Menyesalkah Dilahirkan Sebagai Wanita...

>> Sunday, April 10, 2011


Kerana wanita begitu berharga.


Kerana wanita seperti mutiara yang harus dijaga keindahannya.

Kerana wanita begitu mempesona membuat para pecintanya bertekuk lutut padanya, ramai yang menganggap, dilahirkan sebagai wanita adalah sebuah penderitaan, malapetaka, dan musibah. Mengapa? Katanya susah menjadi wanita. Mesti begini dan begitu, kurang praktikal...


Namun tidak kurang juga yang menyatakan rasa syukur dilahirkan menjadi seorang wanita. Adakah kita salah seorang darinya? Mudah-mudahan begitu, kerana wanita diciptakan dengan berbagai macam kelebihan dan keistimewaan.

Mari kita teliti lebih jauh. Kaum wanita menyatakan susah menjadi wanita, lihat saja peraturan di bawah ini :


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.


2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.


3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.


4. Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki.


5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.


7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.


8. Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki. Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA".


Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)?


1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita memang makhluk yang dimuliakan oleh Allah. Bahkan, Sejuta intan permata yang indah dan mahal harganya di dunia ini takkan mampu menandingi pesona keindahan yang dimiliki oleh wanita. Tidak hairankan bila keindahan itu harus "dikemas" dengan rapi dan baik.


2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya? Sudah sunnatullah kalau wanita bila sudah menikah itu harus taat kepada suami (tentunya dalam hal kebaikan). Walaupun hati kesal, , benci, marah, atau mahu muntah tapi tetap wajib, harus, mesti, dan mutlak seorang isteri taat pada suami (sekali lagi dalam hal kebaikan). Namun tidak kurang, baik lelaki mahu pun wanita, saling mencari keuntungan dengan kudratnya masing-masing. Yang lelaki menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an yang sebenarnya maksudnya tidaklah seekstrim itu, namun dia pergunakan demi keuntungan peribadi. Sedangkan wanita, merasa keluh kesah, kesal, dan benci kerana diatur-atur.


Satu lagi, disebutkan bahawa mentaati ibu lebih utama tiga kali ganda dibandingkan taat pada bapa? Tahu sebab kenapa? Ya, kerana menjadi wanita (sebagai ibu) sangat berat sekali. Bukan hanya bertugas melahirkan saja, namun juga mendidik. Dan mendidik untuk menjadi orang yang baik sangat susah. Di samping itu, Mulai dari A hingga Z, seorang ibulah yang berperanan secara pratikal dalam pembentukan karektor anak. Maka, sangatlah jelas bahawa menjadi ibu tidak mudah, makanya mentaati ibu 3 kali ganda lebih utama dibandingkan dengan mentaati bapa.


3. Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu dan wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak. Dengan kata lain, "hartamu (suami) adalah hartaku (isteri) juga, sedangkan hartaku ya hartaku", atau hakikatnya dapat diertikan sebagai harta suami wajib hukumnya untuk dikongsi dengan isteri, sedangkan harta isteri hanya kepunyaan isteri sendiri dan isteri tidak berkewajiban untuk menafkahi suami.


4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia dido'akan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya. Lelaki tidak akan pernah boleh menirunya kerana itu sudah kudrat wanita. Melahirkan merupakan sebuah kebahagiaan tiada terkira meskipun sakit sangat katanya. Mungkin bagi yang tidak mahu melahirkan kerana takut badan tidak lansing dan tidak indah lagi perlu merubah fikirannya, karena hal tersebut sesungguhnya merupakan kenikmatan dan kesempurnaan yang diberikan Allah kepada wanita.


5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita,iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya, dan saudara lelakinya. Menjadi lelaki tidak mudah kan. Meskipun dia adalah seorang pemimpin bagi wanita dan hak prerogatif terhadap isterinya untuk mengatur (bahasa yang lebih halusnya membimbing menjadi lebih baik dari sebelumnya).


6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya, dan menjaga kehormatannya. Meskipun kelihatannya cuma empat syarat, tapi benar-benar sangat susah untuk tetap istiqamah dalam mengerjakannya. Dan setiap wanita memiliki kesusahan tersendiri dari empat perkara tersebut. Tapi, bukan wanita namanya jika tidak mampu melakukannya, tapi wanita memang tercipta dengan penuh kekuatan terpendam dan tak terduga dari dalam dirinya.


7. Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fi sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Lebih-lebih lagi dalam soal taat pada suami, bahkan taat pada suami nilainya setara dengan jihad fi sabilillah.


Bererti boleh dibayangkan, bahawa taat pada suami merupakan sesuatu yang penuh dengan ujian yang memeritkan, tapi selalu tersimpan "sesuatu" di dalamnya, maka semakin yakinlah bahawa wanita jauh lebih kuat daripada lelaki. Hanya saja kekuatan itu tidak ditunjukkan dengan fizikalnya, namun lebih kepada cerdasnya seorang wanita mampu menjaga hatinya dan mampu mengubah berbagai macam suasana hidup yang selalu mewarnai setiap langkahnya menjadi sesuatu yang lebih baik dan tentu saja menguntungkan dirinya, dan yang pasti melalui proses, kerana hanya Allahlah yang dapat mengabulkan doa kita. Kita harus berbahagia dilahirkan sebagai seorang wanita, kerana wujudnya wanita dunia menjadi penuh warna...


"Dunia adalah perhiasan, sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita shalehah." (HR. Muslim)


by Tazkiah an Nafs

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP