Sebelum kamu mengeluh..

>> Tuesday, October 11, 2011




• Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
• Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
• Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikikan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
• Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk dalam hidupnya.
• Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri kamu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

• Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
• Sebelum kamu megeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang seseorang yang tinggal di jalanan.
• Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah mengembara, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
• Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
• Dan di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran dan orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
• Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Fiza Omar

Sumber: Keramat Seorang Ibu oleh Mohammad Qayum A. Badaruddin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP