BAHAYA SYIAH!!! : Allah Akan Mencampakkan Mekah Bersama Kaabah Ke Dalam Neraka

>> Saturday, July 2, 2011



Allah Akan Mencampakkan Mekah Bersama Kaabah Ke Dalam Neraka

Diriwayatkan dengan kuasa Muhammad bin Jaffar Al-Razaz, wakil kepada Muhammad Bin Hassan ..... (sanad yang panjang)...

Bahawasanya Tanah Mekah berkata : Siapa yang menyukai ku dan Allah telah mencipta rumahNya (kaabah) di atas belakang ku, semua lelaki datang kepada ku dari setiap ceruk dan kejauhan. Dan telah dijadikan aku suci dan tanah yang aman.

Justeru Allah wahyukan ke atasnya (Mekah) supaya berhenti dan kekal begitu. Allah berfirman : Kesucian yang aku berikan kepada mu jika dibandingkan dengan kesucian tanah Karbala ialah ibarat satu celupan dilaut. Dan jika bukan kerana Karbala, Aku tidak akan menciptakan mu sebagai suci (sebagai tanah yang suci). Dan jika bukan kerana Karbala, Aku tidak akan menciptakan mu. Meskipun begitu kau (Mekah) menunjukkan kesombongan. Jadi diamlah dan rendahkan dirimu (dihadapan Karbala) dengan kerendahan hati ..... (cercaan diteruskan) ..... dan jika kamu (Mekah) tidak melakukannya, maka Aku akan memusnahkan mu dan memasukkan mu ke dalam api neraka.

Kitab : Wasail al-Shi’a karangan asal Sheikh Muhammad Bin alHassan alHurr al-Amili

*Begitu dongeng dan merapu kenyataan ini. Hadis palsu ini bertujuan menunjukkan bahawa Mekah itu bongkak, atas hal itu, Mekah dicerca Allah dan tanah karbala kononnya lebih suci dari Mekah.
*Syiah menggunakan hadis palsu ini sebagai dalil bahawa tempat suci Syiah (Karbala) diiktiraf Allah berbanding tempat suci Muslim (Mekah).

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP