Penyebab Terbanyak Manusia ke Neraka dan Syurga

>> Tuesday, July 5, 2011



Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Nabi saw berkata kepada para sahabat : “Tahukah kalian hal apa yang paling banyak menyebabkan seseorang masuk ke neraka?”

Para sahabat berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui akan hal itu.’

(Kemudian) Rasulullah saw menjawab;
“Hal yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam neraka adalah dua lubang yang terdapat dalam diri manusia, iaitu kemaluan dan mulut.
Adapun sesuatu yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga adalah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”
[222] Hasan. Riwayat Bukhari – Adabul Mufrad
Sedikit Iktibar:

• Penyebab Terbanyak Manusia ke Neraka
Antara penyebab terbanyak manusia ke neraka adalah kerana kemaluan dan mulut. Kemaluan adalah punca kepada zina. Zina pula boleh membawa kepada kerosakan kepada sistem masyarakat, dari segi faktor keturunan, maruah diri dan keluarga, pembunuhan dan banyak lagi kesannya yang melibatkan seluruh masyarakat Islam.
Terjemahan : Surah Al-Israa' [17] : 32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (membawa banyak kerosakan).
Ia bermula dari hawa nafsu dan pemikiran yang memandang ringan akan isu ini di samping hasutan syaitan. Perlu diingat, ini adalah antara punca ramainya manusia ke neraka. Mohonlah perlindungan Allah dan jangan mendekatinya, apalagi melakukannya.

Mulut juga membawa kesan yang serupa (melibatkan seluruh masyarakat Islam) hasil daripada fitnah yang melaga-lagakan kesatuan masyarakat. Selain itu, bercakap atau menyebarkan sesuatu yang tidak kita ketahui juga adalah salah satu dari fitnah mulut yang menyebabkan ramainya manusia terhumban ke neraka.

Terjemahan : Surah An-Nuur [24] : 15

15. (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia (perkara itu) pada sisi Allah adalah besar.
Terjemahan : Surah Al Humazah [104] : 1

1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela...
Moga kita dilindungi dari perkara ini.

• Penyebab Terbanyak Manusia ke Syurga

Antara penyebab terbanyak ke syurga adalah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik. Taqwa mempunyai pelbagai rumusan dan maknanya oleh pelbagai ulama. Tetapi umumnya, taqwa itu adalah tidak syirik kepada Allah, taati perintah dan larangan-Nya serta menetapkan sepenuh hati bahawa Allah itu sebagai pelindung, pemelihara, tempat bergantung, tempat memohon segala sesuatu dan penuh sangka baik terhadap-Nya.

Terjemahan : Surah Al-Qalam [68] : 34

34. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Rabbnya
.
Akhlak yang baik pula adalah semua perbuatan baik yang terdapat dalam Al-Quran. Ia adalah hasil dari budi pekerti yang baik iaitu, melalui sikapnya, pemikirannya, emosinya lalu dihasilkan kepada tindakan atau perbuatannya samada secara bersendirian (tidak dilihat oleh orang lain) mahupun ketika bersama dengan masyarakat sekeliling (dilihat orang).

Terjemahan : Surah Al-Ahzab [33] : 21

21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (dalam segala urusan) bagimu; (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Hadis : Dari Yazid bin Babanus; Dari Aisyah r.a ia berkata (ketika menjawab pertanyaan Yazid bin Babanus mengenai akhlak Rasulullah saw):

“Akhlak beliau (Rasululullah saw) adalah (segala bentuk akhlak mulia) dalam Al-Quran.”
[234] Sahih Riwayat Bukhari - Adabul Mufrad juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan sahih mengikut kriteria Muslim.

Hadis : Dari Abu Darda’ r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak ada amalan yang lebih berat daripada akhlak yang baik dalam mizan (timbangan pahala) di hari kiamat kelak.” [204] Sahih Riwayat Bukhari - Adabul Mufrad

Janganlah kita memandang remeh walaupun sedikit terhadap sesuatu perkara yang baik untuk dilaksanakan, walaupun sekadar mengucapkan salam terutamanya kepada orang yang kita kenal.

Semoga kita menjadi sebahagian dari golongan ini.

Koleksi Hadis

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP