11 GOLOGAN AHLI NERAKA

>> Thursday, October 20, 2011




Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat
18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu)
ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang
tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,
"Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis
sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh
baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit
dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan
memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11
golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan
tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah
balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung
dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang
enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya.
Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh
badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual
beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada
tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat
atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah
dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang
tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik
iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka
yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru
dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak
yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan
penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang
berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya,
giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari
perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum
minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga
ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan
purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini
balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat
lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP