Surat terakhir Mu'ummar Ghaddafi...

>> Thursday, October 27, 2011


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

Selama lebih 40 tahun, atau tempoh yang lebih lama, saya tidak ingat, saya rasa tidak semua yang mampu menyediakan rumah, Perkhidmatan hospital, sekolah dan makanan kepada penduduk Libya apabila mereka lapar, saya memberi mereka makanan. Saya juga menyediakan tanah ladang yang asalnya padang pasir di Benghazi ,tatkala koboi Ronald Reagan menyerang, saya berdiri untuk mempertahankan rakyat Libya sehingga mengorbankan anak angkat saya, beliau telah cuba untuk membunuh saya, sebaliknya dia membunuh kanak-kanak yang miskin dan tidak berdosa. Kemudian saya membantu adik-beradik seagama saya dari Afrika dengan wang Kesatuan Afrika.

Saya melakukan semua yang saya termampu bagi merealisasikan konsep demokrasi sebenar, yang harus dilaksanakan di dalam negara kita. Tetapi itu tidak pernah cukup, orang memberitahu saya, walaupun manusia sudah memiliki 10 rumah, bilik yang cantik dan perabot baru, mereka tidak pernah berpuas, manusia pasti tidak akan cukup dengan apa yang dimiliki dan berusaha untuk mendapatkan lebih dari itu. Mereka memberitahu rakyat Amerika dan pengunjung lain, bahawa mereka memerlukan "demokrasi" dan "kebebasan" yang membolehkan setiap rakyat bebas melakukan apa saja termasuk bersuara tidak disekat, yang berkuasa akan menindas yang lemah, tetapi mereka terpesona dengan janji Demokrasi yang Amerika janjikan, mereka tidak menyedari bahawa di Amerika tiada ubat-ubatan percuma, tiada hospital percuma, tiada perumahan percuma, sistem pendidikan terlalu bebas dan tidak ada makanan percuma,bahkan ramai rakyatnya terpaksa mengemis atau berbaris panjang untuk mendapatkan makanan.

Apa pun yang telah saya lakukan, ia tidak pernah cukup bagi sesetengah orang, tetapi bagi sebahagian rakyat Libya, mereka tahu saya adalah anak Gamal Abdel Nasser, satu-satunya pemimpin sebenar dunia Arab Islam setelah Salahuddin Al-Ayubi, apabila dia mendakwa Terusan Suez untuk kaumnya, saya juga tegas bahawa Libya adalah negara saya, dan rakyat Libya adalah bangsaku dan saya cuba mengikut jejak langkahnya, agar bangsaku bebas daripada cengkaman dan penjajahan kuasa luar dari mencuri harta kami.

Sekarang, Libya, negara kecil di benua Afrika telah diserang oleh kuasa besar dalam sejarah ketenteraan, Obama mahu membunuh saya, untuk melarikan kebebasan negara kita, untuk melarikan perumahan percuma, perubatan percuma kami, pendidikan percuma kami, makanan percuma, dan menggantikannya dengan sistem ala Amerika, yang dikenali sebagai "kapitalisme", kita semua di negara Dunia Ketiga tahu maknanya. maka syarikat besar akan menjalankan urus niaga di negara ini dan seluruh dunia, Akhirnya rakyat akan menderita.

Tidak ada pilihan bagi saya, saya perlu membuat pendiria, jika Allah mengkehendaki, saya sanggup mati dijalan-Nya, jalan yang telah menjadikan negara kita kaya dan makmur dengan tanah ladang, dengan makanan dan kesihatan, dan juga membolehkan kami untuk membantu saudara-saudara kami di Afrika dan Negara Arab.

Saya tidak mahu mati, tetapi jika dengan menyelamatkan tanah ini, Rakyat dan beribu-ribu anak saya menyebabkan saya tekorban, saya pasrah.

saya membuktikan kepada dunia, bahawa saya berdiri untuk turut serta dalam perang salib bagi mempertahankan diri dari serangan NATO yang sangat kejam, mengiakan pengkhianatan, untuk mengikut telunjuk Barat dan cita-cita kolonialis. saya berdiri dengan saudara-saudara Afrika saya, saudara-saudara Arab dan Islam, sebagai saudara sebenar-benarnya.

Ketika orang lain sedang membina istana, saya tinggal di rumah yang sederhana, dan di dalam khemah. Saya tidak pernah lupa belia saya di Sirte, saya tidak menghabiskan perbendaharaan dan harta negara dengan pembaziran. Seperti Salahuddin, pemimpin besar Islam, yang menyelamatkan Yerussalem untuk Islam, saya mengambil sedikit untuk diri sendiri ...

Di Barat, mereka memanggil saya "gila", walaupun mereka tahu saya tidak gila. Mereka terus berbohong. mereka tahu bahawa tanah kita merdeka dan bebas, bukan dalam genggaman penjajah. saya orang-orang saya yakin jalan yang kami pilih benar dan jelas, dan saya akan berjuang sehingga ke nafas terakhir saya untuk memastikan kita bebas, mungkin Allah swt membantu kita untuk kekal setia dan bebas.

- Mu'ummar Ghaddafi.

[Sumber] - http://www.english.pravda.ru/o pinion/columnists/13-04-2011/1 17563-message_from_qaddafi-0 /

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

MAsjid Al-Huda's Fan Box

Masjid Al-Huda on Facebook

Apa pandangan anda dengan blog ini?

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP