JAWAPAN KEPADA KENYATAAN DR. ASRI...

>> Thursday, August 11, 2011

Tulisan Dr. Asri dalam blog tempohari mengajak umat Islam bermuhasabah diri dalam isu 'serangan' JAIS ke Dream Centre di Damansara Utama. Saya dengan ini terpanggil untuk menulis warkah yang serba kekurangan ini untuk sesiapa sahaja yang sudi membaca, khususnya umat Melayu yang sudah pastinya diharap beragama ISLAM.

Dr. berhujah dengan mengatakan bahawa pengurusan zakat amat lemah di MALAYSIA, sehingga memaksa umatnya yang miskin terpaksa 'mengemis' di pusat dakwah agama lain. Di situ, mereka berasa amat bahagia, ditatang seperti minyak yang penuh dengan segala keperluan termasuklah kewangan, diberi dengan murah hati. Saya amat terkejut apabila terbaca pendedahan METRO baru-baru ini bahawa seorang ibu tunggal PN. NUR yang beragama Islam menyatakan dia sudah setahun mengikuti program gereja itu bersama-sama dengan 100 orang lagi yang senasib dengannya dek termakan budi bantuan gereja.

Tetapi untuk menyalahkan sepenuhnya institusi zakat bermakna Dr. hanya melihat permasalahan MURTAD ini dari satu sudut sahaja. Dalam pencarian saya di Internet saya terjumpa penjelasan daripada Pusat Zakat Negeri Sembilan yang mengatakan bahawa PN. NUR yang diwawancara oleh METRO itu sebenarnya bukanlah ibu tunggal seperti yang didakwanya. Selain itu, dia juga masih menerima bantuan sebanyak 22 KALI sejak 2006. Kali terakhir ialah pada Julai 2011! Ini bermakna (sekurang-kurangnya di Negeri Sembilan mungkin) institusi zakat masih berfungsi menjalankan tanggungjawab mereka membantu golongan asnaf. Cuma yang dikesali mungkin jumlahnya tidak setanding dengan RM2000 yang diberi pihak gereja!

Dalam kes ini, saya berpendapat PN NUR telah tergoda dengan 'janji dunia' sehingga terlupa akan 'janji akhirat'! Hidayah dan iman adalah milik ALLAH SWT, Dia berhak memberi dan mengambil nikmat itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Oleh demikian, patutkah JAIS yang berusaha menyelamatkan akidah dan iman saudara-saudara seagama kita, diperkecil-kecilkan sebegitu rupa?

Dr. juga ada menyebut "Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam". Saya amat bersetuju dengan kenyataan itu. Tetapi untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam bukanlah melalui zakat semata-mata. Tingkah laku umat Islam itu sendiri adalah FAKTOR UTAMA yang lebih besar daripada aspek zakat! Bayangkan jika saya seorang non-muslim yang ingin mendekati Islam dengan bertandang ke masjid, tetapi adegan sebegini berlaku di rumah suci Allah dan dilakukan oleh umat Islam sendiri, apakah niat saya itu masih boleh diteruskan? Adakah logik hati saya akan lebih dekat dengan Islam?






Lihat bagaimana jijiknya perkataan 'B*BI' yang diucapkan pada 12:36 tengahari di dalam masjid yang suci! Itu belum lagi aksi terkinja-kinja dan gegak gempita sorakan mereka. Astaghfirullah! Amatlah sedih perkara ini boleh berlaku yang sudah tentunya menjadi bahan ketawa penganut agama lain. Sekalipun berbeza pandangan politik, janganlah kita kotori institusi masjid dengan kelakuan-kelakuan yang menggalakkan perpecahan umat!

Saya berpendapat kita haruslah mengambil iktibar melalui beberapa perkara yang berlaku dewasa ini yang semakin menggusarkan hati saya sebagai seorang Melayu beragama Islam. Apabila pihak berkuasa bertindak menjaga kesucian Islam, KITA SENDIRI pula yang memperkecil-kecilkan usaha murni mereka. Janganlah kerna terlalu taksub berpolitik, kita menggadaikan maruah agama kita kepada musuh-musuh samada yang tersembunyi ataupun yang nyata. Wallahua'lam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP