Suatu Peringatan Untuk Semua...

>> Monday, June 13, 2011



Diriwayatkan dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda, "Apabila telah datang hari Kiamat, semua manusia, jin dan para Malaikat telah dibangkitkan dengan bersaf-saf, maka datanglah putera-putera orang Islam (yang mati sebelum baligh) dengan bersaf-saf juga. Pada waktu itu Allah Taala berfirman kepada Malaikat Jibril: "Pergilah engkau dan... masukkan putera-putera Islam ke dalam Syurga!"

Maka mereka, putera-putera orang Islam bersama-sama menuju pintu syurga lalu berhenti dan mereka berkata, "Sesungguhnya para ayahmu dan ibu-ibumu tidak seperti kamu, kerana mereka itu telah menderhakai Tuhannya dan juga telah memperturutkan hawa nafsu mereka, serta mengikut jejak syaitan-syaitan, maka mereka harus masuk neraka.."

Ketika para putera orang Islam itu mendengar perkataan tersebut, berteriak-teriak mereka dengan teriakan yang keras dan menangis terus-menerus. Ketika itu berfirmanlah Allah Taala Yang Maha Mengetahui: "Wahai Jibril, suara apakah itu?"

Maka Malaikat Jibril menjawab: "Itu adalah suara teriakan dari para putera orang Islam, yang sama-sama berkata: "Tidak perlu kami masuk syurga, dan tidak rasa kenikmatan syurga bagi kami tanpa ayah dan ibu. Maka kami mengharap pada Allah Taala supaya mengampuni ayah dan ibu kami dan memberikan semua dosa mereka kepada kami dan memasukkan mereka ke dalam syurga bersama-sama kami semua, dan kalau tidak demikian, adalah baik kami bersama-sama mereka masuk ke dalam neraka.."

Di kala itu, Allah Taala berfirman kepada Malaikat Jibril as: "Pergilah engkau dan ambillah senua ayah dan ibu mereka, di mana mereka berada lalu serahkanlah mereka kepada anak masing-masing, kerana sesungguhnya Aku telah mengampuni semua dosa mereka olehsebab pertolongan anak-anak mereka dan masukklah mereka beserta anak-anak ke dalam syurga!"

Ketika mereka itu mendengar kata-kata yang demikian dari Allah Taala, maka mereka menjadi gembira, serta mereka temui ibu bapa mereka, lalu mereka berpegang tangan dan masuk ke dalam syurga bersama-sama.." (Siratan Hadith)

Fiza Omar

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP