mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam khilafah Abbasiyyah, tetapi mereka tidak senang dengan pemerintahan yang ada kerana beraqidah Ahli Sunnah. Akhirnya Holaku memasuki kota Baghdad dan menjatuhkan khilafah Abbasiyah. Manakala kedua-dua pengkhianat itu dilantik menjadi menteri bagi kerajaan baru yang dipimpin oleh seorang penyembah berhala.

Ditambah lagi, Imam Khomeini bersetuju dengan apa yang dilakukan Ibnu Yaqtin, al-Thusi dan al-Alqhami. Malah beliau beranggapan bahawa mereka bertiga telah melakukan sebesar-besar khidmat untuk agama Islam.

Aku akhiri penulisan tentang bab ini dengan satu rumusan lengkap dalam bab ini dengan memuatkan perkataan yang disebutkan Sayid Nikmatullah al-Jaza'iri berkenaan dengan an-Nawasib (Ahli Sunnah). Kata beliau :Sesungguhnya golongan Ahli Sunnah itu adalah kafir yang najis berdasarkan ijmak para ulama Syiah al-Imamiyah. Bahkan mereka lebih teruk daripada Yahudi dan Nasrani. Di antara tanda-tanda termasuk di dalam golongan yang digelar an-Nawasib (النواصب) ialah mendahulukan orang lain selain Ali a.s. sebagai khalifah.
2/206-207 : الأنوار النعمانية


Ini yang dapat kita lihat. Justeru dapat disimpulkan di sini, pandangan Syiah ke atas Ahli Bait a.s. seperti berikut:


Mereka kafir, najis, lebih teruk daripada Yahudi dan Nasrani, anak-anak zina, wajib membunuh mereka dan merampas harta-harta mereka, tidak boleh bersepakat dengan mereka walaupun pada Tuhan, Nabi dan Imam. Tidak boleh bersepakat dengan mereka pada perbuatan dan perkataan. Wajib melaknat dan memaki mereka khususnya golongan awal Islam yang Allah memuji mereka di dalam Al-Quran dan bersama Rasulullah s.a.w. di dalam dakwah dan jihad baginda ... Jika bukan sedemikian cuba katakan kepada ku dengan nama Allah siapakah yang bersama baginda di dalam semua peperangan yang disertai memerangi kafir? Penyertaan mereka di dalam kesemua peperangan sebagai bukti benarnya iman dan jihad mereka. Janganlah kita memandang apa yang telah diperkatakan oleh Fuqaha' kita.


Setelah berakhirnya pemerintahan Ali Bahlawi (Pemerintah terakhir keluarga Syah Bahlawi adalah dipegang oleh Muhammad Redha Bahlawi yang lahir pada 19 oktober 1919. Beliau memegang tampuk pemerintahan bermula 1941 sehingga berlakunya pemberontakan oleh Khomeini dan penyokongnya pada 1979. Beliau meninggal dunia pada 27 Julai 1980) di Iran selepas berlakunya revolusi Islam, Imam Khomeini memegang tampuk kepimpinan. Maka diwajibkan kepada para ulama Syiah untuk melakukan kunjungan hormat kepada Imam Khomeini serta memberikan ucapan tahniah kepada beliau di atas kejayaan yang besar dengan tertubuhnya kerajaan Syiah yang pertama diperintah oleh Fuqaha' pada zaman ini.


Kewajiban memberikan ucapan tahniah kepada Imam Khomeini ke atas diri ku lebih dirasakan perlu kerana hubungan rapat di antara ku dengan beliau. Aku telah melawat Iran selepas sebulan setengah (atau lebih) Imam memasuki Tehran sebaik pulang daripada buangan di Paris. Maka Imam menyambut ku dengan penuh kegembiraan. Kedatangan ku pada kali ini berseorangan tanpa kehadiran rombongan ulama Syiah Iraq yang lain.


Ketika sedang duduk berbual bersama Imam Khomeini secara perseorangan, beliau berkata kepada ku: Sayid Husain sampailah waktunya untuk kita melaksanakan segala wasiat para Imam sebelum ini. Maka kita menumpahkan darah golongan An-Nawasib (النواصب), membunuh anak-anak mereka dan menjatuhkan maruah perempuan-perempuan mereka. Jangan sekali-kali kita tinggalkan seorang pun daripada mereka terlepas daripada hukuman. Harta-harta mereka akan menjadi hak milik seratus peratus untuk Syiah Ahli Bait a.s.. Kita juga akan melenyapkan Makkah dan Madinah dari muka bumi kerana kedua-dua tempat ini menjadi tempat perlindugan golongan Wahabi. Mahu tidak mahu kita mesti menjadikan Karbala' sebagai tanah yang mulia dan sebagai kiblat manusia untuk mendirikan solat. Dengan itu kita akan merealisasikan impian para Imam. Sekarang kerajaan kita impi-impikan yang bertahun kita usahakan telah terbina. Maka tidak ada perkara lain lagi melainkan kita perlu melaksanakannya!!!


Sebagai perhatian untuk kita semua:


Kita perlu menyedari bahawa kebencian Syiah kepada Al-Ammah "Ahli Sunnah" adalah satu kebencian yang tiada bandingannya. Oleh sebab itulah para Fuqaha kita membenarkan berdusta kepada Ahli Sunnah, meletakkan segala pendustaan ke atas mereka, memfitnah mereka dan menyifatkan mereka dengan perkara-perkara keji.


Sekarang golongan Syiah memandang kepada Ahli Sunnah dengan pandangan penuh kebencian berdasrkan kepada semangat yang disebarkan melalui sumber rujukan tertinggi. Terdapat juga semangat yang disebarkan kepada seluruh individu Syiah untuk memasuki semua sektor penting yang terdapat di dalam negara sama ada bidang ketenteraan, keamanan dan sebagainya demi memastikan kukuhnya kesatuan mereka.


Nantikanlah satu masa nanti - dengan penuh kesabaran - akan berlaku pengisytiharan perang terhadap Ahli Sunnah. Para Syiah merasakan bahawa perkara yang mereka lakukan ini adalah hanya semata-mata untuk berkhidmat kepada Ahli Bait a.s.. Mereka terlupa individu yang mendesak mereka melakukan perkara tersebut adalah sekelompok manusia yang berada di belakang tabir. Akan tiba perbicaraan mengenainya pada perbahasan akan datang.

Read more...

::Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga::

>> Thursday, December 8, 2011



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda:
Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Teruja bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “Ayah, ceritakanlah padaku tentang muslimah sejati!”
Si ayah pun menjawab “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung…

“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nur, Abdullah ibn Abbas dan lain-lainya berpendapat:

Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,
dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram.
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”
(surah Al Ahzab:32)“

Lantas apa lagi ayah?” sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya,”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata, “Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”.
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar

Read more...

:: YAKJUJ DAN MAKJUJ :: - Berita Gempar Dari NASA

>> Wednesday, December 7, 2011


Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi : 92 – 98

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Ya’juj Ma’juj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim).

Bagi memudahkan pemahaman readers sekalian, sila baca artikel dibawah tentang lokasi pengurungan kaum pemusnah itu.

Lokasi Yakjuj dan Makjuj

Menurut ahli kaji al-Quran, Iskandar Zulkarnain bersama-sama bala tenteranya menuju ke utara negara Armenia melalui Persian dan Azerbaijan. Di sana, beliau menjumpai satu bangsa yang hidup dalam ketakutan dan tinggal di antara dua buah gunung, iaitu gunung Armenia dan gunung Azerbaijan. Mereka menggunakan bahasa yang amat sukar untuk difahami. Menurut mereka, bangsa Yakjuj dan Makjuj seringkali datang dan membuat kerosakan termasuk membunuh sesiapa sahaja yang dijumpainya. Kemudian mereka meminta Iskandar Zulkarnain membantu dengan membina sebuah tembok yang mampu menahan dari diceroboh oleh bangsa yang kejam itu.

Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dan bantuan penduduk, akhirnya berjaya menyiapkan tembok yang dibina hasil campuran batu-batan, serta diperkuatkan dengan besi yang dicampurkan tembaga setelah dicairkan dalam suhu yang amat panas. Tingginya tembok tersebut hampir menyamai puncak kedua-dua gunung tersebut.

Baiklah, itu adalah kisah secara ringkas tentang sejarah pembinaan tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah, dimanakah lokasinya?

Menurut kisah tadi, Iskandar Zulkarnain menuju ke Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dimanakah lokasinya?

p/s – expertists mengenal pasti ini merupakan lokasi yang paling tepat untuk setakat ini.

Terdapat banjaran yang dinamakan Banjaran Caucasian Kecil yang mana terdiri dari beberapa buah gunung. Namun mana satu yang dimaksudkan? Menurut perkiraan saya, hanya kawasan yang ditandakan dengan bulatan biru boleh menjadi satu kemungkinan kerana terdapat beberapa tempat yang mampu menempatkan penduduk di antara gunung-gunungnya. Apa yang dinyatakan melalui bijak pandai adalah, penduduk yang ketakutan tersebut tinggal di antara gunung Armenia dan Gunung Azerbaijan. Adakah ini bermaksud mereka berada berhampiran sempadan negara tersebut? Tidak diketahui pula kerana di dalam al-Quran sendiri tidak ada menyebut lokasi dan nama gunung itu.

Dari apa yang saya dapat perhatikan, hanya satu tempat sahaja yang mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan tempat yang dimaksudkan. Ianya dinamakan Jermuk. Terletak di antara dua buah gunung yang mana salah satu gunungnya terus mengunjur ke Azerbaijan.


WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..


Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu:
“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?


Sumber: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/08/yakjuj-dan-makjuj-berita-gempar-dari.html#ixzz1fqM3luJQ

Read more...

Pengampunan Allah itu Maha Luas...

>> Friday, November 25, 2011


Kisah ini saya tujukan buat semua yang sudi membaca, dan khusus buat sahabat istimewa ku, moga dapat sama-sama kita melakukan "Hijrah" ke arah yang lebih baik dengan lebih istiqamah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT...

Di antara dosa besar yang sangat di murkai Allah adalah zina.

Kisah pemuda Soleh yang tertarik dengan pesona seorang pelacur...

Alkisahnya, pada zaman umat terdahulu ada seorang perempuan yang menjadikan zina sebagai pekerjaannya (pelacur). Dia mendapatkan wang dengan melacurkan dirinya. Dia sangat terkenal dengan kecantikannya yang menawan yang menyebabkan dia mashur di banyak daerah. Hal ini menyebabkan ramai lelaki yang tertarik kepadanya. Di waktu yang sama ada seorang pemuda yang rajin beribadat mendengar cerita tentang pesona wanita tersebut dan tertarik kepadanya.

Lantas pemuda itu juga berangan-angan untuk menikmati kecantikan wanita tersebut. Kerana bayarannya terlalu mahal, pemuda itu bekerja keras siang dan malam demi mendapatkan wang untuk membayar perempuan itu. Akhirnya pemuda tersebut berjaya mendapat wang yang cukup untuk membayar kecantikan perempuan itu lalu pemuda itu pergi menemui perempuan itu.

Tentu saja perempuan itu merasa gembira ketika didatangi pemuda yang terkenal rajin beribadat dan tampan itu. Dia merasa bangga kerana kecantikannya mengatasi keteguhan iman seorang pemuda yang rajin beribadat. Dia menyambut pemuda itu dengan sebaik-baik sambutan.
Ketika mereka di dalam bilik yang tertutup dengan pintu dan jendela yang terkunci rapat, dan pemuda itu boleh melakukan apa sahaja yang telah dilakukan ramai lelaki terhadap wanita itu. Tiba-tiba pemuda itu teringat kepada Allah. Teringat bahawa Allah melihatnya. Teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yang sedang dan akan dilakukannya. Wajahnya tiba-tiba menjadi pucat kerana dia sangat takut kepada Allah. Perempuan itu terkejut melihat perubahan wajah pemuda itu yang tiba-tiba menjadi pucat lesi. Perempuan itu menyangka pemuda itu sangat gugup kerana tidak pernah mempunyai pengalaman berdua-duaan dengan perempuan. Maka perempuan itu berusaha untuk menenangkan pemuda tersebut.
Tetapi pemuda itu semakin pucat dan menggigil ketakutan. Dengan tergagap-gagap pemuda itu berkata, “ Di kantung ini ada ratusan dinar, yang aku kumpulkan dengan bermati-matian selama berbulan-bulan. Aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirimu. Kini aku sudah ada dihadapanmu dan kalau aku mahu aku boleh mendapatkan apa sahaja yang aku inginkan selama ini. Akan tetapi jika aku melakukannya maka Allah akan murka kepadaku dan pasti menyediakan neraka untukku. Aku takut kepada Allah dan aku tidak mahu kenikmatan sesaat yang tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga nanti. Nah, ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini sebelum Allah murka dan mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah.”
Pemuda itu meletakan kantung wang itu di hadapan perempuan jelita itu lalu melangkah ke pintu. Perempuan itu duduk terpaku di pinggir katilnya. Dia terkejut bercampur takjub dengan sikap pemuda itu dan apa yang telah didengarnya. Selama ini tidak ada pemuda yang dapat mengawal dirinya apabila berdua-duaan dengan dirinya. Tetapi pemuda itu dapat berkata-kata dengan seyakin itu. Perasaan takut pemuda itu telah mengalahkan sihir pesona kecantikan yang dimilikinya seolah-olah dirinya tidak ada harga sama sekali di mata pemuda itu.

Pemuda itu telah meninggalkan tempat itu dengan linangan air mata kerana takut kepada Allah. Pemuda itu malu dengan dirinya sendiri lalu membawa diri pulang ke kampung halamannya. Di kampungnya dia beribadat siang dan malam kerana dia merasakan dirinya telah melakukan dosa besar meskipun dia belum berzina. Namun dia telah menghampiri zina. Bahkan dia sempat berazam untuk berzina dengan pelacur cantik itu sehingga sanggup bekerja keras berbulan-bulan untuk mendapatkan wang agar dapat berzina dengan pelacur tersebut. Dia menangis penuh penyesalan dan beribadat sebanyak–banyaknya sebagai penebus dosanya.
Akhirnya pemuda itu meninggal dalam keadaan sedang menangis dan beribadat kepada Allah SWT.
Sejak kejadian itu perempuan tersebut sedar bahawa selama ini dia telah melakukan dosa besar yang dimurkai Allah. Pemuda itu telah menyedarkan dirinya tentang kemurkaan Allah terhadap dirinya. Semenjak itu perempuan itu tertaubat dan menangis siang dan malam kepada Allah. Lantas dia berazam untuk mencari pemuda tersebut dan berhasrat untuk menikah dengan pemuda tersebut. Dia ingin menjadikan pemuda itu sebagai suaminya yang akan membimbingnya beribadat kepada Allah.

Setelah sekian lama mencari pemuda tersebut. Dia mendapat tahu bahawa pemuda tersebut telah pulang ke kampung halaman dan perempuan itu menyusulnya. Alangkah sedihnya perempuan itu apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu telah meninggal dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan kepada Allah.

Namun pemuda itu mempunyai saudara yang juga rajin beribadat yang akhirnya menjadi jodoh perempuan tersebut. Perempuan itu telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Taubat yang mampu membuatkan pintu langit terbuka untuk doa dan zikirnya.

Dari pernikahan dengan ahli ibadat itu, perempuan bekas pelacur itu melahirkan ramai anak-anak yang semuannya diangkat Allah SWT menjadi nabi. Dari rahim perempuan itu, kini berisi kalimah-kalimah thoyyibah telah melahirkan manusia-manusia mulia yang dipilih Allah sebagai nabinya.
Ini adalah kisah kisah benar yang terjadi kepada umat terdahulu. Menjelaskan kepada kita bahawa sebesar mana sekalipun dosa seseorang itu jika dia benar-benar bertaubat dengan sepenuh hati seperti perempuan itu maka Allah akan menerima orang itu dengan penuh pengampunan dan kasih sayang. Bahkan Allah tetap memuliakan hamba-hambanya yang sedia bertaubat kepada-Nya.

Read more...

::Murtad???::

>> Sunday, November 20, 2011




Begitu mudah Bob Lokman menghukum orang murtad! Apakah Bob Lokman punya bukti kukuh sebelum nak menghukum orang murtad? Hanya dengan analogi yang begitu rapuh! Tanpa bukti, tanpa keterangan! Semuanya berdasarkan andaian tanpa fakta!

Mana pergi segala keperluan untuk saksi? Alangkan video klip yang dah jelas 99.99% tulin pun masih dikatakan tak cukup sebagai bukti, malah diperlekeh setaraf besi sejuk! Inikan pulak tuduhan yang hanya berasaskan airliur sahaja!

Tetapi inilah brand politik yang dibawa oleh kaum hamPAS! Politik maki hamun, sumpah seranah, tuduh menuduh, siap dengan mudah memurtadkan orang!

Bob Lokman perlu sedar, menuduh orang murtad tanpa bukti, jika tidak sabit murtadnya, tuduhan itu kembali kepada diri sendiri! Janganlah terlalu ghairah sangat nak berpolitik. Adakah hanya dengan meletak serban dibahu, kopiah di kepala, rasa dah layak nak menghukum orang! Cerminlah diri sendiri dulu, sebelum nak menghukum orang lain dengan hukuman murtad!

Nasihat teman pada Bob Lokman, eloklah bermuhasabah banyak-banyak. Tidak rugi mencerminkan diri sendiri! Sebenarnya kalau Bob Lokman benar-benar tengok muka dia di cermin dengan pandangan tauhid dan keimanan, dia sendiri akan jadi takut melihat wajah dia sendiri!

Kerana seorang mukmin sejati, dan saya Bob Lokman mahu menjadi seorang muqmin sejati, akan dapati terlalu banyak kelemahan diri sendiri yang perlu diperbetulkan, dan Bob Lokman tidak akan punya masa nak menghukum orang lain dengan bermodalkan airliur sahaja!

Tidak terfikirkah Bob Lokman betapa susahnya kehidupan sahabat dan saudara kita yang terpaksa bersengkang mata meninggalkan anak isteri di rumah untuk mencari rezeki halal diperantauan.

Sepatutnya Bob Lokman mengambil sikap membantu dan mendoakan sahabat saudara seagama kita, moga dipermudahkan rezeki untuk mereka, dan diberi kelapangan untuk beribadat dan menjalani kehidupan sebagai mukmin sejati insyaallah.

Bukankah itu lebih sinonim dan bersesuaian dengan akhlak Rasulullah wahai Bob Lokman? Tepuk kepala tanyalah otak wahai Bob Lokman!

Kepada para ulama', ilmuan dan ustaz-ustaz yang masih ada sedikit keimanan dalam PAS, perbetulkanlah sikap ahli saperti Bob Lokman ini, sebelum ianya menjadi virus dan menjadi parasit yang akan merosakkan Islam dan umat Islam!

Diambil dari blog Zulkifli Nordin.

Read more...

Generasi Songsang

>> Saturday, November 19, 2011


(Bishop Ouyang Weng Feng, seorang paderi
Malaysia yang mengaku mengamal seks songsang dan luar tabi'e menjalani
perkahwinan secara gay di New York pada 31.08.2011)

Bagi tempoh 2008-2010, Jabatan Pendaftaran Negara merekod dan mendaftarkan sebanyak 152,182 ANAK HARAM atau luar nikah atau anak tak-sahtaraf! Ini yang didaftar dan direkod! Cuba bayang yang tidak berdaftar dan tidak direkod! Kalau kita ambil andaian tiap seorang anak haram yang berdaftar terdapat 3 yang tidak berdaftar, jumlahnya 456,546 orang ANAK HARAM. Hampir setengah juta anak haram dilahirkan dan didaftarkan dalam tempoh 2 tahun sahaja!!!

152,182 orang anak luar nikah 2008-2010!!! Maknanya tiap bulan 6340 orang, 211 orang tiap hari, 8 orang tiap jam. Maknanya tiap 7 minit, seorang anak luar nikah dilahirkan!

Dan kalau diganda dengan yang tidak berdaftar, maknanya 19,020 sebulan, 633 tiap hari, 24 orang tiap jam, maknanya seorang tiap minit!!!

Untuk membolehkan seorang bayi luar nikah dilahirkan tiap 7 minit bagi tempoh 2008-2010 itu, bermakna sepasang lelaki & perempuan sudah melakukan seks luar nikah, atau berzina. Bermakna tiap 7 minit bagi tempoh 2006-2008, dua pasang lelaki/wanita melakukan zina. Bermakna tiap jam 16 orang melakukan zina. Bermakna 422 orang melakukan zina tiap hari! Bermakna 12,680 orang melakukan zina tiap bulan. Bermakna 152,182 orang melakukan zina tiap tahun!

Apakah masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat zina, masyarakat yang sudah rosak dengan kegiatan seks luar nikah, seks songsang dan seks luar tabi'e!

Benarlah sabda Rasulullah saw, akan datang satu zaman perbuatan zina akan berleluasa! Sehingga akan sampai ke satu peringkat zina akan dilakukan secara terbuka, tanpa sebarang segan silu!

Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan kemelut salah laku seks macam ini, masih ada golongan yang beriya-iya nak memperjuangkan amalam seks songsang dan luar tabi'e. Konon atas nama hak asasi manusia, mereka mahu mempromosikan 'amalan seks LBGT - Lesbian,Bisexual, Gay & Transgender melalui Festival Seks Bebas baru-baru ini dengan konsep "My Body, My Right".

Dan cuba bayang kita sudah ada paderi kristian di Malaysia ini bernama Pastor Ouyang Weng Feng yang secara terbuka mengaku mengamalkan amalan seks songsang dan luar tabie dan melaksanakan perkahwinan secara sama-seks @ gay di New York pada 31.08.2011, hari kita menyambut kemerdekaan ke 54!!!

Cuba bayang apa akan jadi kepada masyarakat Malaysia jika perjuangan kaum songsang ini dibenarkan! Dengan anak haram yang dah bersepah, dengan perlakuan zina yang berleluasa, ditambah dengan amalan seks songsang dan luar tabi'e, dalam masa terdekat nanti kita akan ada GENERASI SONGSANG, GENERASI LUAR TABI'E!!!

Dan dalam berhadapan dengan musibah ini, kita dapati pulak ada kaum PARASIT POLITIKUS KALKATUS yang beriya-iya mahu menobatkan pimpinan dari kalangan orang yang paling buruk akhlaknya. Walaupun sudah diberikan bukti yang jelas, yang disahkan oleh pakar luar sebagai 99.99% tulin, kita dapati kaum ini mengambil sikap membutakan hati dan mata mereka kepada kemungkaran besar ini.

Bukan itu sahaja, mereka mengangkat pulak golongan yang paling buruk akhlaknya dikalangan mereka untuk memimpin mereka!

Dan yang paling malang, ada kalangan mereka yang mengheret agama Islam dalam memelihara dan mempertahankan kemungkaran yang berlaku. Sedangkan bila dikemukakan bukti jelas, mereka berselindung disebalik syara', kononnya qazaf dan lain-lain.

Kita lihat contoh didalam kes Saiful Bukhhari Azlan apabila beliau mengadu diliwat oleh pemimpin agong pembangkang Anwar Ibrahim.

Tanpa menyiasat sedikit pun, tanpa mendengar keterangan dan bukti aduan tersebut, terus mereka menuduh Saiful dengan pelbagai tuduhan, termasuk mahu menghukum beliau dengan qazaf. Sedangkan Saiful adalah pengadu, bukannya penuduh! Sedangkan aduan Saiful boleh dibawa pendakwaan atas kesalahan ta'zir, tanpa perlu kepada 4 orang saksi.

Tetapi tidak, mereka memilih untuk berselindung disebalik syara' semata-mata untuk kepentingan politik. Bahan bukti dan keterangan ditongsampahkan atas alasan tidak "syari'e-compliance!".

Maka akhirnya yang mungkar jadi ma'ruf, yang ma'ruf jadi mungkar! Pelaku seks songsang dan luar tabi'e terlepas dan masih melalak sana-sini, mangsa pulak dimaki hamun dan disumpah seranah!

Sikap politik dualam, cakap tak serupa bikin lagi hipokrit ini memberi mesej yang salah kepada umat dan masyarakat, terutamanya generasi muda. Ada yang beranggapan melakukan seks bebas, songsang dan luar tabi'e ni okay. Kalau pemimpin hebat boleh buat dan dilindungi, takkan mereka tak boleh! Dah dibuktikan melalui videoklip, gambar dan dokumen pun okay, masih diarak kesana-kemari sebagai pemimpin hebat, siap boleh jadi calon Perdana Menteri lagi!

Apa nak jadi dengan nasib masa depan umat, rakyat dan negara ini sekiranya ini berterusan. Kalau begini sikap dan akhlak yang muncul, jangan terkejut dalam tempoh yang terdekat ini, dan teman rasa tak sampai pun 10 tahun, kita akan punya satu generasi yang rosak, GENERASI LUAR TABI'E, GENERASI SONGSANG, na'uzubillah min zalik.

Ya ALLAH, peliharalah diri kami, anak isteri kami, ahli keluarga kami dan umat Islam yang masih punya sedikit keimanan daripada musibah ini keruntuhan akhlak yang sudah parah ini!!! Ameen ya rabbal 'alaamiin!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamais
21 Zulhijjah 1432
17 Nov 2011

petikan dari blog Zulkifli Nordin
............................................................................................................

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah seramai 152,182 orang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistik turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Ujarnya, antara punca timbulnya gejala tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan rela melakukan hubungan seks.

"Faktor-faktor lain ialah tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan repoduktif dan seksual, kurangnya perhatian ibu bapa serta diperkosa saudara sendiri dan kesemua faktor ini adalah hasil daripada kerja kes yang dijalankan oleh pihak Pegawai Kebajikan Masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat , hari ini.

Seai Kie berkata, ekoran berlakunya masalah tersebut, pihak kementerian telah memberi perhatian serius bagi menanganinya dengan mengambil langkah-langkah tertentu.

Pertama, beliau berkata, kementerian telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada tahun 2009 yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa kesan negatif terhadap perlakuan seksual luar nikah.

"Pihak kementerian juga telah melancarkan kempen Kami Prihatin dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Persatuan Karyawan dan Astro Holdings Sdn. Bhd. pada April 2010. Kempen ini dijalankan secara berterusan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi bersama-sama menangani anak luar nikah," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga telah menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang menyasarkan golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun.

"Pusat remaja ini akan memberi maklumat berkaitan dengan isu-isu psikososial, termasuk menyediakan khidmat kaunseling, khidmat klinikal dan kemahiran hidup, perhubungan antara jantina dan tingkah laku berisiko termasuk perlakuan seksual sebelum nikah.

"Melalui program outreach kafe@TEEN di sekolah dan pusat komuniti kita telah berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program bermula November 2005 sehingga September 2011," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga menyediakan perkhidmatan Talian Nur 15999 bagi membantu mereka yang mengandung luar nikah mendapatkan khidmat kaunseling termasuk mendapatkan perlindungan.

Menjawab soalan tambahan apabila ditanya mengenai tindakan terhadap mereka yang mengandung anak luar nikah, Seai Kie berkata, tiada tindakan terhadap ibu yang bukan beragama Islam, tetapi bagi ibu beragama Islam mereka tertakluk kepada peruntukan kesalahan jenayah syariah.

"Sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000, dipenjara tiga tahun. Untuk ibu di bawah 16 tahun mereka tertakluk di bawah peruntukan 376 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol. Ini disebabkan mereka masih di bawah umur.

"Bagi mereka yang lebih 18 tahun dan sabit kesalahan merogol gadis di bawah umur boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan," ujarnya.

Read more...

::DARI NERACA AGAMA::

>> Sunday, November 6, 2011

Oleh : Dr. Yusri Mohamed – www.penayusri.com - mantan Presiden ABIM (sekarang bertindak sebagai Pengerusi Yayasan Sofa)

Hidup ini adalah satu ujian besar daripada Tuhan ke atas hamba-hambaNya. Ujiannya datang dari berbagai sudut. Salah satu sudutnya adalah tuntutan untuk kita menyesuaikan hidup kita mengikut kehendak agama. Lebih daripada itu, kita juga dituntut untuk memperjuangkan agama dalam hidup kita. Tetapi turut perlu diinsafi, terutama bagi kita yang hidup diakhir zaman ini, antara ujian terbesar kita dalam kehidupan beragama adalah untuk mencari dan memilih fahaman dan ikutan yang benar dan murni dalam beragama.

Antara Yang Zahir dan Yang BenarAda beberapa faktor yang tambah menyukarkan kita dalam membezakan yang benar dan yang tidak dalam beragama. Masyarakat awam misalnya mudah terpengaruh pada sesuatu yang menonjol, aggresif, lantang dan dilihat yakin. Oleh itu, sering berlaku pihak yang zahirnya lebih berani, lantang, fasih dan mendapat liputan meluas itulah yang lebih didengari dan dianggap betul. Selain daripada faktor itu, aliran yang batil atau keliru dalam agama pula sering turut bercampur dengan kebenaran. Jadi perlulah diingat bahawa kebatilan yang bercampur kebenaran itu lebih berbahaya berbanding dengan kebatilan tulen yang tidak bercampur kebenaran. Samalah seperti bahayanya hidangan menarik yang mengandungi racun berbisa. Disamping itu, dalam konteks masyarakat Malaysia khususnya, saya dapati, ramai juga yang mudah terkeliru dan tidak dapat membebaskan diri daripada kerangka persaingan politik kepartian dalam menilai isu-isu agama. Sedangkan sering juga isu agama yang timbul adalah pertembungan fahaman dan prinsip yang lebih mendasar dan melangkaui batas politik kepartian.Petua-petua Utama.
Mencari yang benar dan salah dalam hal agama bukannya mudah dan merupakan ibu segala pencarian dalam hidup manusia. Tiada yang akan berjaya tanpa usaha yang disertai rahmat dan hidayah Allah SWT. Dalam mencari yang kebenaran dalam agama, sangat bertepatan kita merujuk petua masyhur yang diungkapkan dengan fasih oleh Imam Ibnu Sirin dari kalangan Tabiin dalam pesannya, “Ilmu ini (ilmu-ilmu agama) adalah agama kamu, maka hendaklah seseorang itu benar-benar kenal (memilih) daripada siapa dia mengambil agamanya”. Inilah petua dan prinsip inspirasi Al-Quran dan al-Sunnah yang sangat asasi dan menyelamatkan. Menariknya, petua ini kurang ditekankan di kalangan mereka yang cenderung membawa fahaman yang Syaaz dikalangan umat ini. Mungkin kerana petua ini tidak menguntungkan mereka. Sebenarnya, jika petua yang satu ini benar-benar dihayati oleh anggota masyarakat, insyaAllah, mereka akan lebih mudah mengenal yang mana intan dan yang mana kaca.

Cabaran mengenal-pasti sumber ikutan dan ambilan ilmu agama yang benar disukarkan lagi dengan munculnya, dari awal sejarah Islam, individu dan aliran sesat yang berwajah agama, siap dengan kelayakan zahiriyah dan retorik yang memukau. Contoh yang sangat jelas adalah episod Saidina Ali RA yang ditakdirkan terpaksa menghadapi fitnah kemunculan kelompok Khawarij. Mereka ini yang gagal betul-betul ‘mengenali’ Saidina Ali RA telah keluar dari mentaatinya atas niat dan asas keagamaan. Mungkin mereka pun merasa perlu membawa perubahan dan tajdid terhadap arus perdana Umat ketika itu. Seperti yang masyhur dalam sejarah Islam, kelompok Khawarij ini zahirnya sangat kuat berpegang dengan agama. Sangat kuat ibadahnya dan tinggi semangat agamanya tetapi terpesong daripada fahaman agama yang benar.
Pembunuh Saidina Ali RA, Ibnu Maljam yang muncul daripada kalangan mereka diriwayatkan sedia menghadapi apa sahaja hukuman kecuali dipotong lidahnya kerana mahu lidahnya sentiasa basah dengan zikr. Saidina Ali yang berpengalaman dengan sepak-terajang kelompok sebegini ada berpesan, “Akan ada zamannya, dimana yang batil itulah yang paling zahir dan yang Haq itulah yang paling tersembunyi.”Menginsafi pengajaran sejarah dan pesan Saidina Ali ini, janganlah kita mudah terpukau dengan semboyan-semboyan perubahan dan tajdid (pembaharuan). Tidak semua yang melaungkan tajdid itu mujaddid sebenar. Tidak semua orang berimej agama yang ditangkap, dipenjarakan atau diperangi itu pejuang agama yang hakiki! Janganlah kita mudah terkeliru dengan gelar, sijil dan pangkat. Sangat bahaya jika kita terlalu taksub kepada seseorang kerana satu-dua pandangannya yang kita minati atau kebetulan menghentam pihak yang kita tidak sukai. Kenalilah dan kajilah betul-betul seseorang tokoh agama sebelum mengikutnya atau mendokongnya habis-habisan. Janganlah terlalu mudah mempertaruhkan agama kita yang menjadi penentu untung-nasib kita di dunia ini dan di akhirat yang kekal abadi. Tolak Yang Syaaz, Ikutilah Arus Perdana Selain daripada mengenali latar belakang dan kecenderungan seseorang yang ingin diikuti, satu lagi panduan yang sangat utama dalam memilih kebenaran dalam agama adalah dengan kesetiaan dengan aliran arus perdana dan mengelakkan aliran-aliran yang

Syaaz (ganjil, asing dan kontroversi).

Dalam menilai aliran atau tokoh agama sering kali berlaku kekeliruan antara perjuangan yang Syaaz dan memperjuangkan pembaharuan (Tajdid) dalam agama. Islam bukannya anti-perubahan dan Tajdid adalah unsur dinamika yang penting didalam tradisi Islam. Tapi sebagai risalah terakhir yang terpelihara dan dijamin Tuhan Rabbul Jalil, ruang untuk perubahan dan Tajdid dalam Islam adalah jelas dan lebih terbatas berbanding dengan agama dan ideologi lain. Dalam agama Islam, kita boleh isytiharkan dengan yakin bahawa kita tidak perlukan seorang Martin Luther dengan gerakan reformasi Protestantnya seperti yang berlaku dalam sejarah Kristian. Dalam neraca Islam tuntutan perubahan diluar batas-batasnya bukanlah Tajdid yang hakiki tetapi adalah pandangan dan gerakan yang Syaaz. Yang meruntuh dan bukannya membina. Yang melemahkan bukannya menguatkan. Yang memecah-belahkan dan bukannya menyatukan.Mengenali dan menolak yang

Syaaz adalah prinsip pokok dalam Islam seperti yang dinyatakan nas-nas termasuk ayat 115, Surah al-Nisa` dan hadith yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menghimpunkan Umat ini diatas suatu kesesatan, dan sesungguhnya Tangan Allah itu bersama al-Jamaah, maka ikutlah as-Sawaad al-A`zam (majoriti ulama) dan sesiapa yang mengasingkan diri maka dia mengasingkan dirinya ke Neraka” (Riwayat Abu Nu’aim, Hakim dan al-Tirmizi seperti disebut oleh al-`Ajluni dalam Kasyful al-Khafa’). Persoalan ini boleh didapati huraiannya dalam perbahasan berkaitan prinsip-prinsip Ijma`, Jumhur, Mu`tamad dan as-Sawaad al-A’zam dalam bab-bab ilmu yang berkaitan.

Untuk mengenali dan menilai seseorang adalah tidaklah memadai sekadar membaca kolumnya dan mendengar ucapan-ucapannya tanpa kemampuan menilainya secara kritikal daripada kerangka fahaman agama yang mendalam. Seperti yang kita sebutkan, dalam sejarah Islam, memang sering muncul orang-orang agama bijak berdalih dengan hujah dan dalil agama untuk mendokong fahamannya sehingga menyukarkan orang awam yang tidak kuat latar belakang agamanya serta tidak cukup maklumat untuk menilainya dengan saksama.

Tetapi berpandukan petua-petua utama yang baru kita himbau, kita sepatutnya sudah boleh membuat penilaian yang lebih tepat dalam isu beberapa aliran dan tokoh agama semasa yang timbul dalam masyarakat kita. Antara sikap dan pendirian yang Syaaz yang timbul dalam masyarakat kita ialah tidak boleh menerima perbezaan pandangan dalam isu-isu khilafiyyah. Ini merujuk kepada isu-isu yang mana terdapat perbezaan pandangan dikalangan mazhab dan ulama muktabar dalam dunia Islam. Sikap arus perdana dalam soal-soal sebegini adalah tidak menolak, memperlekehkan atau membid’ahkan amalan-amalan tersebut.

Malangnya, kita dapati ada tokoh-tokoh tertentu yang banyak mempertikaikan (baca menyesatkan) amalan-amalan yang sudah diterima umum dalam masyarakat kita yang ada asasnya didalam Islam seperti tahlil arwah, bacaan Yaasin diwaktu tertentu dan berubat dengan air yang dijampi. Malah ada yang dengan sinis meminta mereka yang percaya dengan air jampi ini untuk terus menjampi sahaja air di empangan agar semua orang boleh jadi baik!

Ada juga percubaan memakaikan imej yang buruk terhadap pendekatan tarekat dalam dunia tasawuf dan keruhanian Islam sedangkan pendekatan tarekat diterima oleh majoriti umat ulama termasuk Ibnu Taymiyyah. Menolak dan mempermasalahkan tasawuf dan tarekat adalah sikap yang bertentangan dengan arus perdana ulama dan umat Islam. Ia juga bererti menolak dan mempertikaikan tokoh-tokoh ulama tanahair yang disepakati jasa dan sumbangan mereka dalam menegakkan agama Islam seperti Tok Kenali, Tuan Tabal, Tokku Paloh, Tok Selehor, Sheikh Abdullah Fahim dan Sheikh Ahmad bin Hj. Mohd Said dan lain-lain yang kesemuanya mesra dengan dunia tasawuf dan tarekat. Sebenarnya kelompok sesat dan batil dalam tarekat adalah kelompok minoriti tetapi ada yang cuba memberi gambaran yang sebaliknya kepada masyarakat.

Akhir-akhir ini ada juga yang cenderung mempermasalahkan kedudukan mazhab Syafie sebagai mazhab utama dan rasmi di Negara kita. Sebenarnya pilihan ini adalah pilihan semulajadi berdasarkan sejarah sampainya dan tersebarnya Islam di Nusantara. Kita umumnya memahami sistem bermazhab yang menyebabkan kita tidak terlalu taasub mazhab Syafie. Cuma kita mungkin akan curiga jika ada amalan-amalan kita yang berdasarkan mazhab Syafie hendak dipertikaikan dan ditukar tanpa ada asas dan alasan yang kukuh serta dibuat diluar kerangka fatwa rasmi. Anehnya ada yang membayangkan kita terlalu taasub dengan Mazhab Syafie sehingga ke tahap menganggap Imam-imam lain seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad terkeluar daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jama`ah. Adakah ada dikalangan kita yang ada menganggap begitu?

Apapun nama dan gelarannya, tidaklah terlalu sukar mengenali yang tokoh atau aliran yang Syaaz dalam Islam. Jika pandangan dan kecenderungan seumpama ini diberi kebebasan untuk disebarkan dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif akan timbul. Selain kekeliruan fahaman agama sehingga ke tahap melanggar hak dan adab terhadap para ulama muktabar silam dan semasa, ia juga boleh menimbulkan ketegangan dan perpecahan dalam masyarakat awam.

Peliharalah Keutuhan Umat Dari masa ke semasa, Umat Islam di Malaysia di uji dengan munculnya tokoh dan aliran yang menggugat kesepakatan dan keutuhan dalam fahaman beragama. Berkat gandingan Umara-Ulama, setakat ini kesepaduan dan keutuhan suara Umat telah berjaya dipertahankan. Ini membolehkan umat Islam di Malaysia bertahan menghadapi pelbagai gugatan luar dan dalam. Kestabilan dalaman ini membolehkan kita memberi tumpuan kepada agenda lain yang lebih produktif dan membawa kesejahteraan kepada Umat. Tidak dinafikan kita masih dan terus menghadapi perselisihan politik antara parti-parti utama umat Islam di Negara kita dan hal yang satu ini pun sudah merupakan cabaran besar kepada kekuatan Umat. Jika kita tidak berhati-hati, suatu medan atau ‘front’ pertembungan dalaman yang lebih besar, memeritkan dan merugikan boleh muncul.

Saya baru pulang daripada jemputan lawatan sepuluh hari ke Jepun untuk belajar daripada pengalaman kejayaan negara tersebut. Saya perhatikan bahawa salah satu faktor utama disebalik kejayaan mereka adalah kestabilan dalaman masyarakat Jepun yang bersifat homogenous (tidak pelbagai) dari berbagai sudut.
Malaysia ditakdirkan sebagai sebuah Negara pelbagai bangsa dan agama. Mengurus kepelbagaian ini tetap menjadi cabaran semulajadi yang besar dan berterusan serta menentukan jatuh-bangunnya Negara kita. Oleh itu amatlah tidak wajar kita hendak menambah lagi pertentangan dalaman dalam tubuh Umat yang akan lebih mengalihkan fokus kita daripada agenda yang lebih membina. WaLlahu a’lam, Semoga Allah Subahanahu Wataala menyelamatkan umat Islam di Malaysia dalam cabaran yang sedia kita hadapi dan menjauhkan kita daripada bebanan yang boleh dielakkan.

Yusri Bin Mohamad
Pensyarah UIAM,
(Bekas Presiden ABIM)
Sumber: blog Zulkifli Nordin.

Read more...

:: Seksualiti Merdeka 2011 :: Perlukah 'Perosak' ini Diiktiraf?

>> Saturday, November 5, 2011

JANGAN MENYEMAI KEBENCIAN! KAMI WARGA MALAYSIA.
Kenyataan akhbar dari penganjur Seksualiti Merdeka 2011

Tarikh: 5 November 2011

Kami sedih dan terkilan bahawa ramai orang Malaysia, termasuk wakil rakyat, telah memilih untuk terus menganiaya, mencaci, bersangka buruk dan mendiskriminasi semua orang yang telah mewujudkan ruang yang aman untuk berkongsi maklumat dan berdialog tentang hak asasi manusia sempena acara-acara anjuran Seksualiti Merdeka.

Kami merupakan warga Malaysia yang tidak mendapat hak kami untuk identiti dan nasib kami sendiri.
Tuduhan yang palsu dan berniat jahat yang bertujuan menyemai kebencian terhadap kami adalah sama sekali tidak berasas. Tindakan sebegini akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia yang telah sedia menderita akibat peminggiran oleh masyarakat. Sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan Malaysia seharusnya malu kerana membenarkan dan menggalakkan taktik-taktik intimidasi sebegini yang bertujuan untuk menakutkan.

Fasal 8 (1), 8 (2) dan 10 Perlembagaan Persekutuan secara terang menjamin kesamarataan untuk semua warga Malaysia dari segi undang-undang, dan juga perlindungan bagi semua warga Malaysia dari diskriminasi atas dasar gender, serta kebebasan bersuara dan berpersatuan. Seterusnya, apabila berhadapan dengan aduan mengenai pencabulan hak asasi manusia golongan LGBTIQ[1] di Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menegaskan bahawa "semua orang, tanpa mengira orientasi seksual atau identiti gender, berhak untuk menikmati hak-hak asasi mereka sebagai manusia.[2]" SUHAKAM juga berpendapat:" ... hak asasi manusia adalah untuk semua dan golongan LGBT tidak dikecualikan. LGBT harus dihormati sebagai manusia dan perbezaan mereka tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk melanggar hak-hak mereka. Tidak ada sebab untuk tindakan seperti mengejek, membuli atau mencederakan mereka secara fizikal.[3]"

Seksualiti Merdeka mewakili setiap orang yang percaya mereka memiliki hak untuk membuat keputusan sendiri atas tubuh mereka sendiri. Kami dengan tegas menentang segala bentuk stigma, diskriminasi, dan penganiayaan yang dbertujuan mengganggu dan menidakkan hak seksualiti[4]. Seksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Perkembangannya secara penuh bergantung kepada pemenuhan keperluan dasar manusia seperti keinginan untuk berhubung, keintiman, ekspresi emosi, kenikmatan, kelembutan, dan cinta.

Hak-hak seksual adalah hak asasi manusia sejagat berdasarkan kebebasan, maruah, dan kesamarataan semua manusia. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang sangat terang ini terkandung dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 dan Piagam PBB yang telah ditandatangani oleh Malaysia untuk menjadi anggota PBB. Dengan menandatanganinya, Malaysia mengukuhkan pelestarian kemanusiaan kita untuk melakukan apa yang perlu untuk menegakkan martabat setiap orang. Apabila Malaysia hilang rasa kemanusiaan ini, harapan untuk Malaysia yang lebih baik akan turut mati.

Kerajaan Malaysia seharusnya menyelar apa jua bentuk diskriminasi, stigma dan ancaman keganasan atau bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan; dan menghormati hak asasi golongan LGBTIQ sebagai hak asasi manusia sejagat. Hak masyarakat amnya hanya akan dilindungi apabila hak manusia individu dihormati. Inilah erti sebenar demokrasi.

Kerajaan Malaysia harus menghormati hak kami untuk menganjurkan forum, bengkel dan pertunjukan secara aman. Kebencian dan kejahilan yang bertujuan untuk menakutkan kami, dan seruan supaya acara-acara kami diberhentikan, sebaliknya membuktikan betapa perlunya ruang selamat dan aktiviti seperti Seksualiti Merdeka.

Larangan terhadap program-program Seksualiti Merdeka tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana aktiviti-aktiviti kami telah dijalankan selama beberapa tahun. Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara YB Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka.

Kami juga amat kesal bahawa Dato’ Ambiga Sreenevasan, yang berperanan hanya dalam kapasiti beliau sebagai individu untuk mengisytiharkan pembukaan program kami pada tahun ini, telah difitnah dengan begitu hebat oleh mereka yang secara melampau menentang perlindungan, penghormatan, kesedaran dan pemenuhan hak asasi manusia golongan LGBTIQ di Malaysia.

Akhirnya, kami mengucapkan terima kasih yang tak berbelah bagi kepada pelbagai segmen masyarakat Malaysia yang terus menyokong kerja kami dan hak untuk membahas isu hak asasi manusia. Kami tetap bertekad untuk mewujudkan lingkungan yang kondusif yang akan membantu mengurangi kebencian tak berasas seperti hasutan ketakutan dan paranoia, yang disebabkan oleh kurangnya pemahaman bahawa isu-isu seksualiti sebenarnya adalah isu hak asasi manusia

.........................................................................................................................................................

Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, merea mahu menghalalkan musahaqah;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan pengkid & maknyah!







Read more...

::Apakah Pendirian PAS dalam Isu "Seksualiti Merdeka"?::

>> Thursday, November 3, 2011

Secara tiba-tiba Pemuda PAS Pusat membatalkan pula Demonstrasi menentang penganjuran Program "Seksualiti Merdeka". Sebelum ini cuba tunjuk hero. Kalau di pihak UMNO dan BN, pantang leka. Kesilapan sekecil "zarah" pun terus buat demo. Tak payah minta 'restu' dari pihak PAS Pusat, terus jalan.

Ini pelik. Sebab apa tiba-tiba batal? Jika alasan pihak polis mengharamkan program tersebut sekalipun, pihak penganjur tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan akan membatalkan program ini. Apa akan berlaku jika program ini tetap diteruskan? Jikalau program BERSIH 2.0 yang dari awal lagi tidak mendapat permit pihak polis pun diteruskan, apatah lagi program ini? Bukankah kedua-dua program ini ditunjangi individu yang sama iaitu Ambiga? Dikatakan pembatalan di saat-saat akhir ini disebabkan Ketua sayap parti itu, Nasruddin Tantawi menerima amaran keras dari pihak Pemimpin Atasan Parti yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar dan kuncu-kuncunya. Pemimpin atasan ini dikatakan mendakwa Pemuda PAS telah cuba menimbulkan ketidakfahaman hubungan Parti dan Komponen Pakatan serta NGO-NGO yang terlibat dalam program BERSIH 2.0 termasuklah SUARAM.
Beliau meminta pihak Pemuda PAS hanya bertindak mendiamkan diri atau dalam erti kata lain bersikap 'playsafe' dalam hal ini dan membiarkan pihak Anwar dan kuncu-kuncunya mengatur strategi bagi mempengaruhi semula kepercayaan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah 1 tindakan yang amat keji kerana program yang bakal dianjurkan secara terang-terang bukan hanya bertentangan dengan Islam, malah ianya tidak diikhtiraf sama sekali dari mana-mana Agama di muka bumi ini sekalipun. Jikalau sehinggakan tahap sebegini PAS masih hendak playsafe, apa makna perjuangan politik kamu. Jangan hanya sibuk fikir nak salahkan UMNO pula. Pihak polis yang bakal bertindak ini sudahpun menggambarkan pendirian UMNO/BN yang juga merupakan Kerajaan Pusat. Menyalak sebut nama Islam. Tapi jiwa itu kotor lagi jijik. Bekerjasama dengan seorang Pemimpin yang mengikhtiraf gejala-gejala songsang sebegini (Ambiga). Oh lupaa... Anwar kan pemimpin Songsang. Sebab tu PAS sokong.... BAHLUL!!



Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata mana-mana Islam yang mnyokong program Seksualiti Merdeka wajib ditentang habis-habisan kerana ini membela amalan gay dan transeksual di Malaysia.

Penganjuran program itu mendapat reaksi berbelah bahagi daripada pertubuhan Islam bukan kerajaan dan parti-parti politik.

“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya hendak dibuat dalam program Seksualiti Merdeka, namun jika ia satu kempen terbuka ke arah menjustifikasikan gay dan transeksual, maka itu patut ditentang,

Dua pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa menghalang program itu iaitu Wira Perkasa dan Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN).

Majlis Peguam pula meminta kerajaan mengambil tindakan membela golongan minoriti seksualiti yang diketuai oleh Ambiga.

Read more...

::FESTIVAL SEKS BEBAS:: Bangunlah Umat Islam Menentang Kemungkaran!!!


Pengerusi BERSIH, himpunan haram 09 Julai yang juga penganjur penubuhan IFC iaitu Ambeega Sreenavasan akan melancarkan satu program himpunan untuk tujuan KEBEBASAN SEKSUALITI pada 09 November ini di Annexe Gallery bersebelahan Bangunan Bar Council, Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Himpunan ini diberi tajuk "Queer Without Fear".

Projek himpunan Kebebasan Seksualiti ini disokong antaranya oleh Bar Council, Suaram, Women Aids Organisation dan beberapa lagi NGO dan individu (saperti yang tercatat dibawah). Dan kalau diperhatikan, ada antara kumpulan atau NGO-NGO yang tersenarai dibawah ini turut sama terlibat samada didalam perancangan menubuhkan IFC, himpunan haram 09 Julai dan lain-lain. Dan merekalah menjadi penyokong dan pendokong kuat kepada usaha sekularime di malaysia.


Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan musahaqah;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan pengkid & maknyah!

Adalah jelas 'amalan yang hendak dipromosikan oleh program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI yang akan dilancarkan oleh kalipah kaum Anwarinas Ambeega Sreenavasan ini bercanggah sama sekali dengan amalan dan norma kehidupan manusia bertamadun, apatah lagi dengan Islam!

Pada saya, ini adalah satu lagi sikap biaDAP dan kurang ajar puak-puak ini yang tidak putus-putus mencari helah untuk menimbulkan suasana provokatif terhadap rakyat Malaysia termasuk umat Islam!

Apakah tujuan mereka mahu membuat himpunan Kebebasan Seksualiti ini dalam suasana umat Islam sedang menjalani 'ibadah haji di Makkah dan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut 'Eidul Adha pada 06 November 2011.

Adakah kaum ini mahu memperjuangkan amalan seks bebas tanpa batas dalam negara ini? Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu gejala sosial, perzinaan terbuka dan melampau, kegiatan homoseksual dan lesbian yang keterlaluan, gejala pembuangan bayi dan banyak lagi. Malahan sudah mula kedengaran amalan pesta bertukar pasangan diantara pasangan berkahwin bertukar laki dan bini masing-masing dengan orang lain.

Dan yang lebih memeranjatkan kita, ada kaum yang sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi'e dimansuhkan. Alasan mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan seks LBGT yang menjadi tonggak himpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dicadangkan pada 09 November ini. Mereka mendakwa bahawa banyak negara sudah memansuhkan Seksyen 377A-D, antaranya Britain, India dan Singapura!

Seksyen 377A-D adalah peruntukkan dimana 'amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti seks melalui dubur, samada antara lelaki dan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isteri sendiri), samada secara sukarela mahupun secara paksa, termasuk dengan haiwan adalah menjadi satu kesalahan yang dipandang serius dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan!

DAN INILAH SEKSYEN DIMANA ANWAR IBRAHIM DIKENAKAN PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR (1998) DAN PEMBANTU PEJABATNYA SAIFUL BUKHORI AZLAN (2008).

Kami mengutuk keras program KEBEBASAN SEKSUALITI yang mahu dianjurkan ini. Pada saya, program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI ini wajib ditentang dan dibantah habis-habisan. Malahan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan mengharamkan himpunan ini.

Selain cuba untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e, kaum ini juga bercadang untuk memansuhkan peruntukkan undang-undang yang menjadikan amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 377 A-D Kanun Keseksaan dimansuhkan.

Kita sekarang sudah ada paderi gay. Seorang paderi Gereja Protestant di Malaysia, Pastor Ou Yang Weng Feng baru-baru ini telah menggemparkan negara apabila melangsungkan perkahwinan gay dengan pasangan homoseksnya di pejabat City Clerk of New York. Dan yang lebih kurang ajar, pastor gay ini memilih tarikh kemerdekaan negara, 31.08.2011 sebagai tarikh perkahwinan homo beliau. Dan yang paling biaDAP, beliau mahu mengadakan majlis perkahwinan gay nya itu di Malaysia!

Kita berharap kita tidak sampai ke peringkat saperti yang berlaku kepada Presiden Obama yang menerima tekanan politik yang hebat daripada kaum ini yang akhirnya tunduk kepada kehendak mereka, sehingga kaum lesbian dan gay kini boleh menjalankan 'amalan seks songsang dan bebas didalam Angkatan Tentera Amerika, na'uzubillah min zalik!

Sebab itu kita bersetuju dengan kenyataan YBhg Tan Sri Abdul Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara yang semasa merasmikan Perhimpunan Agong PERKASA pada hari Rabu 28 ZulQaedah 1432/ 26 Oktober 2011 menyatakan bahawa sebagaimana fahaman komunis menjadi "virus agama baru" yang menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan pada awal abad 20, maka sekarang sudah muncul fahaman hak asasi kemanusiaan sebagai "virus agama baru" yang bukan sahaja menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan, malah akan menghancurkan sejarah kewujudan dan kesinambungan kemanusiaan ini.

Yang paling malang kata Tan Sri Rahim Nor, "virus agama komunisma" telah berjaya mempengaruhi orang Melayu beragama Islam, sehingga muncullah orang saperti Abdullah CD, Shamsiaf Fakeh, termasuk Mat Indera yang menjadi idola kaum Anwarinas sekarang. Dan melihat kepada senario keadaan semasa, "virus agama hak asasi manusia" juga sudah mula mempengaruhi segelintir orang Melayu beragama Islam, malah lebih malang virus ini juga berjaya merasuk segelintir kaum yang mendabik dada mengaku pejuang Islam.

Sehingga atas nama hak asasi manusia, mereka bukan sahaja membuang perjuangan mereka, malah mereka sanggup memartabat dan mengangkat kaum kafir harbi sebagai pemimpin mengetuai dan mengemudi mereka. Malah yang tersangat malang, atas nama hak asasi kemanusiaan, mereka mengangkat kaum yang sudah rosak akhlaknya dengan amalan homoseks, liwat dan zina sebagai pemimpin dan sembahan mereka! Dan mereka muncul sebagai lembu-lembu barua suruhan yang dicocok hidung kepada kaum kafir dan makhluk perosak ini!!!

Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada malapetaka dan ujian dan fitnah akhir zaman yang maha dahsyat ini. Ya ALLAH, peliharalah aqidah dan iman kami, peliharalah akhlak dan agama kami.

Antara pertubuhan yang menyokong himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI 2011

SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011:

Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals.

Kami mengutuk keras penglibatan Bar Council, Presidennya Lim Chee Wee dan bekas Presiden Ambiga Sreenavasan dalam penganjuran dan pelancaran Festival Seks Bebas yang diputar-belitkan dengan nama "Seksualiti Merdeka"!

Festival Seks Bebas ini adalah berpaksikan kepada Pertemuan Yogyakarta 2006 yang mempromosikan dan menggalakkan perlakuan seks bebas LBGT - iaitu Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!

Ini adalah usaha membawa ketamadunan kemanusiaan kepada ketamadunan haiwan - mempromosikan amalan seks lesbian (wanita dengan wanita), bisexual (semua jantina boleh balun), gay (seks melalui dubur) dan transgender (pertukaran jantina)!

Ini adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e yang ditolak bukan sahaja oleh tamadun kemanusiaan dan akhlak insani, malah ditolak oleh semua agama termasuk agama samawi Islam, Kristian & Yahudi!

Teman menegaskan bahawa Bar Council, serta Presidennya Lim Chee Wee serta bekas Presiden merangkap pengerusi himpunan haram 09 Julai TIDAK BERHAK mengheret Bar Council menyokong festival seks bebas songsang dan luar tabi'e ini. Ini kerana daripada lebih 13,000 peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam, lebih 40% adalah peguam beragama Islam.

Apabila mereka mengheret Bar Council menyokong Festival Seks Bebas ini, ianya memberi gambaran, malahan boleh membawa fitnah kepada para peguam yang beragama Islam. Malahan fitnah ini sudah muncul kerana banyak pertanyaan oleh orang awam khususnya dikalangan umat Islam apa pendirian para peguam beragama Islam dengan gelagat Bar Council menyokong Festival Seks Bebas ini!

Teman dan beberapa peguam beragama Islam mengambil sikap mengutuk keras sikap Lim Chee Wee, Ambiga Sreenavasan dan Bar Council yang mengambil sikap menyokong penganjuran Festival Seks Bebas ini! Dan teman mendesak mereka menarik balik sokongan itu. Kalau mereka nak menyokong, mereka boleh berbuat sedemikian atas sifat peribadi dan bukannya dengan mengheret Bar Council!

Apa yang menjadi kerisauan teman, usaha mempromosikan seks bebas LBGT ini akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e ini, terutamanya untuk menghapuskan peruntukkan Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan. Seksyen tersebut menjadikan hubungan seks songsang dan luar tabi'e melalui lubang dubur samada antara lelaki dengan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isterinya), samada secara rela mahupun secara paksa.

DAN INILAH PERUNTUKKAN DIMANA ANWAR IBRAHIM DIDAKWA DI MAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR DAN PEMBANTUNYA SAIFUL BUKHARI AZLAN.

Sekali lagi kami ingatkan kenyataan Tan Sri Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara yang menegaskan bahawa dunia kini, termasuk negara kita Malaysia, sedang dilanda "virus hak asasi manusia", yang bukan sahaja bertentangan dengan ketamadunan dan peradaban manusia, malah akan menhancurkan keujudan kesinambungan kemanusiaan!

Apabila melihat gelagat mereka ini,saya teringat teori Darwin yang menyatakan bahawa manusia ini berasal dari spesis beruk! saya memang tidak percaya, malah menolak teori Darwin tersebut. Tetapi bila melihat kaum yang mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT ini, agaknya teori Darwin ni merujuk kepada kaum ini mungkin?!

Pernah saya bertemu dengan kaum ini, dan berlaku perdebatan dengan mereka. Mereka beriya-iya menyatakan bahawa ini soal hak asasi mereka. Mereka kata "our body, it's our right"! Teman jawab dengan mudah, kalau mak-bapak anda mengamal seks songsang dan luar tabi'e macam anda, sudah pasti anda tak akan wujud dimuka bumi ini!!!

kami menyeru semua rakyat Malaysia yang masih mempunyai tamadun dan akhlak kemanusiaan supaya menolak dan membantah dengan keras Festival Seks Bebas ini!
Wallahua'lam & Wassalam.
(Diambil dari blog Zulkifli Nordin.)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP